Sunday 31 July 2011

bekerja di 1 ramadhan........huuuuaaaaaa

salam ramadhan semua
hari ni kedah cuti
tapi me + the geng keja coz closing
huuuuuaaaaaaaaaa
kul 9 masuk opis
tapi statement bank xmasuk semua lagi
kul 2.30 baru complete semua
dugaan di 1 ramadhan
sabar jela

dok tunggu lama2 ni
mula la nampak macam2 yg teringin
melampau sungguh kan
hahahhahaha
ngalahkan budak2
sabar2.......godaan syaitan semua tu
okla....nak balik mandi...pastu tidoq....
hahahhaah......bubbye ye.....

cucuk sana,cucuk sini


apa tu?cucuk sana,cucuk sini....botox ker?hehehehhehe
issshhhhh.....simpang malaikat 44....xkan la me nak cucuk botox kot.....hehehheh
sebenarnya....semalam me pi klinik.....
doc nak check darah
amik tgn kanan xnampak urat,amik plak blakang tapak tgn kanan
bila pegi lab,lab srh repeat test
coz nmpk blood mcm xnormal
agak dah...mesti coz platelet me low
amik tgn kiri plak,xnmpk urat jgk
last2 cucuk plak belakang tapak tgn kiri
berplaster la kiri kanan
nampak mcm ngeri jerrrrr
mmg masalah sungguh me kalau nak amik darah
urat halus sgt....xnampak
samala mr hubby pun
sehati sejiwa sungguh.....hahahhaha
nak buat camna....utk kesihatan
tahan kan jugak lerrr sakit tu
huhuhuhu

Saturday 30 July 2011

jatuh cinta lagi

apa tu?suspen jerrrr kan....hehehe.kawen dah nak dekat 6 tahun......anak pun makin bertambah,boleh dok jatuh cinta lagi?buang tebiat ker apa?hehehehehhe.........mau mengamuk mr hubby kalau me jadi camtu.dok sasau...angau mcm dulu2.......tapi me xboleh nak tahanla perasaan ni.dah lama buang rasa cinta ni coz yela,sejak dah kawen,dah beranak pinak ni.....xsempat nak sasau angau lagi.tapi panahan cinta tu terlalu kuat....membuatkan me xmampu nak menolaknya....maafkan me ye.........nak tau cinta lama me yg buat me sasau & angau tu?......sila rujuk gmbr dibwh....hehehehehheheh
-

-
-
-
-
-

-
--
-

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-

--
-

-


hahahahhaha...............mesti tensen kan........ni la cinta lama me yg memanggil2 me utk jatuh cinta kembali.baru beli masa kat penang ari tu.kbetulan kat komtar tu ada popular.....masa rehat pi lepak2 situ nak released tensen.......tersangkut plak kat bhgn buku cerita ni.actually buku m.a.i.d tu dah lama me nak carik.....tp xsmpat lg....coz dah byk dgr komen kata best....sbnrnya mcm nak angkut 2,3 buah lagi....tp mcm melampau plak...org dok shopping raya....aku dok shopping buku....hahahha.yg 2 ni pun ntah bila nk hbs.........blhla isi masa lapang masa mr hubby xder.....n aiman tido...dah lama sbnrnya tglkan hobi ni sjk ada anak.......mcm xsmpat jer.......skrg dah ok kot utk sambung blk ikatan yg terputus dulu...hehehehehh......layannnnnnn

craving for ayam penyet

bosan2 camni mula la teringin macam2.actually dah lama teringin ayam penyet ni,ingt masa pi putrajaya ari tu boleh la pg mkn. tp xsmpat coz mcm2 benda nak mkn....hahahhaha.kat aloq staq ni xdak.....tp baru bukak 1 dekat tat nasi ayam tu,xtaula sdp ke x mcm yg slalu mkn kat cyber dulu.ingt bln posa ni blk jhr,blhla singgah mkn kat cyber nant......insyaallah.....


ayam penyet ni mcm ayam goreng yg diketuk2.isi2 dia lembut jer.....yg bestnya ialah sambal dia.....berapi..........tu yg sdp tu.....peluh meleleh-leleh bila mkn....heehehehhehe........sdp gilerrrrrrrrrrr.....xsbrnya nak mkn........jommmmm

Friday 29 July 2011

ramadhan terakhir......

salam.....lama xmenjenguk blog ni....agak bz skit 2,3 menjak ni.....last week baru lps audit.this week,baru blk dari penang......outstation 3 hari.....sampai demam2....huhuhuhu

lagi 2 hari......seluruh umat Islam akan mula berpuasa......Ramadhan yang mulia telah menjelma setelah setahun berpisah.tahun ni puasa,cuma ada me,abah,mama & aiman jer kat rumah coz si anak bongsu dah msk poli.....mujur jgk me dah tkr balik sini....kalau x,tgl abah+mama jer la......sian diaorg.......mr hubby plak....hari ni baru naik kerja....so lg next 2wk baru nak balik....huhuuhuhu.xpela.....nak wat camna.....keja kan....
kenangan hari raya tahun 2008

bila bulan puasa.....mcm2 makanan+minuman muncul...dulu kat rmh ni.....femes skali mestila MURTABAK......tiap2 hari mesti ada murtabak.dulu masa semua ada kat rumah........xcukup kerusi coz kerusi ada 6,anak 5 tmbh mak ayah dah 7......skrg tmbh 2 menantu,aiman sorang dah sepuluh....kena beli meja besaq lg nampaknya....hahahahah.tadi dok sembang ngan mama,xsangka ramadhan last year merupakan ramadhan terakhir kami bersama arwah nenda tersayang.....TOK TON.mujur sempat jgk bukak puasa kat rmh dia last year msa kitaorg adik beradik balik rumah parents kitaorg last year.......dia mmg happy bila ramai2 gitu.yela,selama ni dia sorang2 jer kat rmh tu.mula la my mum sedih bila teringatkan yg TOK TON suka makan kanji bila time bukak puasa......sian my mum......mesti dia rasa lost sgt.......apa lagi nant hari raya........1st year raya tanpa TOK TON.kalau dulu semua berhimpun rumah TOK TON dari pagi sampai petang......dia akan masak macam2 utk anak cucu dia....tp skrg semua tu dah xde......Al-fatihah untuk arwah...moga rohnya dicucuri rahmat.......

sedihla plak....apa pun...me nak amik kesempatan ni nak ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK untuk kwn 2 semua..........untuk adik2ku.......jgn lupa blk bukak posa kat rumah coz kita xtau bila Ramadhan terakhir untuk kita atau org tua kita.......wallahualam.......

Monday 25 July 2011

fadhilat sembahyang terawih

salam kengkawan.....
sempena Ramadan yang mulia minggu hadapan...me nak kongsi fadhilat
sembahyang Terawih ni.....
sesungguhnya besar fadhilat sembahyang terawih yg kita jumpa setahun sekali jer ni.....


Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T


Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).


Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.


Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.


Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Maâ'mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.


Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firâ'aun dan Hamman.


Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.


Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.


Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.


Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.


Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.


Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².


Malam 18 : Seru Malaikat ;Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).


Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.


Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.


Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).


Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.


Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)


Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.


Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.


Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.


Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;


Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama ˜Al-Kauthar.

Friday 22 July 2011

trauma

apa sebenarnya ek?ntahla....
me pun xpasti.
patutnya dlm situasi camni....me kena happy.....xcited...
mmg me happy.
tp perasaan trauma tu masih lagi ada....me suka fikir bukan2.......
tp yelah....
me penah merasainya.
apa pun me doakan yg terbaik.
kwn2 pun doakan la yg terbaik utk me ok....
tq so muchhhhhhh


Saturday 16 July 2011

udang masak lemak nenas

alhamdulillah.....kenyangnyaaaaaa.baru lepas makan tengahari di jam 5.30 petang coz masih lagi kenyang dgn breakfast pagi tadi.menu spesel masakan bonda tercinta hari ni........masak lemak udang dgn nenas....lama dah xmakan....my feveret tu.layan plak dgn ayam msk kicap + budu.......sedap gilerrrrrrrrrrr.semalam msk lemak cili padi,hari ni msk lemak udang plak......makin membiak2 la lemak dalam badan den ni........hehehehheheh.


hari ni hari yg indah......bak kata aiman.sungguh puitis bahasa aiman dua tiga menjak ni,belajaq mana xtau.dimulai dgn shopping di pasar tani + giant.........kuaq ikut tok+tok wan selesaikan kerja2 depa.pastu balik baring2.....layan novel...boleh plak?hehhehehe.ntah kenapa tiba2 rasa gian nak baca novel balik.....mcm nak kena pi carik novel baru ni.....lama dah xbeli novel sejak jadi mummy ni.....tapi xtvt ni blh buat masa cik amran xder jer kot.kang terabai plak laki i tu klau i asyik ngadap novel jer....hahahahah.aiman xpala,bukak spongebob dari pagi smpai malam....dia xksh dah mama dia buat apa pun........skrg perut dah kenyang....smbg hbskan novel k....coz mlm ni mr hubby samapi....dia dah on the way......moga perjalanannya dilindungi...insyaallah.........

amalan nisfu syaaban

sempena nifsu syaaban...me nak kongsi beberapa amalan yang baik untuk diamalkan....moga kita semua sentiasa dirahmati...amin

Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca “Yasin” dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
  • Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
  • Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
  • Membaca al-Quran.
  • Membaca Tasbih. (seratus kali)
  • Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat-solat sunat :

Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknya memohon hajat
sesuatu).
 
Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.
Sabda Rasulullah S.A.W. :-

“Rebutlah peluang lima sebelum lima :
  • Masa muda sebelum tiba masa tua.
  • Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
  • Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
  • Masa hidup sebelum tiba mati.”
Sabdanya lagi :-
“Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan
adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya.”

Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.

Thursday 14 July 2011

karena ku cinta kamu .........


tetiba plak dengar lagu ni.......layanla plak.....special dedicate to my hubby......AMRAN ROSALI........luv u!

hari makan2 sedunia......

alhamdulillah....murah sungguh rezki me hari ni........makanan fully sponsored dari pagi sampai ke petang.....rezki namanya tu....dimulai dgn nasi lemak lepas perhimpunan tadi. diikuti plak dgn 3 bijik kuih masa mesyuarat tadi......lepas tu sambung plak dengan jamuan sempena besday member KIK kita.....PUAN ROSNAH........spaghetti bolgnese.....MY FAVERET.........sgtla sedap.....siap dgn kek + buah limau......terima kasih banyak2.....happy besday...moga panjang umur,murah rezki.......amin

rasa2nya bila blk tukaq dok kedah ni......badan makan naik....asyik makannnnnn jer.mau xnya,asal mesyuarat,nasi lemak....asal mesyuarat...nasi lemak...dah la mesyuarat mcm2 jenis.......balik rumah plak.....mak masak....semua sedap....makan wajib bertambah....hbs camno?blk rumah mak mentua pun sama jer me bedal even lain menunya....coz semua yg ada disekeliling me pandai masak.......me plak suka makan....hahhahahah....sabor jela......bak kata orang.....REZKI JGN DITOLAK...heheehheheh

esok cuti....yeaaaaaaaaaaa

melampau x?lebih dari bdk sekolah.....hehhehehe.xsbr nak cuti even baru blk dari cuti seminggu.......minggu ni sungguh padat dgn pelbagai xtvt.........sbb tu xsabar nak cuti besok.......tambah plak on sabtu my bestfrens nak balik .....lama dah rasa xjumpa,even baru 2 minggu.tapi kali ni balik seminggu jer coz smgu lagi dia kena pg kusus....oh tidakkkkkkkkkk......huhuhuhu.......

minggu dpn audit plak.......rasanya semua org xsuka audit ni kan...heheheheheh.berdebar2 jer tunggu nak kena kuiri apa....jenuh dok bersilat nak menjawabnya nant.......actually audit ni bgs coz dia bantu kita baiki apa yg patut,idak ler asyik ngikut ajaran sesat jer.....hehehhehehe. so dia ada pro & cons la....heheheheheh......k la, to uols.....SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

my family.......

Tuesday 12 July 2011

puisi buat si kecil

hi......me terjumpa puisi ni masa dok berblogwalking tadi....ayatnya sungguh indah & puitis.....me nak share dengan korang semua......sesungguhnya kasih ibu tiada tanding dan xmampu dibalas......moga ibu ku sentiasa dirahmati allah dan sihat sokmo..insyaallah.......xlupa jgk specially dedicate to hero2 mama.....aiman&adam....luv both of u........

Anakku,…

Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…




17 Tips Membina Keluarga Bahagia
 
 


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG


Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH


Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.



17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS


Gunakanlah formula 7 K
Ketaqwaan

Kasih sayang

Kesetiaan

Komunikasi dialogis

Keterbukaan

Kejujuran

Kesabaran

Monday 11 July 2011

al-fatihah

balik dari cuti seminggu,me dikejutkan dengan kematian one of our staf on saturday....innalillah.dia juga merupakan mentee me......sedih + terkejut coz xsempat nak kenal lebih lama dengan beliau..........umurnya baru 33 tahun,anak2 pun masih kecil.kawan2 dok cerita td yg wife dia xkeja.siannya dengar kan.....xdapat bygkan kalau me ditempat isterinya....moga isterinya kuat semangat,tabah dan redha dengan ujian ini. moga roh ALLAHYARHAM KHAIRULHAIZAN dicucuri rahmat.......

kematian beliau mengingatkan me bahawa sesungguhnya ajal itu tidak mengenal usia.......ALLAH menjemput kita tanpa sebarang tanda.dah tiba masa untuk kita semua bermuhasabah diri......kerana kita xtau TAKDIR kita........qada&qadar ALLAH..........BERAMAL SEPERTI KAU AKAN MATI ESOK HARI,BEKERJALAH SEPERTI KAU AKAN HIDUP SELAMANYA........

back to office......

lama xmenulis......malas rasanya...hehehehe.hari ni baru mula keja setelah seminggu bercuti....sakan sakan.mau xsakan,pi ngantaq adik bongsu yg plg besaq masuk poli ungku omar.....makan 3 hari jgk ngantaq dia tu.me tgk mak abah tu macam xmau tinggal dia ja....anak bongsu katakan.semua mak pak sedia....xmau anak tu susah......kalau ngaji xelok....mau me ketuk kepala dia nant.....cuaca di ipoh sgtla panas.panas semacam.......so me yg terlebih sensitif ni mulala........hbs gatal2 satu badan,campuq dgn sunburn......muka pun jadi belang2.........aiman pun badan jadi belang2 coz mandi kolam....hahahhahah

selesai menghantaq....lajak ke kl plak.....ada kenduri anak cousin di batang kali on sabtu.sabtu pagi tu nak kuaq kl....punyala azab.....jem gilerrrrrr........angkara BERSIH la ni......tensen2.......last2 dah lewat,tidoq di ipoh la plak coz dah penat.ahad sambung balik loq staq...lepas juru,dah jem.........abah me panik punya pasal.....boleh lencong naik bridge.....pastu kuaq kot ferry plak.....hahhahhha.......xpasai2 aiman dapat nek ferry........ini semua BERSIH punya psai.......ipoh-loq staq 5 jam baru sampai.......penat dalam keta ja.....huhuhu

balik bercuti sakan........masa untuk kerja plak.....berderet keja dok tunggu.minggu ni pack.....minggu depan audit plak...tidaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......apa pun,chaiyok2......kena tenangkan diri supaya BP xnaik.....hehehehhehe......cepatla mr hubby ku balik......me dah rindu sgt....sedih rasa jalan2 dia xdak....huhuhuhu.......cepatla masa berlalu.....aiman+mama miz u so muchhhhhh......





PINK...BLUE...PINK...BLUE?????

apa yg pink...blue...pink....blue ni?hehehehhe............surpriseeeeeeeeeeeeeee........nak tau apa dia?sila lihat gambar di bawah....heheheheh
-
-
-
-
-

-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-

tadaaaaaaaaaaaa

inila yg blue...pink...blue...pink tu......hehehheeh....baby girl or baby boy?me ada info untuk kwn2 yg tgh preggy or plan to preggy.me penah baca dlm satu blog tu,tapi me xingat kat mana....hari ni tetiba tengok cikmin macaron share benda ni....so me pun nak share dgn kengkawan semua.kononnya carta ni merupakan chinese gender chart.......me try tgk umur dgn bln me conceive masa aiman + adam......sama...mmg boy.xtaula kebetulan or what.......sajala suka2.....heheheheh....selamat meneka neki....hehehehe.apa pun........masa mengandung adalah saat terindah bg sorang wanita........




Sunday 3 July 2011

jom melawat hang tuah

hiiiiii.........entry ni pun dah lama me peram....huhuhu.lepas balik kenduri kawen kat johor ari tu...kitaorg kan singgah melaka......sajala family me nak rehat2.....dah berkumpul ramai2.....tp sian my intan payung...xboleh join gather2.nak buat camna.samapi dari johor malam tu....kitaorg pg carik ikan bakar kat umbai....tapi dah lewat...tempat feveret tu dah hbs lauk pauknya....laku sungguh....so makanla kat kedai lain.mr AR xikut coz tido......cover nak bgn awai besok blk kerteh....so me tapaukan jela mcd kat dia utk bekal pagi esok...sian laki aku....balik hotel kat kul 1 jgk...letih giler....

pagi besok kul 3.30 mr hubby dah gerak balik....hujan jer kat melaka tu....so xtvt malas2 di atas katil bersama2 dgn aiman makin menjadi2....kitaorg cuma trn bfast.....then lepak2 dlm bilik coz hujan lebat.aiman sibuk nak nek beca...mcm2 anak den ni......lps check out,kitaorg jln2 jap kat dataran pahlawan tu....pastu blkla....coz mlm nak nek train balik loq staq plak kan...so time constraint skit....xsmpt nk pi mkn asam pedas feveret.....ASAM PEDAS KOTA LAKSAMANA.........best+terangkat giler asam pedas dia....i likeeeee.....wajib cover dgn mr hubby one day nant...hehehhe.overall......short trip yg very meaningful coz with my family....enjoyyyyyy





jom pi skool

morninggggg.....awai giler kan hari ni....hehehhe.sbnrnya me cuti hari ni.....blhla menghupdate belog ni....hehehhehe.....me cuti 4hari....hbs cuti....huaaaaaa.actually hari ni kitaorg nak anta adk bongsu me yg plg besaq dlm family masuk poli ungku omar.besok registernya,tapi hari ni dah gerak coz ayah me kena gerak awal.kalau mr AMRAN ROSALI tu....mau 1hari jer pegi balik.......bwk keta mcm apa tah....hahahhah

so dari semalam,kat ruang tamu tu penuh dgn kain baju dia la nak menyimpan....tp tengok gaya my mum menyimpan,mcm lagi baik bwk satu almari jer....hahahahhaha.biasala makkan,dialah org yg plg sibuk bila anak2 nak pi belajaq....hat nak pi belajaq tu relax jerrrrr......geram aku tgk.....semua mak tu buat.zaman aku dulu,nak masuk u...isi borang apa bagai buat sendiri jer....ingt lagi....1st year kitaorg kena kat YPM Kuantan coz masa tu UUM xcukup tempat....pi naik bus ni.....as-kl-kuantan.....dengan barang2 byk giler....siap bwk baldi lagi....sessungguhnya semua tu kenangan terindah.bersyukurlah kerana diberi peluang merasai semua tu.....untuk semua yang nak masuk belajar.....ALL THE BEST....STUDY LEKLOK....ingat susah payah mak ayah kat rumah ni.....tatatattatata

direnjis-renjis dipilis

actually ddah lama nak buat post ni...tp terlalu bizi mizi,xdan lagi.....sbnrnya awal Jun lalu...family in law menerima seorang menantu selepas hampir 6 tahun iaitu ME.......hahahhahah.kali ni diaorang menerima menantu lelaki plak dan merupakan menantu ke5 dalam ini family.......

kenduri on 5 Jun,kitaorg dah gerak balik johor on 2 Jun.kat Johor ni,rewangnya start awal...hari jumaat dah meriah dah.bestnya kat sini,pakatan tu masih ada,gotong-royong tu masih kuat.kiranya tuan rumah xletihla.....semua geng2 rewang tolong.......hari sabtu,sanak saudara jauh dekat dah mula sampai.....bertambah2 meriahla.....keja den+akak ipar+biras den=isi bunga telur....heheehehe...kejang kaki2 mengisinya....byk giler goodiesnya......

hari langsung pun tiba......akad nikah jam 11 pagi...even hujan lebat,majlis tetap meriah.ramai sgt jemputan.saudara jauh dekat.mak & ayah me pun baru sampai.....semua family me datang.seronok diaorg dpt tgk suasana kenduri kat johor yg lain skit dari kedah....dengan tolnya,kompangnya yg happening,lauk pauk yg lain dr di kedah......something new to them.......

kitaorg bergerak balik petang tu coz pepagi buta besok my lovely hubby kena balik Kerteh.....jalan jem giler....highway pun jem.....semua pakat kahwin gamaknya hari tu....ehehhheheh.kitaorg singgah tido melaka coz my family nak jalan2 kat melaka.kul 3.30 pagi besoknya.......mr hubby gerak balik ikut segamat....sedihnya lepaskan dia pergi coz penat xhilang lagi....balik sorang2 plak tu..jalan tu sunyi....hanya doa jer mampu me iringkan...cewahhhhh....nak buat camna....demi mencari rezki......

tu jer entry kali ni....yg dah lama sebenarnya.....to NOLIE&AZMI......selamat pengantin baru....selamat melayari hidup berumahtangga....amin......