Monday 30 July 2012

no regrets


Saturday 28 July 2012

kemurungan...it's true

me jumpa artikel ni
masa blogwalking tadi
juz nak share dgn uols
tapi mmg betul pun
post-natal depression ni
mmg ada
me pun mengalaminya
masa mula2 bsalin
me xboleh tgk pisau
rasa ngilu kat tempat czer
jadi bdebar2
takut...stress
sememangnya ibu2 perlukan sokongan
org sekeliling utk hadapinya
mmg me kdg2 stress
coz tpaksa uruskan anak2 sorang diri
aiman dgn kerenahnya
aqeem yg kadang2 meragam
even abah ada pun
anak2 mesti carik mama jgk
bayangkan tgh makan
sambil dukung aqeem
bangun plak....bwk aiman pg toilet
dgn parut czer yg dok skt2 lg
tpaksala...kalau dia xmau org len
atau pun org lain sbuk
 
mmg kdg2 rasa xde ruang utk diri sendiri
letihhhhh sgt
kdg2 rasa nak nangis
jerit sekuat hati pun ada
tapi alhamdulillah
Allah sentiasa bersama me
even apa pun dugaannya
DIA bg me kekuatan utk hadapinya
x jadik gila dgn semua ni
my style.....mls nak lyn apa yg bmain di fikiran
cuba berfikiran positif
even geram, sakit hati......think positif
kalau dilayan....mau meroyan
apa pun.....anak2 tu segalanya
walaupun penat, letih
itulah segalanya untuk mama
dunia akhirat
*
*
*
*

KEMURUNGAN di kalangan ibu yang baru melahirkan bayi atau dikenali sebagai baby blues bukan masalah asing dan sering berlaku terutama kepada mereka yang baru pertama kali mendapat zuriat.

Masalah berkenaan berlaku apabila ibu berasa sedikit rapuh daripada segi emosi sebaik melahirkan anak dan ia sesuatu yang normal.

Mengikut kajian, 80 peratus daripada ibu yang baru melahirkan bayi akan mengalami kemurungan ini iaitu reaksi emosi yang bermula beberapa hari selepas kelahiran dan selalunya tidak berpanjangan lebih dua minggu.

Antara simptom kemurungan di kalangan wanita adalah bersedih, hilang minat atau kesukaan pada perkara yang selalunya digemari, berasa bersalah, hilang harapan dan rasa tidak berharga, manakala ada sebahagian yang lebih ekstrem memikirkan mengenai kematian.

Simptom lain yang menunjukkan seseorang itu kemungkinan mengalami kemurungan lepas bersalin adalah gangguan tidur iaitu sama ada lebih banyak tidur atau kurang tidur, perubahan selera dan berat badan, sukar memberi tumpuan dan tidak bertenaga.

Ada ibu yang mudah tersentuh, menangis, susah hati dan cepat tersinggung walaupun pada perkara yang kecil dan tidak memberi makna.

Sokongan pasangan dan keluarga dengan membantu menguruskan bayi dan memberi ruang kepada ibu untuk mendapatkan lebih banyak rehat, boleh membantu ibu melalui fasa berkenaan dengan baik.

Namun sekiranya rasa sedih dan kemurungan itu berlanjutan lebih daripada dua minggu, wanita berkenaan perlu bertemu dengan doktor supaya simptom berkenaan boleh dikenal pasti seterusnya merujuk wanita yang mengalami masalah kemurungan kepada kaunselor sekiranya perlu.

Kemurungan boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian dan kira-kira 10 hingga 15 peratus ibu baru mengalami kemurungan klinikal, kerisauan melampau atau gangguan obsesif-kompulsif (OCD).

Kemurungan boleh bermula dalam tempoh dua bulan pertama selepas melahirkan bayi dan segelintir wanita yang mengalami masalah itu tidak mampu menjaga bayi dengan baik malah ada kemungkinan boleh membahayakan bayi mereka.

Jika wanita mengalami rasa bimbang atau panik yang berulang-ulang, dia mungkin mengalami gangguan kerisauan selepas melahirkan.

Simptom kerisauan itu selalunya muncul dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas melahirkan tetapi ia hanya tiba ke kemuncak beberapa minggu selepas itu.

Antara simptomnya adalah kerisauan ekstrem, tidak tenteram, nafas menjadi pendek, sakit dada, ketidakselesaan, rasa tercekik, pening, rasa cucukan di kaki dan tangan, menggigil, berpeluh, pitam, rasa panas dan sejuk serta kebimbangan akan mati, hilang akal atau hilang kawalan.

Sesetengah wanita yang mengalami kerisauan selepas bersalin, mempunyai kebimbangan yang berulang mengenai bahaya yang akan menimpa anak-anak mereka, orang yang disayangi atau diri sendiri.

Wanita yang mengalami OCD selepas bersalin pula sentiasa mengalami pemikiran atau imej mengenai perkara yang mengganggu atau kejam.

Pemikiran itu datang secara spontan dan selalunya ibu memikirkan perkara yang tidak masuk akal seperti mencederakan bayi mereka sendiri.

Mereka yang mengalami OCD juga sentiasa melihat bahaya di mana-mana saja sehingga mencuci tangan mereka berkali-kali serta berulang kali memeriksa pintu sama ada ia sudah dikunci.

Ada juga yang mencipta ritual sendiri yang dijalankan berulang kali dalam usaha membuang pemikiran buruk yang sentiasa bermain dalam fikiran mereka.

Mereka mungkin dengan sengaja mengelak memasuki dapur, memegang pisau, enggan menjaga atau memandikan bayi kerana khuatir akan mencederakan bayi mereka.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, antara faktor yang menyumbang kepada kemurungan di kalangan ibu yang baru melahirkan bayi adalah kadar hormon estrogen yang menurun sebaik proses kelahiran berlaku.

Katanya, ia juga boleh berlaku di kalangan ibu yang menyusukan bayi mereka kerana faktor hormon estrogen yang berkurangan berbanding ketika mengandung.

"Semua ibu yang baru melahirkan boleh mendapat baby blues tapi sama ada ia boleh membawa kepada masalah kemurungan, ia bergantung kepada kekuatan dalaman diri serta bagaimana seseorang wanita itu menanganinya.

"Ibu perlu bertenang, tidur yang cukup dan pastikan susu badan sentiasa ada supaya bekalan tidak berkurangan hingga boleh mengakibatkan susah hati.

"Sekiranya ibu rasa tidak mampu menghadapi perubahan selepas melahirkan, dia boleh mendapat kemurungan," katanya.

Tiada faktor khas yang menyumbang kepada masalah murung selepas bersalin tetapi gabungan hormon, biokimia, persekitaran psikologi dan genetik memainkan faktor dalam masalah berkenaan.

Wanita yang mula mengalami rasa susah hati melampau ketika mengandung terutama pada trimester ketiga, mempunyai sejarah kemurungan, sejarah ada ahli keluarga yang mengalaminya, masalah rumah tangga, masalah kewangan, kehilangan kerja, tekanan untuk menjaga bayi, keyakinan diri yang rendah dan kurang sokongan sosial mempunyai risiko untuk mengalami kemurungan selepas bersalin.

Selain itu, kemurungan selepas bersalin juga kemungkinan boleh berlaku pada wanita yang melahirkan bayi yang tidak dirancang, tidak berkahwin dan tergolong dalam status ekonomi yang rendah.

Selain mendapatkan nasihat pakar, wanita yang mengalami kemurungan boleh membantu diri sendiri dengan meminta sokongan daripada pasangan, rakan dan keluarga untuk membantu menguruskan bayi dan melakukan kerja lain.

Mereka juga boleh mendapatkan rehat secukupnya dan makan dengan teratur selain berhenti berfikir serta melabel diri sendiri sebagai ibu yang tidak cukup bagus kepada bayi.
Antara cara lain untuk mengatasi rasa murung selepas bersalin adalah tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada diri sendiri selain perlu berkongsi perasaan dengan seseorang yang dipercayai.

Hubungi rakan yang bersedia mendengar masalah atau menyertai kumpulan sokongan ibu sama ada secara fizikal atau melalui Internet untuk mendapatkan sokongan emosi sebanyak yang mungkin.

Selain itu, ibu baru bersalin juga boleh mengurangkan kemurungan dengan mengambil pendekatan menjaga diri sendiri, tidur secukupnya, berehat dan mandi air suam, keluar membeli-belah, berpakaian cantik serta bersolek sekiranya perkara itu biasanya menggembirakan hati.

Ibu juga boleh mengurangkan kemurungan dengan keluar berjalan membawa bayi mereka dan bertemu rakan serta menghabiskan masa lapang dengan aktiviti santai.

Wanita yang mengalami simptom murung juga boleh mengatasinya dengan mengambil pendekatan tidak terlalu tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu perkara contohnya mencuci baju ketika bayi tidur, sebaliknya mereka boleh mengambil masa itu untuk berehat.

Tugas lain boleh diselesaikan dengan meminta bantuan pasangan atau keluarga untuk melakukannya supaya wanita itu tidak perlu sentiasa terkejar-kejar untuk menyiapkan semuanya sehingga menimbulkan rasa susah hati.

Simptom kemurungan selepas melahirkan anak:
  • Bersedih
  • Hilang minat atau kesukaan pada perkara yang selalunya digemari
  • Rasa bersalah
  • Hilang harapan
  • Rasa tidak berharga
  • Ada yang lebih ekstrem memikirkan mengenai kematian
  • Gangguan tidur
  • Perubahan selera dan berat badan
  • Sukar memberi tumpuan
  • Tidak bertenaga
  • Mudah tersentuh, menangis, susah hati
  • Cepat tersinggung
  • Golongan berisiko:
  • Wanita yang mula mengalami rasa susah hati melampau ketika mengandung terutama pada trimester ketiga
  • Mempunyai sejarah kemurungan
  • Sejarah ahli keluarga yang mengalaminya
  • Masalah rumah tangga
  • Masalah kewangan
  • Kehilangan kerja
  • Tekanan menjaga bayi
  • Keyakinan diri yang rendah
  • Kurang sokongan sosial
  • Tidak merancang melahirkan bayi
  • Tidak berkahwin
  • Status ekonomi rendah
  • Cara tangani:
  • Banyak berehat, cukup tidur
  • Minta bantuan pasangan, keluarga untuk uruskan bayi
  • Bertenang
  • Berfikir positif
  • Membuat perkara yang disukai
  • Keluar bersantai bersama bayi
  • Tidak meletakkan harapan terlalu tinggi
  • Mendapatkan nasihat pakar 
  •  
     
  • Friday 27 July 2012

    love ur child.....


    jangan potong tangan aiman!!!!!

    hadoiiiiii.....
    entri apa plk ni?
    pelik jerk bunyinya kan????

    alkisahnya.....baru hbs sidai kain
    memalam buta gini bru nk sidai
    bila nk kering?????
    nk buat cmna...siang xsm[t
    kalut dgn bdk2
    dan xtvt yg byk b4 abah grak ke kerteh td

    bkn nk crta psl kain
    tp pasal si aiman
    bdk bulat2 tu

    tdnak kuar sidai kain
    me ajkla dia
    jom tman mama sidai kain
    dah tk nab ngan aqeem tdo
    yg lain pg terawih
    tgl dia sorangla
    dok main sorang2
    ajkla teman...takut dia bsan
    tp dia xnak
    me pun xpela....pgla sidai kain

    hbs sidai kain
     kemas dapuq bagai
    panggil la dia....srh bwk botol susu
    mama nk buatkan susu

    msa dia bg botol tu
    me perasan kt muka dia ada biru2
    tnya knpa.....dia diam jer
    pastu tgk....dua2 tgn pun cmtu jgk

    tau kenapa?????
    dia main stampad tok wan dia
    hbs dakwat kena muka dan tgn

    me pun xtaula knpa
    mlm ni angin baik kot
    xmarah pun
    amikla baby oil
    sapu kat muka....hilang
    tapi sapu kt tgn.....xhilang2
    msybe coz dakwat dia tebal skt kot

    pastu me tanya dia.....
    mama : ni xblh hlg...nk buat cmna?
    aiman: (diam jer)
    mama:xpela,tgu tok wan blk.....
    kita tanys wan nk boh apa bg hlg....
    klau xlh hlg jgk....maybe kena potongla kot tgn ni
    aiman:(mula meraung)....jgnla potong tgn aiman
    aiman syg tgn aiman
    mama:mana mama tau....tgkla tok wan nk buat apa
    aiman:(terus meraung)

    me ngan tok nab jenuh thn gelak
    tgn dia meraung
    ckp jgn ptg tgn aiman
    aiman syg tgn aiman
    hahaha

    tau pun takut
    ckp mama xdgr
    anak.....anak
    ni ada sbelah dah tdoq
    tdoq dgn mama..sebab takut
    padahal sblm ni tdoq dgn tok wan
    tdoq terus coz mama ckp
    klau tdoq sblm wan blk
    tgn tu selamat....
    hahaha
    aiman......aiman



     
     

     

    Thursday 26 July 2012

    aku terima nikahnya


    luahan hati......

    tetiba jumpa lagu ni
    luahan hati by kristal
    tapi dinyanyikan oleh apit
    me pun xkenal sapa apit ni
    tp mcm byk je video dia kt youtube
    so layannnnn

    Tuesday 24 July 2012

    nak berbuka apa ptg ni????

    apa ke hal le ni????
    lambat lagi nak balik
    sibuk fikir menu dah...hahahah
    apa pun...since semalam
    i'm craving for this...


    apa bondo plak ni????
    bubble teaaaaaa
    tetiba tekak tingin
    tapi mna den nak crk kot loq staq ni????
    alamanda berlambakla
    tp tesco ada kot
    cuma maleh nak pg
    nant2la....
    tingin jerk....bkn ngidam pun
    xpyh nak ngengada ok....
    xkuasa laki den nk melayan
    heheeheheheh

    tapi mr AR kata
    hari ni dia nak pg beli ayaq spesel pnya
    tapi tu pun kalau dia rajin la....
    ayaq apa tu?????
    tunggu next entry k........daaaaaaaaa

    aqeem si wonderpet


    irene nelisa

    minggu lepas ke putrajaya
    sempatla main2 dgn irene nene
    sapa tu? sapa si nene ni????

    sbnrnya si nene ni
    adalah the only cucu gegirl
    tok nab + wan
    buat masa ni la
    hehehehehehe
    lps ni kot mak long ka
    mak lang dia ka
    mak cu dia ka
    mak ndak dia ka plk
    dapat baby gegirl
    dia bkn the on;y one la
    hehehehhehe

    semua kan tingin sgt baby gegirl
    so buat masa ni
    irene kira the only princess la
    so lyn gmbr2 bdk tecik ni









    Monday 23 July 2012

    hausnya.....

    salam semua...
    baru ada mood nak update
    setelah cuti lama
    balik sambut puasa rmh MIL
    pastu bln posa
    masa malam utk update blog
    terhad skt
    coz dah terbongkang kekenyangan
    heheheeheeheh

    alhamdulillah
    hari ni dah masuk hari keempat puasa
    dan ini merupakan tahun pertama
    me berpuasa + fully bf
    dan apa yg me perasan
    me rasa haus sgt tekak ni
    letih sgt rasa
    tengok beg ice cube kat psr mlm pun terliur
    apa lagi tgk air yg berwarna warni kat param tu
    xtahan godaan rasa
    rasa2....air coway tu pun nmpk sdp bila bln posa ni
    hahaahhahah

    bila google2...rupanya ia normal
    bg mommy yg bf...huhuhu
    me kalau berbuka
    makanan tu xkisah sgt
    yg penting air tu
    xtahan daulat oooooo

    kat sini me nak shre tips dari satu blog ni
    utk mommy yg menyusukan anak
    antaranya ialah jgn skip sahur
    byk mkn kurma+susu
    kena beli stok fresh milk ni
    apa pun....mommy2 semua
    chaiyok2......insyaallah
    moga Allah permudahkan segalanya




    khusyuk ke????


    Sunday 22 July 2012

    ramadhan resolution...insyaallah


    cintai isterimu

    RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU

    " Cintai isterimu… apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya untuk memastikan rasanya sedap untukmu "

    " Cintai isterimu… apabila dia 'memaksa' anda untuk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "
    ...
    " Cintai isterimu… apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

    ..." Cintai isterimu… apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

    " Cintai isterimu... apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "



    Tuesday 17 July 2012

    hargai org lain ok.....

    Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain? Persoalan ini akan terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri dalam bentuk soalan “Mengapa pelu menjaga perasaan sendiri?”. Dalam konsep ‘Hablum Min-Annas’ telah jelas di situ akan maksudnya bahawa kita perlu menjaga hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan Maha Pencipta( Hablum Min-Allah). Perlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.

    Sebagaimana firman Allah:
    “Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabat dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu”. ( Surah Aali- Imran ayat 159 )

    Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta sama ada apa yang dikatakan itu benar atau salah. Manakala menghargai pula melibatkan emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa, kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur aduk ini.

    Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan orang yang sedang berkata-kata itu. Selain itu cara yang paling mudah adalah dengan diam, mengangguk, dan melihat ke wajahnya semasa dia sedang berkata-kata. Selain itu kita boleh menggunakan komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti “ ya, betul.” , “ Ok,” , “Oh!”, “Menarik, menarik…”, “Iya ker?, “Teruskan”, “Isyyy…kasihannya awak.” , “Oh, begitu,” dan sebagainya. Komen neutral ini membantu mendorong orang yang sedang bercakap supaya terus bercakap dan meluahkan masalahnya sehingga kesusahannya hilang selepas dia berasa dihargai kerana ada insan yang sudi mendengar keluhan keresahannya.

    jgn buat aku marah!


    Sunday 15 July 2012

    kamus ibu bapa

    DUMB WAITER: a waiter who asks if the kids would like to order dessert.

    FEEDBACK: the inevitable result when the baby doesn’t appreciate the strained carrots.

    FULL NAME: what you call your child when you’re mad at him or her.

    GRANDPARENTS: the people who think your children are wonderful even though they’re sure you’re not raising them right.

    HEARSAY: what toddlers do when anyone says a dirty word.

    INDEPENDENT: how we want our children to be as long as they do everything we say

    OW: the first word spoken by children with an older brother or sister

    PUDDLE: a small body of water that draws other small bodies wearing dry shoes into it.

    SHOW OFF: a child who is more talented than yours

    STERILIZE: what you do to your first baby’s pacifier by boiling it and to your last baby’s pacifier by blowing on it and wiping it with your saliva.

    TOP BUNK: where you should never punt a child wearing Superman pyamas.

    TWO-MINUTE WARNING: when the baby’s face turns red and she begins to make those familiar grunting noises.

    VERBAL: able to whine in words

    WHODUNIT: none of the kids that live in your house


    Things My Mother Taught Me


    My Mother taught me LOGIC..."If you fall off that swing and break your neck, you can't go to the store with me."

    My Mother taught me MEDICINE..."If you don't stop crossing your eyes, they're going to freeze that way."

    My Mother taught me TO THINK AHEAD..."If you don't pass your spelling test, you'll never get a good job!"

    My Mother taught me ESP..."Put your sweater on; don't you think that I know when you're cold?"

    My Mother taught me TO MEET A CHALLENGE..."What were you thinking? Answer me when I talk to you...Don't talk back to me!"

    My Mother taught me HUMOR..."When that lawn mower cuts off your toes, don't come running to me."

    My Mother taught me how to BECOME AN ADULT..."If you don't eat your vegetables, you'll never grow up.

    My mother taught me about GENETICS..."You are just like your father!"

    My mother taught me about my ROOTS..."Do you think you were born in a barn?"



    My mother taught me about the WISDOM of AGE..."When you get to be my age, you will understand."

    My mother taught me about ANTICIPATION..."Just wait until your father gets home."

    My mother taught me about RECEIVING...You are going to get it when we get home.

    and my all time favorite thing - JUSTICE..."One day you will have kids, and I hope they turn out just like YOU..then you'll see what it's like."

    Wednesday 11 July 2012

    saya dah grad hari ni....

    entri selepas far away
    untuk beberapa hari
    nak cerita ttg aqeem irfan
    yg dah berjaya graduate hari ni
    dgn jayanya
    alhamdulillah syukur kepada Allah

    tahniah buat anak mama 
    kerana telah berjaya
    ke tahap ini
    harapnya sampai dapat phd ye syg

    bila plak budak kecik ni pi blajaq?????
    amik kusus apa????
    nak tau kusus apa???
    sila rujuk di bawah
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *

    kusus ni la...hehheheh
    kusus menyusu badan
    alhamdulillah, aqeem masih menyusu badan
    sampai sekarang
    bak kata org
    dah dapat diploma la gayanya
    alhamdulillah murah rezki aqeem
    moga rezkinya terus murah
    agar dapat terus fully breastfeed
    sampai umur 2 tahun
    insyaallah
    bolehla jd prof aqeem lps ni
    heheheheheh

    Saturday 7 July 2012

    jangan takut ok.....

    outstation lagik

    salam semua
    minggu ni xdapat bersiaran kerap2 sgt
    coz me kena outstation lagik
    nunnnnn ke nogori sembilan
    baru je sampai dr ipoh
    menganta acu masuk poli balik
    ni kena kemas beg balik

    letihhhhhh sgt
    tapi nak wat camna
    den ni kuli2 sahaja
    tapi sedih jerk tgk muka anak2
    kena tgl lagi
    dah la abah x balik lagi
    jgn nakal2 ye sayang
    dok baik2 dgn tok nab k
    nant mama balik

    alhamdulillah stok susu utk aqeem cukup
    moga Allah lindungi anak2 ku
    sepanjang mama ngan abah xde ni
    insyaallah....amin
    

    Thursday 5 July 2012

    rayuan di pagi hari

    pagi2 kat opis diaorang pasang doa dhuha ni
    sayu jerk....jom layan
     


    Wednesday 4 July 2012

    kusi comel....

    salam....
    entri di hujung minggu bekerja ni
    mak nak citer ttg kusi idaman hati

    ternampak kusi ni dalam facebook la
    org dok jual online
    mcm cute jer
    kalau beli...blh bagi aqeem duduk
    senang sikit
    xpyh nak pegang2 dah
    coz dia support utk baby sice 3 month rasanya
    untuk duduk

    dia ada tray jgk
    so senangla nant kalau aqeem dah pndai makan
    boleh letak makanan atas tu
    kalau dah berkenan
    review yg elok2 jerk

    kebetulan jumpak plak kat satu kedai baby
    di aloq staq ni
    excited la jgk coz xpyhla beli online bagai
    tapi yg xtahannya
    reganya mahal la jgk
    slalu jumpak dlm rm150 - rm180
    tapi dah berkenan jgk
    mcm nak pejam mata je la beli
    hahahahahha

    finally....my financial controller x bagi
    sebab2nya ialah :
    aqeem bukan nak dok sgt pun
    aqeem akan guna kejap jer
    nant nak beli stroller
    dia duduk jgk
    nasib baik dia ada alasan yg kukuh
    hahahahhahah

    so xjadi la beli kusi comel ni
    huhuhuhuhu
    kalau ada yg berkenan jgk
    kat aloq staq ni
    kat apple baby house tu ada
    blh la bershopping di situ
    hehehehehheheh


    

    toleransi

    penah dengar x perkataan tu????
    TOLERANSI
    maksud dia lebih kurang mcm tolak ansur la
    kenapa tiba2 kuaq tajuk ni????
    coz aku dah fed up bertoleransi dgn org

    kita ni hidup bermasyarakat kan
    bila kita hidup dgn org
    kita kena la ada sikap tolak ansur
    give n take ni
    jgn asyik mementingkan diri sendiri jerk
    mentang2 aku baik
    baik ke????heeheheh
    xbanyak cakap....tak bermaksud
    aku kena sentiasa mengalah

    sangat letih dgn org2 mcm ni
    tolongla ek
    bersikap matang, profesional dlm semua hal
    respect people, be tolerate
    insyaallah semua selamat

    ntah apa aku dok merapu ni
    aku pun xtau
    tapi ia sebahagian luahan hati
    utk released stress
    sekian

    Tuesday 3 July 2012

    dunia yang indah


    gila gadget

    salam semua
    hope korang semua sihat hari ni
    kali ni me nak cerita pasal satu penyakit
    penyakit gila.....gila apa tu????
    gila meroyan ke?
    gila angau ke?
    gila-gila?hehehheeh

    me nak cerita pasal GILA GADGET
    sekarang ni gadget canggih2 belaka
    budak2 pun dah pandai pakai gadget2 ni
    kecik2 dah ada henfon bagai
    tapi skrg lg best
    dah pndai pakai iphone, ipod, ipad bagai
    lagi canggih dari aku
    yg dok pakai hp nokia jerk
    hahahahahah

    zaman mcm ni
    kita kenala up to date kan
    kang org kata ketinggalan zaman plak
    tapi sebenarnya kecanggihan ni 
    banyak impaknya
    cewahhhh...mcm ceramah obb plak
    hahahahhahah

    as example
    skrg ni...kalau kat kedai makan
    satu family dok satu meja
    xdak dah riuh rendah dok sembang bagai
    bapaknya sibuk dgn tabletnya
    maknya sibuk dgn bbmnya
    anak gadisnya sibuk fb, twitter dgn ipadnya
    anak terunanya sibuk men game ngan ipodnya
    so xdak masa nak sembang2
    semua sibuk dgn agenda masing

    org zaman la xmacam org zaman dulu
    berkumpul skali skala
    sembang riuh rendah
    zaman la......bdk2 muda sibuk ngan gajet msg2
    yg paling xblh blah
    kalau dlm meeting pun sibuk dok dgn gajet lagi
    taula ko ada gajet canggih
    tapi jgnla poyo sgt
    sampai time meeting dok sibuk bergajet2 lagi
    bukan aku dengki
    tapi sakit mata+nyampah
    boleh x?plz fokus ok

    masa ke depan ni
    xtaula gajet apa nk kuaq lg
    jenuh dok ikut
    for me...dah jd mak bdk ni
    hp boleh tpon kuaq masuk
    blh antaq msg
    boleh video call
    cukup bgus dah
    coz aku buta gajet
    hahahhahahahah

    selembut muslimah


    mama tak sayang aiman

    kenapa plak ni?awat plak?
    hhuhuhuhuhuhu
    tu la ayat aiman tadi
    mama tak sayang aiman

    ni dah kali kedua dia cakap camtu
    1st time masa abah dia balik hari tu
    dia cakap mama x sayang aiman
    sebab mama selalu marah aiman

    petang tadi dia kena marah dgn tok nab
    pastu nangis la
    dia cakap tok nab, mama ngan aqeem xsayang dia
    hadoiiiilaaaa anak mama
    macam mana org xmarah aiman
    kalau aiman nakal2

    ayat tu betul2 meruntun jiwa mama
    mama dah cuba yang terbaik
    untuk adil pada aiman n aqeem
    tapi mama x mampu sayang
    huhuhuhuhu

    kadang-kadang rasa letih sangat
    nak handle anak sorang diri
    rasa dah cukup penat
    mmg me duduk dgn parents
    tapi xkan la nak harap diaorg 24jam kan
    diaorg pun dah xlarat

    as example, bila balik petang
    sampai jer rumah, tok nab dia sibuk
    nak mandi, nak semayang apa bagai
    so mmg xsempat nak lyn budak2 tu
    smtra dia siap buat keja dia
    me la yg melayan budak2 tu
    slalunya kul 7.30 ke 8.00 malam 
    jugakla baru me dapat mandi
    kadang2 adik meragam
    nak menyusu, so me direct bf
    dah seharian tinggalkan
    kalau adik ok, abang plak nak makan
    gorengla apa yg dia nak
    suapkan plak
    pastu mandikan dia plak
    dulu...semua tu dia boleh buat sndri
    but now,since ada adik
    jadi manja, merap
    semua nak kita buatkan
    sebenarnya...dia perlukan
    PERHATIAN!!!!!!!

    sebenarnya mmg rasa kesian sgt kat aiman 
    me selalu marah2 dia since ngandungkan aqeem
    maybe pembawakan budak masa tu
    dgn keadaan diri yg sarat
    dia makin suka buat perangai
    mmg betul2 mencabar kesabaran

    bila dah ada adik
    me kurang dapat bg tumpuan kat dia
    coz sibuk dgn adik
    kalau adik tdo...me sibuk plak ngan pumping session
    masa tu la nak buat keja bagai

    bila dia suka kacau adik
    bila dia suka sepah2
    bila dia suka cakap kuat2
    bila dia terlalu byk bertanya
    me mula stress
    and akibatnya .....kena marahla kan
    and satu lagi habit yg buat mama marah
    suka nyampuk bila kita bcakap dgn abahnya
    bengang betul......dia ckp jeles klau mama sembang dgn abahnya
    esp dalam keta la
    coz dia akan duduk kat tengah2
    bila kta bcakap...dia pun nak bcakap
    gerammmmm betul
    dah la mak bapaknya jrg jumpa
    kat rumah xdan sembang coz blk keja sbuk dgn hal msg2
    so skrg mak ayahnya xdan nak berkomunikasi coz dia suka nyampuk
    sabar jela


    mama dah cuba yang terbaik
    tapi masih lagi gagal
    sedih sangat bila dia rasa mama xsayang dia
    me faham dia skrg selalu cuba utk perhatian kami
    maybe dia rasa adik tu as dia punya competitor
    me yg salah coz xboleh nak tumpu perhatian kat dia
    bila dia dah ada adik


    tapi mmg me xmampu
    dgn keadaan sekarang
    adik perlukan tumpuan
    so kdg2 aiman mcm terumbang-ambing
    mujurla jgk ada tok, wan n pakcik2 tu
    tapi tetap xsama dgn perhatian dari mama kan


    apa pun,mama akan cuba yg terbaik untuk aiman
    kadang2 bila kita marah dia
    rasa sedih, rasa bersalah
    rasa teruk sgt aku ni
    anak tu anugerah Tuhan
    kenapala xjaga elok2
    xhargai elok2 anugerah tu???
    ampunkan aku ya allah
    andai aku gagal beri yg terbaik
    tapi aku akan cuba
    dan terus mencuba
    moga mereka membesar menjadi anak yg soleh
    berjaya dunia akhirat


    terima kasih buat one of my fren
    yg share info ni kat wall fb dia


    http://drmuna.wordpress.com/2012/07/02/tips-of-the-iceberg-cara-pandang-dan-nilai-anak-anak/#more-1227

    sesungguhnya anak2 itu belum matang
    kita sebagai ibu bapa yg dah matang ni la
    perlu berubah
    agar kita mampu jadi ibu yg terbaik
    bapa yang terbaik
    di mata anak2 kita

    buat anak2 mama
    mama sayang aiman
    mama sayang adam
    mama sayang aqeem
    muuuaaaahhhhhhh