Saturday 20 April 2013

jalan2 time

Salam semua
Minggu ni kita update blog
Dari ganu kite
Coz tgh holiday
Sambil ikut mr ar kusus
Nant me share xtvt kt sini ek
Yg pastinya plg byk
Ialah xtvt mkn
Hahaha
Rugi lorrrr
Jln2 xrasa mkanan tmpatan
Bkn ada kt tempat kita
Lynkan ajerkkk
Adioossss
Nak mandi
Pastu pg bfast
Xtvt pg ni is shopping!!!!!!

Wednesday 17 April 2013

kerja baru

salam semua
nk citer ngan korang
since ahad lepas
me ada kerja baru
tamak betul kan
semua nak buat
macam pandai sgt
hahahahhah
nak tau apa keja baru me?
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'

'
'
'
'

'
'
''
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
''

'
'
'

'
'
'

yezzzaaaa
aku dah tukar  profesion
dari seorang akauntan
menjadi sorang kontraktor xbertauliah
hahahahha
blh ke???
korang jgn pndang aku sblh mata tau
blh x boleh...i have to
coz mr ar dok jauh
so semua tu aku kena amik tau
bila dia xde

setelah dipilih2
dikira2
akhirnya kami dah pilih design
dan jgk kontraktornya
insyaallah
minggu dia akan mulakan keja
harap dapatla siap sebelum raya
even sbnrnya aku blur jgk
bila cian tu dok cita tu
cita ni
tapi buat2 faham jela
yg lain2 biaq mr ar settle
bila dia cuti nant

so untuk hari ni
aku ada assignment baru
pg survey toilet
coz cina tu nk tau ukuran
toilet yg kami nk pilih
untuk dia buat tapak nant
huuuuuaaaaa
pening kepala nak pilih nant
insyaallah...i'll do the best
untuk mahligai comei kami
chaiyok2


Monday 15 April 2013

tambah la lagi....

salam semua
bz skt lately
lama xupdate blog
baru balik kusus 2 hari
sbuk ngan anak2
sbuk dgn urusan nak renovate rmh
sbk dgn keja2 opis
so blog pun bersawang
hehehehe

hari ni nak citer
pasal soklan yg femes
among kita org pompuan
'tambah lah lagi'
tambah apa????
tambah nasik???
tambah berat badan????
kalau yg tu
xpyh tanya
aku punya berat
mmg sentiasa bertambah2
hahahahhaah

apa yg org suka srh tambah tu???
jawapannya ialah.....ANAK
biasala.....org kita
mmg camtu
suka tanya soklan
bila nak tmbh lagi
padahal si chipmunks tu
baru je setahun 3 bulan
pastu dgn condition i
yg separuh mati
tiap kali nak melahirkan
mmgla xmenambah dlm masa terdekat ni
even before this
i bersalin xsampai 2 thn
dr cuti bersalin sebelumnya
hahahhahah

tapi selepas aqeem ni
kena fkrkan dulu
coz me byk risk
bila mengandung
platelet low
pulse rate laju...heart prob
so mcm fkr byk kali kalau nk menambah lg

tapi kan xde baby girl lg???
tula ayat org kalau me kata maybe nak pencen dah kot
mmgla tingin sgt baby girl
tapi xde rezki lg nak wat camna
tu semua kerja Tuhan kan
bkn kita blh plh...blh buat
jantina baby dlm perut kita
so terima jela setiap anugerah itu
yg penting sihat dan selamat

kalau ditakdirkan 2 org je anak kami
kami bersyukur jgk
alhamdulillah lah...kalau sorang pun
kita bersyukur coz kita kena ingt
kita diberi peluang ada zuriat sendiri
ada anak utk doakan kita nant
xkisahla laki or pompuan
yg penting kita dah ckp beruntung
dari org yg x berpeluang
mempunyai zuriat sendiri
mengandungkan anak 9 bulan
melahirkan dan memeluk anak sendiri
sesungguhnya kita amat beruntung

dan kami pun sgt bersyukur
ada 2 hero comeiiii
menghiasi hari2 indah kami
kalau dikurniakan seorang puteri
satu hari nanti
itu satu bonus
if not...kami masih bersyukur
amin....







Wednesday 10 April 2013

bahagia dengan memberi

salam semua
entri kali ni
nak cerita pasal kisah
memberi dan menerima

kita selalu dengar kan
kalau kita selalu memberi
selalu berkongsi rezki
dengan org lain
insyaallah
semakin murah rezki kita

me percaya kepada
kata2 tu
alhamdulillah
semakin kita memberi
semakin kita berkongsi
rezki kita xpernah putus
macam2 cara Allah nak bagi
rezki kat kita
xsemestinya kena duit
jatuh dari langit
tapi insyaallah
percayalah...rezki tu akan
sentiasa Allah permudahkan

camna caranya kita nak memberi???
byk caranya
antaranya bersedekah kpd yg memerlukan
xlupa kepada ibu dan ayah
boleh jgk kongsi rezki dgn buat makan2
xsemestinya kena wat khemah bagai
hatta kenduri buah pelam cicah garam belacan pun
Allah berkati

xsemestinya kena kuarkan duit
memberi barang
tenaga, masa pun boleh jgk
yang penting
kita ikhlas
dan percayalah
bila kita selalu memberi
selalu berkongsi
kita akan rasa bahagia
dan Allah gandakan rezki ini
dgn berbagai cara
insyaallah


Tuesday 9 April 2013

lagu feveret aiman bulan ini


sekarang dalam keta pagi2
aiman layan lagu/zikir ni
aqeem pun kepala gerak2
macam meratib gitu
heheheheh
me pun layan
sedap sangat
mendayu2 rasa 

along rindukan kawan-kawan

pagi tadi
dok kelam kabut bersiap
sambil mengawal tentera chipmunk
yg dok memunggah pi mai pi mai
si along cakap
'mama...along rindu kat kawan2 la'
hadoiiiii....sian anak mama
dah seminggu xpegi skolah
camtula
mesti teringat ngan kwn2 kat sekolah
sabar ek sayang
insyaallah.....minggu depan
along dah boleh pegi sekolah
jumpa kawan2

sian dia
mesti bosan la tu
dok rumah asyk tgk tv jer
xde kawan
adik kecik lagi
buat bergumpal bolehla
dulu masa xde adik
dia slalu camtu
bila kitaorg otw blk dr jhr
mesti cakap rindu kawan2(sepupu sepapat dia)
yela....blk rmh nenek
ramai sepupu yg sebaya
seronokla dia
pastu cousin abahnya
ranai lagi yg sekolah rendah camtu
rajinla melayannya

kalau kat rmh tok nab
xde sapa yg sebaya
mujurla ada adik
tunggula adik besar nant
boleh wat kawan
jgn bergumpal dahla
coz adik tu
skrg ni dah pandai gaduh ngan along
dan nmpk gayanya
adikla hero hindustan
along manja skt
macam2 anak mama ni
apa pun...sayang dua2 ok..muuuahahh



sakit hati dengan handbag


hari ni nak citer
pasal sakit hati
kerana handbag
dapat handbag pun sakit hati???
pelik bin ajaib
selalu pompuan suka
kalau dapat handbag
ni sakit hati apsal plak???

alkisahnya
hjg tahun lps
me beli la satu beg ni
brand sembonia
dah byk kali tgk
berkenan sungguh 
dgn designnya
so last2 sambarla jgk
kebetulan ada sale plak

bila dah beli
handbag yg dok guna tu
baru lg
so yg baru beli ni
simpanla dlm almari
pompuan cmtula kan
bab2 handbag ni
tamak skt...hahahahah

so baru2 ni
me kuarkanla dr beg plastik
nak pakaila kan
mula2 kuar tu...dah frust jgk
coz mm ada bks cik pas gigit
tapi dokpujuk hati lg
tapi makin hari
tgk makin mengelupas
me plak kalau handbag
mmg kena thn lasak
coz bila kalut ngan anak
main ltk jerk
pastu jumpa lagi kesan
mengelupas kat blkg
sgt bengang ok
huhuhuhuhu



bknnya murah me beli
tapi xsetanding dgn kualiti betul
so skrg
bungkus msk plastik blk
pakai beg lama
coz xtahan skt mata memandang
so skrg mmg kena
plh beg jns fabric
or leather
supaya lbh thn lasak

bila la kan nak dpt beg impian ni????
insyaallah
'
'
'
'

''
'

'

'
'
'
'

'
''
'

'
'
'
'
'
''
beg impian saya...kena tunggu abg najib bagi 6 bulan bonus dulu kot...huhuhuhu
 
 
 



small celebration

entri kali ni
nak citer skt psl
celebration of my dad
punya besday
18 feb yg lalu
dah lama punya cerita
tapi nak tulis jgk
hahahahah

malam tu
kitaorg kuar makan2
blanja abah makan
kat hotel new regent
me penah mkn kat sini
ngan member opis
boleh thn jgk food dia
so nak bg my parents
rasa plak

hotel ni mcm hotel bajet je dulu
terletak di tgh2 bandar alor setar
zaman dulu maybe
hotel ni among hotel yg top la kan
pastu bila naik hotel2
4, 5 bintang yg lain
hotel ni tenggelam

lps tu
maybe management baru ke apa
dia renovate with a new image
dia ada 24 bilik jer
2 0r 3 tingkat camtu je
and dia punya rate pun sgt murah
so now me rasa
diaorg fokus on food
kalau lunch nak a la carte pun boleh
harga pun ok

so malam tu
me amik chinese set mene
utk 6- 7 pax rm99
me pilih siakap 3 rasa
tomyam campur
sayur campur dgn mushroom....my feveret tu
ayam goreng dgn sos bijan
and butter prawn...yummy2

so sampai sana dlm kul 8.30
si aiman tgk menu sibuk nak kopok leko
org srh makan nasi
ko nak kopok plak ek
mmg kelantanese betul
tekak anak mama ni
tapi aiman bkn kedahan ke?
hahahahahhaha

abah xsihat sgt mlm tu
selsema la plak
risau takut dia xnak kuar
tapi alhamdulillah
dia ikut jerk
makan pun berselera me tgk
siap bertambah
alhamdulillah

si aiman lyn kopok leko dia jerk
aqeem si chipmunk
lyn sayur ngan kopok jgk
alhamdulillah dpt jgk
buat small celebration
utk his 60th birthday

balik rumah
baru makan2 kek
me beli oreo kek
sedapppp.....dia guna fresh cream kan
beli yg stgh kh
esok pagi dah selesai
heheheheheheh

me belikan jubah/kurta utk abah
coz dia slalu pakai
utk pi masjid
at least bila dia pakai
dapat jgk tumpang pahala
heheheheh
anyway...
SELAMAT HARI LAHIR ABAH....LUV U!

budak kecik yg kalut nak makan jgk



siakap

sayur mushroom yg sedap





cucu kesayangan


aqeem the chipmunk

kaki si chipmunk comeiiii

hasil kerja si chipmunk...heheheh

tahukah anda????

1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.



6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.

Sunday 7 April 2013

tolonglah mengerti

sebagai seorang ibu...me nak share petikan di bawah, mengenai dilema ibu-ibu yang fully bf.demi kasih pada seorang anak, ibu2 ini perlukan sokongan anda semua.renung2kanlah.....

                                ****************************************

Anak kecil tidak mengerti di mana mereka berada. Mereka tahu di mana-mana sahaja ibu akan menenangkan mereka.

Apa salahnya kami seorang ibu ingin menyusui anak kecil kami hatta di tempat awam sekalipun? Penyusuan susu ibu adalah hak anak dan ibu yang perlu dihormati semua pihak.

Renungan tajam dan senyuman sinis anda hanya menyukarkan lagi keadaan.

SOKONGLAH KAMI :

1. Jika anda seorang WANITA baik sudah berkahwin ataupun belum :

Berikan senyuman manis dan angguk sebagai tanda sokongan. Bantu lindungi kami dengan badan anda atau berikan ruang yang lebih privasi.

2. Jika anda seorang LELAKI dan SUAMI :

Pastinya anda lebih mengerti kehendak si kecil. Sokonglah ISTERI anda, cari bilik menyusu atau pilih ruang makan di restoran yang agak tersorok dan boleh juga anda sendiri melindungi isteri anda agar dia dan bayi selesa.

Jika wanita tersebut BUKAN ISTERI anda : Apabila anda melihat seorang IBU dengan riak wajah serba-salah mendukung dan menenangkan si kecil yang sedang merengek.
TUAN yang BUDIMAN -mohon segeralah berlalu.
Berikan ruang.
Kasihanilah kami.

Tuan yang budiman- Tidakkah anda semasa kecil dahulu, IBU anda juga melalui kesukaran ini??dan Tuan juga dibesarkan dengan titis kasih susu ibu??

3. Jika anda seorang LELAKI yang BELUM BERKAHWIN :

Adik-adik , Tuan-tuan : Anda generasi terbilang. Bakal bapa mithali.

Jika anda melihat situasi seorang ibu sedang menyusukan bayinya, alihkan pandangan anda.
Berikan ruang.
Hentikan komen atau perkataan yang berbaur lucah secara lisan atau melalui komen di facebook.

Sangat besar bezanya antara seorang ibu yang menyelak sedikit pakaian untuk menyusukan bayi dengan si gadis yang sengaja menampakkan bentuk tubuhnya.

Sebenarnya tidak ada Ibu yang selesa menyusukan anak dengan panahan tajam mata-mata yang memandang.
Tapi demi si anak kecil yang merengek dan merenung dengan mata sayu, panahan tajam itu lentur lembut dengan kasih sayang seorang ibu.

Saturday 6 April 2013

tidoq


juz to share dgn korang, betapa pentingnya tdoq yg cukup. i mizzzz that soooooo much!!!!!!!skrg slalu xcukup tdoq,huhuhuhuhu.itula pengorbanan sorang ibu.xpe2,nanti diaorg dah besar,mama boleh tdo puas2,insyaallah......

tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

• mamalia yang paling lama tidur adalah koala (22jam), kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah asia (3 jam lebih sikit)

• apabila dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

• mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.

• bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.

• perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

• selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

• selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak

Friday 5 April 2013

moga cepat sembuh

hari ni dah 3 hari
aiman demam cempak
campak dah turun ke kaki
banyak sgt
esp kat muka
bwh leher
ngan belakang

sian anak mama
moga tabah dgn ujian
along kuat semangat
insyaallah cepat sembuh
sayang along! 





Thursday 4 April 2013

budak manja

inila budak manja mama
yg menjadi penghibur lara
yg membuat mama stres
bila dia merap
yg buat mama hilang penat
bila dia buat muka notti
penghibur hati
penghilang duka
skrg dah pandai main
dah pandai protes
kalau xikut kehendak dia
mulut pun dah pot pet pot pet
sgt sayang kat abang dia
moga anak mama sihat sokmo
membesar jd anak yg bijak+soleh