Tuesday 30 June 2015

pengalaman ngeri di hospital

pagi tadi me agak hangin
tapi masih boleh tahan
coz puasa kan

alkisahnya
pagi tadi me ke hospital putrajaya
bawakla reference letter dari putrajaya
untuk check up kat sini plak

sampai kat kaunter pendaftaran
bagi salam
tanya dengan penuh sopan santun bagaila kita ni
dah xtau kan
kena la berbudi bahasa
jgn dok buat bodoh sombong

sekali makcik kat kaunter tu cakap
ni bukan reference letter
ni progress report
xboleh guna ni
dengan muka tenging
yela...hospital tu dia punya
aku tetamu je

me pun mula nak hangin
me cakap
saya xtaula...saya pg hospital sultanah bahiyah
minta refer letter
diaorg bg yg ni je kat saya
pastu dia kata
kt sini dia kata refer hospital kt kl
me pun explain la kt dia
me dah bgtau diaorg me transfer ke putrajaya
tapi telinga xmau nak dengaq dah sombong
pi tulis hospital kl plk
kan dah nyusahkan hidup me
kena ngadap makcik ni plk

pastu baru dia pi tnya doc dia kot
pastu come back
dgn statement
doc srh pg serdang or kl
dgn alsan kt situ tls hospital kl
pastu putrajaya xde pakar kardio
me nak repeat echo je pun
xpyh pakar bagai
kat hsb
ma je yg entertain me
pastu jmpk doc pelatih
pastu 10 kali jumpak
10 doc yg berbeza
10 kali kena cerita
sakit apa
padahal dlm sistem depa tu
semua ada tulis
malas baca

so pgla ke hospital serdang
cerita la apa yg berlaku
org kat kaunter tu cakap
ni refer letter la ni
me cakap
xtaula encik
dia pakai uniform putih
kita ni org biasa je
bodo2 saya pun
reti lagila baca apa yg dia tulis tu
tapi mls nk bertekak
mai je la serdang
xsmpai 30 minit
dah dapat tarikh appointment utk echo

benda simple ja
tapi suka buat bg susah
byk sgt birokrasi
bila org komplen gov servant
korang marah
tapi itula hakikatnya
tolong la bg servis yg baik
untuk rakyat
jgn pilih bulu
jgn pikir u ada kuasa
so nak berlagak camtu

masa kt hsb pun camtu jgk
me pegi kaunter
bgtau la dah tukar ke putrajaya
nak minta refer letter
makcik kat situ pun muka tenging gak
hat ni pakai baju biru
lg besaq la kan pangkatnya
baru kul 8 pagi kot
org lain pun puasa

dia wat bodo je
blh amik kad org yg dtg ptg line aku
okla...aku biar lg
coz aku xde appointment kan
pastu srh aku pg tnya blk kt blkg tu
bila tnya ....dia kata kena tanya doc dulu
pastu dia ke depan
aku pun ikut
pastu dia dok buat apa tah kt kaunter
me pun dudukla
xnak ganggu org buat keja kan

setelah dekat sejam dok tunggu
me pun tanya balik status kt kaunter tu
dia tnya td kad bg kt sapa
me ckp me xingtla
tp dia kat bilik blkg td
pastu yg muka tenging tu pun bgun crk rata
pastu dia mai
ckp kata diaorg dah bg kad n report kt me
me ckp...kalau dah bagi
saya nak tercongok buat apa kt sini
byk lg kja nak buat

yang paling xtahan
sorang makcik baju biru tu
siap srh me check dlm handbag
kot ada dlm tu
ingat aku alzhaimer ke apa
geram betul
last2 rupanya
ada sorang patient lagi
nama sama
diaorg bg report kt org tu la
pastu nak kata kat aku

kesimpulannya
mmg apa yg public dok komplen tu betul
as penjawat awam
tolong la bagi imej baik kat public
actually bukan penjawat awam je
semua org la
keja tu kan amanah
ikhlas la bila buat keja
jgn nak melepas batuk di tangga je
senyum itu sedekah
bersopan santun itu contoh akhlak yg baik
plzzzz la




Monday 29 June 2015

si tokey petai

rindunya mama
kat budak bulu mata lentik ni
budak ni mmg rajin sgt
pantang kita ke dapur
dia pun ngekor sama
amik kusi kecik putih dia
sibuk nk siang ikan
siang sotong
siang udang
basuh pinggan

kalau nak srh kupas petai pun rajin
nengok la ha
ringan tulang sungguh
camna la org xsyg
harap adk terus ringan tulang camni
mama xde ank pompuan
blhla tlg mama kt dapur nanti
sayang adik





Sunday 28 June 2015

ibu separuh masa

salam semua
penah dengar x tajuk kat atas
kalau kat tv
tajuk dia
isteri separuh masa

but in reality
me is ibu separuh masa
boleh x kata camtu??

kenapa kata camtu???
coz skrg
me hanya jmpak anak2
on weekend je
maknanya
sebulan me jumpak diaorg 8 hari je
sedih sgt rasa
tapi tuntutan tugas
memaksa kami berpisah dahulu

insyaallah
bila daha dapat rumah
me nak bawak diaorg ke sini
kesian kat diaorg
sedih sgt rasa
bila siap2 nak blk
adik tanya
mama nak pi mana?
adik nak ikut blh x?
then me jawab
xboleh
mama kan keja
nanti dia tnya
mama xdapat rumah lagi ke
mama guna la teropong cari rumah
huuuuuaaaaaa
rasa carik2 hati ni

bersabarlah sayang
insyaallah dengan izin Allah
kita semua akan bersatu kembali

even kita hanya jmpk weekend je
along ngan adik sentiasa di hati mama
sentiasa dalam doa mama
setiap saat
setiap ketika
mama sayang korang
muuuuaaaahhhhh

Thursday 25 June 2015

bungkusan istimewa di bulan puasa

semalam
mr ar bagitau
dapat satu parcel
nak tau parcel apa???
'
'
'
'
'
''
'
'
'
'
''

'

'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
''

'

ini la kandungan parcel tersebut
sambal tempe
dan sambal hijau
yang dihantar oleh ibu dan ayah mertua ku
wuuuaaaa
terima kasih mak & abah
bolehlah menantu mu ini
bwk blk putrajaya
buat bekal buka posa
sambal hijau tu mmg feveret aku ok
ala2 sambal totok jawa
pedas...sedap gilerrr kot
nyum...nyum...nyum
xsabar nak balik ni
nak makan sambal totok




Tuesday 23 June 2015

rude habits


hari ni nak share
tentang top 10 rude malaysian habitskalau kita perhatikan
memang betul sangat kan
meh kita kupas satu persatu :

1. yang ni mmg la,termasuk la my mr ar...hahahah
masing2 nak tunjuk terror.
nak tunjuk hebat di jalan raya
so jadi la camtu

2. yang ni mmg betul sangat kan.
kalau ada signboard dilarang buang sampah,
kat situ la berlonggok sampah, perasan x?
rasanya kena letak signboard terbalik,
buang samaph disini....baru depa xbuang kot
hahahahhaha

3. yang ni mmg kurang ajar kan.
dah nampak org dok tunggu nak masuk parking,
ko senang2 je masuk turn,mmg hangin satu badan

4. ini budaya zaman sekarang.
dah xde sifat prihatin dalam diri
selamba je tgk org ngandung or org tua berdiri.
ko tu yg sihat walafiat
boleh selamba je duduk
very rude

5. yang no 5 ni
selalu me hadapi
bila nak naik train
bila train smpai
pakat kerumun depan pintu
camna la org kt dalam tu nak kluar
nong betul la

6. yg ni plak
macam ko sorang je ada tepon
annoying betul

7. yang ni plg hangin
mmg slalu kena
ko dok depan pintu
org nak lalu
ko xnak bg jalan
tapi ko xnak tlg tekan btg open
hbs org tu tersepit
geram tul
sian esp yg bwk baby
yg bwk stroller

8. org berbudi,kita berbahasa
tapi skrg dah krg budaya tu
kdg kita bg jalan kt org
kot nak senyum ke
angkat tangan ke tanda tq
jgn harapla
muka tenging lg ada

9. yg ni pun habit biasa
kat parking lot
bersepah2 troli
siap letak blkg bontot keta org lg
selfish tul
lagi satu yg xfaham
bila ada kesan tapak kasut
kat toilet bowl
xtakut toilet bowl tu pecah ke?

10. yg ni mmg perangai org malaysia
xboleh punctual
xfaham aku
suka buang masa org lain utk tunggu

sikap2 ni
kalau kita xbuang
camna la kita nak jd negara maju
macam negara jepun yg maju segala-galanya
tapi masih kaya dengan budi bahasa
tinggi disiplinnya
berubahlah bangsaku

papparich @yer8


ini kisah sebelum raya hari tu
sebelum balik johor hari tu
kitaorang singgah tido di putrajaya dulu
so pagi sebelum gerak ke johor
singgah ke papparich @ @yer8
untuk breakfast
lama dah xbreakfast kat papparich
dulu slalu pegi kat cyber

so bebudak ni layan roti stim ngan kari ayam yg maveles
half boiled egg
me plak layan koewteow goreng dia
sekali sekala layankan budak2
bukan selalu
dapat spend time bersama
masa itu emas
bila bersama family








Monday 22 June 2015

kerepek ketam famos amos

lately kat fb
ramai orang share
resipi kerepek ketam
nampak macam menarik
dan resipinya pun senang
so khamis lepas
me ngan mr ar
cuba la membuatnya
giguh laki bini dok koyak crabstick
bagi halus2

dok terpikir jgk
garing ke bila goreng nanti
dah xguna tepung apa pun
rupanya dia rangup mcm kerepek
bila kita dah goreng nanti

korang pun boleh cuba
wat kudap2
lepas semayang terawih
selamat mencuba!


BAHAN-BAHAN :
  • 2 paket stick ketam
  • 1 sk serbuk cukup rasa
  • 1/2 sk serbuk lada putih/hitam 
  • 1/2 sk serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk mengoreng

PENYEDIAANNYA :

1. Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik.

2. Tos stick ketam dan koyak2 hingga halus.

3. Dah siap koyak stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur
   daun kari.

4. Boleh jemur kejap kalau hari panas. 

5. Kita panaskn minyak dan goreng hingga kuning dan ranggup.

6. Keringkan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara





6 ramadan + persiapan raya kami

salam ramadhan
hari keenam
kejap je masa berlalu
dah 6 hari kita berpuasa

pejam celik pejam celik
dah nak raya
camna persiapan raya korang
untuk kitaorang
alhamdulillah 85% hampir siap
masa datang ke putrajaya untuk mula keja 1 hb tu
sempat singgah di sogo dulu
belikan tshirt dan kemeja budak2 ni
seluar jeans byk lg yg baru beli
pakai je yg lama
baju melayu dah lama hantar
minggu lepas me balik dah ambik
tinggal songkok dgn sampin je
minggu ni balik insyaallah nak pg carik
lepas tu settle

kena settle awal
coz next week abah dah pg keja 2 minggu
mama plak balik weekend je
abah akan balik 2 hari sebelum raya
malam rabu tu
khamis tu dia akan gerak dengan budak2
dari alor setar
singgah amik mama kt putrajaya
pastu gerak balik johor
macam keluarga 69 pun ada rasa
huhuhuhu

inilah pengorbanan
yang kami sekeluarga harus lakukan
buat masa ini
insyaallah....ada hikmahnya apa yg berlaku
insyaallah

tahun ni tahun kedua along berpuasa
harap dapat puasa penuh tahun ni
insyaallah
tahun lepas dia cuma tgl sehari je
tu pun dek xtahan dugaan
tgk adik minum vitagen kt rumah pengasuh
tahun ni insyallah
boleh posa penuh kot

ni baru seminggu
bangun sahur makan nasi dgn kicap pun
siap tambah 2 pinggan along tu
mai hujung2 satgi
mula la makan biskut je
bila buka posa pun
dia xmakan banyak
baru posa seminggu pun badan nmpk dah kurus skit
sayang anak2 mama

minggu ni mr ar menguruskan anak2
tok nab dari semalam
bz uruskan sedara tok wan dari kelantan
mai buat operate mata kt kmc
tok nab dan wan tlg uruskan
coz anak dia kt perlis xboleh cuti
so mr ar take over la hal anak2
so semalam berbuka pun tok nab xsempat masak
so beli di pasar ramadan je 
budak2 ni jenis xbanyak songeh
alhamdulillah

amik along kat sekolah

menu berbuka mr ar

adik suka sangat lala sambal ni

berbuka bersama...luv u sayang!

tekun kupas lala

layan dadih sedut plk

lepas makan sambung main

tunggu berbuka la ni

malam layan bunga api plk





Sunday 21 June 2015

dunia baru

salam semua
rindu akak x???
poyos sgt statement
apa pun
akak rindu sgt nak menulis
kat blog kesayangan ni
apatah lagi
sekarang ni hidup sendirian
di rantau org
lagi la banyak
yg nak dikongsikan

hampir 4 minggu di tempat baru
sedang mencari rentak
menyesuaikan diri
tapi hati masih merintih
rindukan anak2
setakat hari ini
sudah 3 kali weekend
berulang ke alor star
untuk bersama anak2 tersayang
kadang kala hati bersuara jgk
sampai bila aku nak hidup camni
tapi hati cepat memujuk
bersabarlah
akan ada manisnya nanti
ramai lagi yg lagi susah dari kita
jangan dipertikai aturan Allah
pasti akan ada yg terbaik menunggu nanti
insyaallah

even cuba untuk redha
drama airmata tiap kali
balik semula ke putrajaya
mmg xdapat ditinggalkan
rasa hati luluh
tgk muka anak2 yg ditinggalkan
rasa bersalah
rasa rindu
semuanya ada
hanya berserah pada Allah

bersabarlah sayang
doakan mama dapat rumah cepat
nanti mama uruskan along dan adik
untuk ke sini
bersama-sama mama
kita harungi susah senang bersama
insyaallah

ya Allah
permudahkan segalanya
permudahkan dunia baru ku ini
amin yarabbalalamin