Sunday, 24 April 2011

thank you seem to be the hardest word

penah dengar x ayat kat atas?macam pelik kan?me yakin korang rasa me silap taip....heheheh

selalu kita dengar SORRY SEEM TO BE THE HARDEST WORD kan?

so kali ni me nak citer pasal THANK YOU plak

apa maksud TERIMA KASIH ni?
ia adalah tanda penghargaan kita terhadap sesuatu yang kita terima dari org lain
tapi berapa manusia yg tahu berterima kasih ni?
xramai rasanya,manusia ni kadang2 xreti mcm mana nak hargai org lain
hanya pentingkan diri sendiri
apa yg org buat semua xkena,dis sorang jer 'PERFECT'
org camtu mmg selalu lupa
bahawa xde manusia yg sempurna di dunia ni
hanya Allah je yg SEMPURNA

kalau yg tu pun dia lupa
apa lg nak terima kasih kat kita
dia xfaham betapa besarnya ucapan terima kasih tu
moral of the story....kalau kita xsuka pun,hargailah apa yg org len tolong kita
org berbudi....kita berbahasa
THANK YOU ALL!!!!!!!!



Friday, 22 April 2011

futsal oh futsal

last week, 2 hari berturut2 pg berlatih futsal......biar betul?seumur hidup xpenah main,tetiba nak main?mcm xbetul jer?......hehehheheh.ini betul2la,bukan dugaan,bak kata aiman......terpaksa la turun jgk,dah xcukup org.ni kes rela paksa la ni.actually xberani sbnrnya coz sakit bersalin czer hari tu terasa lagi,dah la masa pantang hari tu lasak,sebab tu jgk kot amik masa nak baik....huhuhuhu.tp xpala,try dulu.


1st day main,seronok jgk......main xingt dunia even xreti pun,hahahhaha.tp balik rumah mlm ni tu,mcm2 la....hbs skt satu badan.badan dah lama x exercise,camtula....huhuhu.2nd day tukaq position plak,jadi gol keeper je,idak le pyh nak berlari sgt......tp lg parah,bola kena sepak betul2 kat perut....betul2 kat tempat operate tu.ngilu gila,rasa nak nangis pun ada....huhuhu.....hopefully semuanya ok.smpai skrg dok rasa sakit lg........hadoiiiii...camna ni.apa2 pun...majulah sukan utk negara.....huhuhu

Monday, 18 April 2011

i'm not in a good mood a.k.a BADMOOD

salam.....lama xberkongsi di sini.....weekend agak bz menghabiskan masa dengan aiman.bawak dia pegi tengok movie ngan angah+auntie.he is soooooo excited,tp bz nak tgk citer hantu kak limah.org nak tengok katun,dia nak tgk hantu kak limah,apa la aiman ni,macam2.kira macam birthday treat for him la jgk kan....coz bapaknya xde nak bwk jalan2....lg 2 minggu baru nak jumpa.....uhuhuhuhuhuhaaaa

today,mood agak kureng skit.....asyik nak berangin jer.adakah disebabkan perubahan hormon kerana saya sdg bercuti2 m'sia?.ntahla....tetiba rasa tensen,sedih.......apalagi tempat mengadu xde...jauh di tengah laut tu. rasa macam dah bosan,macam nak berenti keja pun ada.dok rumah jaga anak,jaga husband.....syoknyaaaaaaa.xpyh fkr tanggungjawab lain dah.....huhuhu.ntah bila la nak boleh tercapai cita2 tu?.sampai ada cucu pun dok keja lagi jawabnya.......

Thursday, 14 April 2011

BELAIAN SUAMI UNTUK ISTERI MENGANDUNG

Apa yang diimpikan dalam perkahwinan oleh pasangan suami isteri adalah zuriat yang akan menjadi penyejuk hati dan ia adalah lambang kasih sayang yang merupakan sebahagian daripada fitrah kehidupan untuk kesenimbungan hidup berkeluarga.

Perasaan seorang suami terutamanya yang baru berkahwin akan berbaur antara gembira dan cemas apabila isteri memberitahu hasil daripada perkahwinan mereka telah membayangkan mereka akan dikurniakan anak.

Bagi suami yang mengharungi pengalaman pertama isterinya mengandung kena memahami
petanda bahawa isterinya akan melalui perubahan fizikal dan emosional daripada biasa dan yang paling mudah petandanya isteri mula muntah-muntah dan kadang-kadang pada peringkat awal banyak ingin berehat.

Belaian suami adalah penting untuk isteri yang sedang mengandung dan bagi pasangan suami isteri yang pertama kali akan mendapat cahaya mata, persiapan bukan sahaja setakat yang berbentuk luaran yang berbentuk fizikal tetapi ia memerlukan komitmen ruhiyyah.

Semasa isteri mengandung banyak yang akan dilalui oleh pasangan suami isteri, kadang-kadang isteri jadi begitu sensitif maka suami kena bersabar kerana kadang-kadang ada isteri yang menunjukkan karenah yang bukan-bukan.

Secara manifestasi luaran sebagai seorang suami perlulah menunjukkan rasa kasih sayangnya terhadap isteri agar berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, sebagai contohnya dengan mengusap lembut kepalanya .

Seorang suami atau ayah harus menunjukkan rasa bahagia terhadap janin di dalam kandungan isterinya dengan membelainya sebagai tanda sokongan mental yang menyenangkan hati
bakal zuriat yang bakal dilahirkan.
Pada saat-saat kehamilan itulah isteri perlukan belaian kasih sayang dan keprihatianan suami dan janganlah biarkan isteri bersendirian maka dampingilah isteri sekerap mungkin umpamanya ketika isteri menjalani pemeriksaan doktor.

Jika keadaan membenarkan eloklah suami sendiri bersama isteri berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan kesihatan isteri dan mungkin ada perbincangan yang perlu dilakukan oleh doktor dengan kehadiran suami.

Bagi pasangan suami isteri yang tinggal sebumbung dengan ibu mertua terutamanya ibu kepada suami, para suami perlulah memahami perasaan isteri yang mungkin mudah terasa kerada kehadirannya maka suami kena bersikap sabar dan mengambil sikap keterbukaan.

Sewajarnya seorang ibu mertua kena memahami keadaan anak dan menantu yang sedang
mengalami saat-saat yang mencabar untuk mendapat zuriat maka bahtera rumah tangga anak itu sepatutnya dikemudikan oleh seorang anak yang bergelar suami.

Hiburkan hati isteri untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin dengan mengalih perhatian seperti mengajaknya berbelanja keperluan bayi dan pujilah bahawa isteri itu tetap cantik di mata suami.

Apabila disorot daripada sudut agama bayak perkara yang perlu dilakukan oleh seorang suami untuk mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi ketika isteri sedang mengandung iaitu dengan banyak berdoa dan bertaubat kepada Allah s.w.t. untuk mengharapkan zuriat yang solih.

Suami hendaklah selalu membaca Al-Quran bersebelahan dengan isteri dan mengharapkan
agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

Suami hendaklah banyak berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan mengerjakan solat berjemaah dengan isteri jika sihat ataupun di masjid sebagai tanda ububdiyaah terhadap Allah s.w.t.

Jika isteri merasa selesa bawalah isteri ke majlis ilmu atau menziarahi orang solih dan hendaklah bersikap sabar dalam menjalani hubungan suami isteri dan menjauhi daripada marah dan
bersikap benci terhadap isteri.

Suami perlu banyak berdoa untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak yang di dalam kandungan dan banyakkan bersedekah dan menyantuni jiran-jiran dan teman-teman.

Cinta yang telah terjalin apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri perlulah terus dipupuk sebagai teman hidup yang paling dekat dan hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur dan jangan sesekali dengan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

Sebagai suami yang soleh dia akan bersifat empatik untuk turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung dan suami harus banyak terlibat dalam proses
jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

Suami hendaklah memberi nasihat dan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat agar isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Saat isteri akan melahirkan anak sewajarnya suami ada di sisi dan perkara ini adalah amalan biasa di Barat, OK suami berada katil isteri tetapi di Malaysia hanya ada beberapa klinik persendirian yang membolehkan suami untuk bersama di samping isteri ketika melahirkan anak.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita dan dari segi fizikal, dia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat serta jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa dan buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam dan suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat.

Mungkin ada isteri mengambil kesempatan "over" manja dan suami yang teramat sayang pada isteri akan membuat semua kerja rumah, isteri diberi cuti, semua kerja dibuat suami termasuklah memasak, membasuh baju dan mencuci pinggan mangkuk. Isteri menjadi terlalu
manja kerana sayangkan suami justeru dia tidak ada tempat lain untuk mengadu kasih.

-Majalah Aniqah. Oktober 2009 -

Wednesday, 13 April 2011

hepi besday aiman anak mama&abah

syukur...alhamdulillah...barakallah...hari ni permata hati kami cukup 3tahun. sesungguhnya aiman anugerah Allah yang terlalu bernilai buat kami semua. permata hati, penglibur lara mama,abah,tok nab, wan, nenek nah,atok seli & semua yang mengenalinya. setalah hampir setahun setengah menanti.....me mengandungkan Aiman. excitednya,xpayah cerita la kan....bagai bulan jatuh ke riba.even hubby berjauhan masa tu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan sokongan org2 di sekeliling.




Sunday, 10 April 2011

steamboat vs bbq

salam......hari ni nak share pasal family gathering dengan family husband last week....kitaorg pegi makan ramai2 kat kulai.....dekat bangunan depan hospital tu....ada satu kedai steamboat baru bukak.apa nama kedainya,den dah lupa....hahahha.satu kepala dewasa dia kira rm17.....budak2 atas 6thn rm10 & bawah 6 thn f.o.c......kitaorg pegi aritu.....amik 3 table......meriah giler....kanak2 ribena semua 9 org.....yg kena bayar 2 org jer....tapi masalahnya yang f.o.c tu semua jenis kuat makan,hahahhahah........3x serbu tong aiskrim....bankrupt tokey kedai tu.....
makanan dia okla....byk jugak choice........tambah plak murah kan.boleh steamboat/bbq......makan smpai kekenyangan mcm ular sawa.really enjoy the moments,kumpul ramai2 pegi makan......kitaorg jarang dpt join coz kitaorg dok jauh.so next time kalau balik johor lagi.....blh pegi makan2 lagi......

Saturday, 9 April 2011

macarons oh macarons

hari ni juz nak share ttg macarons.....apa itu macarons?ni info yang saya boleh share dgn uols....copy dari fb cikmin macarons......

A macaron is a sweet confectionery made with egg whites, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food coloring. The macaron is commonly filled with buttercream or jam filling sandwiched between two cookies. Its name is derived from an Italian word "maccarone" or "maccherone". This word is itself derived from ammaccare, meaning crush or beat, used here in reference to the almond paste which is the principal ingredient.It is meringue-based: made from a mixture of egg whites, almond flour, and both granulated and confectionery sugar.

The confectionery is characterized by its smooth, domed top, ruffled circumference (referred to as the "foot"), flat base, mildly moist and easily melted into mouths.

Macarons can be found in a wide variety of flavors that range from the traditional (raspberry, chocolate) to the new (truffle, green matcha tea). The fillings can range from jams, ganache, or buttercream. Since the English word macaroon can also refer to the Coconut macaroon, many have adopted the French spelling of macaron to distinguish the two items in the English language. However, this has caused confusion over the correct spelling of the cookie/biscuit. Some recipes exclude the use of macaroon to refer to this French confection while others think that they are synonyms.

tu dia....panjang lebaq.....sbnrnya tetiba tingin nak rasa macarons ni bila nampak gambar dlm fb one of my frens.....punya la tingin...terus order kat cikmin...baru smpai rabu lepas...kalernya begitula menarik...kalau wat doorgift majlis kahwin pun sesuai jgk....hehehe.and taste....very nice...esp yg rasa ala2 peanut gitu....hehehehhe.syok tgk org meniaga makanan camtu...pandai.ada bakat...kan bagus kalau den pun ada bakat camtu.....blh jd sumber pendapatan,bolehla pencen awal....hahhahahaha.suko ati jor.....heheheheh.ni gambaq macaronsnya kalau uols nak tengok......

Friday, 8 April 2011

sehari di zoo johor



balikjohor baru ni...kitaorg mengisi masa lapang dengan bawak aiman pegi zoo johor.sebenarnya dulu penah pegi,tapi masa tu dia kecik lagi,so xtau apa lagi,+xingat pun.so nak bagi dia xcited,bwkla dia pegi dgn 2 org cousin dia,bagi ada kawan kan.punyala murah tiketnya......3 dewasa,3 kanak2......baru rm12.orang xla ramai sgt.actually zoo johor ni kecik jer....tapi okla...idakla penat teman nak berjalan.aiman really enjoy the trip.....bagi rabbit makan,tengok persembahan burung kakak tua.okla.....for his learning process.really recommend to uols yg nak bwk anak2 pegi,xbesaq sgt,senang kita nak kwal anak2 & diaorg pun xletih sgt.macam zoo melaka,besar sgt,takut diaorg letih & kita dituduh ibu bapa yg kejam.....hahahha.enjoy our picture there........

Thursday, 7 April 2011

d.e.p.a.r.t.u.r.e

dah lama xjenguk ke sini...almost 2 minggu la jugak coz mr hubby telah berada di rumah dan menggunakan kuasa mutlaknya utk menggunakan laptop 24jam...pagi,petang,siang,malam......kejam kan?hahahhaha. lepas geram ler tu kat tengah laut payah nak online...bagi chance lerrrr....


agak bz jugak coz 2 minggu ni berulang alik ke kl & johor uruskan hal pindah rumah dan menjenguk ibu mertuaku kat kampung. biasala....bila mr hubby ada kat rumah,2 minggu tu mmg kejap....tp kalau dia kat tgh laut....rasa macam 2tahun jer 2minggu tu.td kul 12 kekandaku baru bertolak ke kerteh,kali ni lama skit coz akan jumpa balik on 27hb...almost 3weeks.....huuuaaaaaa.hopefully Allah rahmati perjalanannya.....amin

captain aiman irfan
minggu ni macam bz skit kat opis....bz apa tah...ke buat2 bz....hahahah.mcm2 xtvt,mcm2 mesyuarat.layannnn kan ajer.xsempat nak jalan mana lepas balik keja coz dah penat + jem.aloq staq lagi jem dari putrajaya....hadoooiiiii.bandaraya la katakan.ntah camna la nak selesaikan masalah jem yg turut men'jem'kan kepala ni......lotih tgk....hehehheh.itulah pengorbanan utk pembangunan agaknya.....utk hilangkan 'jem' kat kepala.....nasib baik ada aiman buah hati mama.....lega rasa.....heheheh.i love u aiman!

renggangkan tempat tidur

apa maksud tajuk di atas?hehehheeh.....macam suspen jer kan?hahaha


actually, me nak share dgn uols semua ilmu yang me dapat dalam kuliah agama kat opis semalam.maksud renggangkan tempat tido tu ialah.....kurangkan tido,tingkatkan ibadat.kata ustaz, Rasulullah s.a.w tido hanya 1/3 malam....selebihnya ditumpukan pada ibadah.boleh ke kita kalau tido 1/3 malam jer?masalahnya kita ni....tido 3/3 malam pun still mls nak bgn......tetap xcukup2 tdonya....hehehehe.sebenarnya...semua tu terpulang pada hati dan kekuatan diri masing2.....bila niat tu baik,setan pun pakat gayut ramai2 kat kelopak mata tu......bg mls nak bgn.....so,chaiyok2.....lawan godaan2  tu semua.

isi malam2 kita dengan qiamullail.....xpyh nak tunggu ramai2 kata ustaz utk buat qiamullail.....dah jd trend skrg qiamullail kena buat ramai2 plak.sebenarnya,sorang2 pun boleh.kalau husband & wife lagi baik sebenarnya.insyaallah...moga kita semua sentiasa memperbaiki & mempertingkatkan amalan kita.renung2kan...selamat beramal...