salam semua.....
lama xmencoret...
xbercerita kat blog ai ni kan
bz sktla 2,3 minggu ni
kat opis bz ngan closing
kat rumah bz ngan anak2
aiman pun dah skolah kan
so malam byk sktla agendanya
nak gosok baju la
kms beg sekolah dia la....
apa la
so hari ni me nak citer skt
pasal IMPLANON
apa tu?????
ok....implanon ni
satu kaedah utk family planning
apsal tetiba citer psl family planning plk ni??
hahahahhahp
yela....me kan di advice oleh doc
utk jarakkan kehamilan
coz me ada byk msalah
bila mengandung
so bila tetiba terlekat baru ni
boleh plak tetiba???
heehheheh
doc sgt serius on family planning ni
kat me
kalau before this
doc tanya je kaedah apa nak pakai
kita jwab dia ok jer
tapi kali ni dia btl2 nak me serius
so me pun setujula
pakai implanon
coz kalau makan ubat
mmg me xdisiplin
mau hujung tahun ni
me pregnant lagi
hahahhahahha
kalau iud
doc x advise
coz me ada heart prob
suntikan plak mcm2 me
dgr effectnya
lagipun mcm leceh jerk
kena dok ulang p klinik
dah la payah nak kluaq
so amikla implanon
doc siap pasang kt hospital lagi
sebelum me discharge
nampak sgt xpercaya kat aku ni
hahhahahhaha
masa nak pasang tu
diaorg sapu skt ubat tahan skt
kat tempat nak pasang tu
me pasang kat tgn belah kiri
sakitnya mcm diaorg cucuk
nak mik darah tu
lps psg...smgu tu me demam
tanya mr google
it's normal
ramai yg demam msa mula2 pasang
harapnya dah pasang ni ok la
untuk 3 tahun akan datang
me akan bukak implanon ni on
20122015
coz me pasang on tarikh onggg punya
20122012
hehehhehehe
utk korang yang nak tau mcm mana
implanon ni berfungsi
me share skt info ni utk korang.....
Implanon merupakan
sejenis kaedah terbaru di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia
pada April 2002. Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis
yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini
akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada
kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3
tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur
iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik,
memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5
minit.
Hormon
yang dikeluarkan oleh implanon akan menyebabkan gangguan pada
pengeluaran telur oleh wanita dan seterusnya menghalang kehamilan.
Kajian yang dijalankan ke atas hampir 6000 wanita menunjukkan tiada
kehamilan dalam tempoh 3 tahun ianya dipasang. Selepas sahaja implanon
dikeluarkan, pengeluaran telur akan kembali kepada normal dalam tempoh
seminggu.
Antara
kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid
sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau
tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang
berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon
dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran
haid terjadi.
Implanon
boleh dipasang di mana-mana klinik swasta pakar perbidanan atau di
klinik LPPKN. Di klinik LPPKN harga implanon adalah sekitar RM 350
manakala di klinik pakar sekitar RM 350 ke 450. (Harga mungkin dah lain sekarang...)Implanon adalah kaedah merancang keluarga yang selamat dan berkesan.
Siapa yang boleh menggunakan implanon?
Wanita
yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal,
mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak
perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai
sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.
Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?
Wanita
yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent
(sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau
semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali
kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada,
sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.
seminggu lebam tempat pasang tu |
bila dah pasang...mmg boleh rasa benda tu bawah kulit kita |
ni la rupanya implanon tu |
camnila doc pasang |
salam..nk tanya,sakit tak msa doc tu psang bnde nie?
ReplyDelete(takut jarum besar2)nmpak mcm menyakitkan..coz ade lebam lagi...
Saya pun pakai.... anak ptama czer dan ada sedikit komplikasi. Doktor nasihatkan tggu anak 2 tahun baru pregnent lagi... skarang dah masuk 2 tahun pakai... tengah survey tempat untuk buang implanon tu... dulu pasang kat terengganu. Skarang kat penang.. alhamdulillah, x lebam lepas pasang.. cuma period mmg x datang....
ReplyDeletemasa pasang xsakit sangat,tp lepas tu lebam.saya baru buang bulan 12 hari tu dan pasang balik.buang di lppkn,kos rm600.xsakit,tp lebam jugakla,huhuhuhuhu
ReplyDeletesy pon nk tumpang share skit ya tuan tanah,:-) ikut kesesuaian sy lah.PSG kat hukm 2013, ms mula pasang xdemam, kepala berat skit. susu byk smp 2 tahun gak,period dtg xtentu, 6 bulan sekali,dtg pon skit 3 ari.cepat marah gak bila pakai ni,naik beratbbadan xder mula2 tu,bila 2thn5 bln Keats rasa makan mcm xcukup2 lapa jer.sempat la naik 5 kg heheeehe.lps tu minta buka awal 5 bulan dr tarikh sepatutnya.tp sekarang lebih selesa rasanya bila hormon kembali normal..period pon terus dtg ngn baik..:-)
DeleteSy 2x pakai implanon...doktor kata normal period x dtg selama 3 tahun..last implanon tu rs pyh skit nk kluar kan benda alah kt lengan tu..kulit sy dh kematu asyik gatal kt tmpt implan tu je..haha...parut implan pertama kecik je..tp yg kedua ni besar skit. Adeh. .bdn cepat naik pakai implan ni..huhu...
ReplyDelete