Wednesday, 30 January 2013

pancake comeiiiii

hari sambung entry psl blk klantan hari tu
on jumaat tu pgla pasar wkaf bharu
carik lauk bagai
pegi kami laki bini jerk
anak2 tgl...
kalau bwk....jenuh apa pun xboleh beli

kalau hari jumaat
kat pasar tu ada mcm pasar tani
org mmg ramai gilerrrrrr
parking pun jauh gilerr la
jenuh menapak

kat pasar tani tu
macam2 ada jual
dari makanan
pakaian
brg2 dapur
perkakas dapur
handphone pun ada
canggih2 org sini..hehehe

me pun xtahan godaan la
tgk kain bling2 yg byk tu
tudung lagila
mcm2 fesyen ada
sempatla rembat selai dua...
hahahahha
dptla jgk kain dua pasang
hahaahha

msa jalan2 tu
me jmpak satu gerai ni
dia jual
something yg unik
me xpenah jmpk lgla
sebelum nila
xtaula kot korang penah jmpk kan

dia jual pancake..
laaaaaaa....tu pun ko xpenah tgk?
dok ceruk mana?
haahahha
pancake mmgla penah tgk
suka jgk esp yg mcd tu
makan ngan honey

tapi pancake ni lain
dia boleh request nak bentuk camna
kreatif kan org ni
dia lukis dulu guna tpg kaler coklat tu
pastu dia letakla tpg bancuhan tu

kitaorg belila jgk kt aiman
bentuk ultraman
kiut jerrrkkk

mcm2 hal kan...
bila kreatif...benda tu blh crk makan...
heheheheeh




pancake yg dah siap

ultraman dan dragonball



lagu feveret aqeem


skrg dalam keta
kalau dgr lagi ni
bergedik si bdk ketet tu
kemain lagi...layannnnn

Tuesday, 29 January 2013

cik siti wan kembang


 
alkisahnya....
cuti maulidur rasul
tempohari
kami balik kelantan
unplanned trip

mula2 abah me nak blk sorang
naik ketapi
so my mum pun sbukla
ajk me ngan adk jalann
dah abah me nak blk kg kan
konon nk pg langkawi
then me cdgkan
why not kita pun blk klantan???
abah drive la...
dr biar dia blk sorang
dgn ketapi yg masa perjalanan
pg balik pun amik masa 4 hari
cuma takut abah xmaula
coz dia penat drive ka apa

bila ckp kat dia
dia setuju plak
balik sekejap jela
dah kebetulan me apply cuti on ahad
coz pengasuh ada hal
so balik khamis
blk aloq staq semula
on ahad

bila tepon mr ar
dia cakap dia try mtk blk awl
tp xsure lg boleh ke x
takut xcukup org
me kata...xkisahla
u balik ke...xbalik ke
i balik jerk dgn anak2
hahahahhaah
kijam kan?????
xla...dah biasa
keja mcm diaorg ni
bkn tentu masa naik turunnya
nak tgu depa
jenuh xpi manala

skali ptg rabu dia tepon
dia boleh balik ptg tu
heli ada...
tapi heli lmbt skt
kul 4 lbh baru smpai kerteh
so me ckp...blk klntn trsla
jmpk kt sana bsok
so kitaorg grk on khms
smpai dlm kul 4 lbh
lapaq gila

sdp sgh mkn
mcik me buat solok lada kgemaran me
solok makcik me mmg terbaekkkkla

mlm tu mula nk merayau
coz blk kjp je
plannya nk mkn udang
tapi rasa kenyang lg
so kaki gatai nk ajk ke wakaf che yeh
citer tu kita smbg next entry k
bubbyeeee

Monday, 28 January 2013

toy museum

ok.....kali ni
nak sambung
citer jalan2 ke penang
penang ni mmg tmpat yg slalu pgla
klau nak pg vacation
tapi xmau jauh2

so mcm xtau nak bwk bdk2 ni pg mana
selain dari naik feri
or shopping
xkan nak naik bukit bendera
dgn anak kecik bagai???
xsanggup mak
mandi laut pun
aiman kurang berminat
me lbh suka dia mandi kolam
mandi laut mcm bahaya skt kan

so utk trip kali ni
kitaorg decide bwk dia pg toy museum
coz tanya mr google
nampak mcm menarik jerk

so misi kitaorg
gerak awl dr rumah
smpai awl, pg toy museum dulu
toy museum ni
location dia
betul2 dpn copthorne hotel kalau xslp
so mencarikla kami
skali sampai tgk
tempat tu dah tutup
notis apa pun xda
kot pindah ke apa kan
frust gilerrrrr

pastu mr ar
tanya la mr gps dia
tgk location mcm kat teluk bahang
jauh giler nun
tapi demi aiman
gamble jerk belasah carik
punya la tersorok tempatnya
dia jalan nak ke taman rama2
nasib baik jumpak
kalau x...mau frust menonggeng aiman

owner dia kata
diaorg pindah coz tempat lama
tu kecik
xmuat nak letak koleksi toys dia

kalau tgk building dia
sempoi jer
tiket pun dalm rm10 ke,rm15 tah
me pun xingat...heheheh
maklumla tokey bayarkan

so bila masuk dalam tu
aiman sgt excited ok
happy for him
tapi mmg letih nak posing
letih dok snap gambaq
mujuqla pakai kamera digital
mau pakai kamera mcm dulu2
jenuh tukaq kodak
hahahahahahah

mmg berbaloi la lawatan kitaorg
ke toy museum ni
satu tempat yg menarik
utk dilawati
koleksi toys yg kita jarang jumpa
aku rasa mau beribu riban
owner dia beli koleksi ni

so entry kali ni byk gambaq.....
layan je dulu ok....
citer lain kta smbg lg nant ok....




























Sunday, 27 January 2013

senandung mutiara

salam semua....
lama tuan blog cuti
coz outstation kejap

last week me ke putrajaya
atas urusan keja
2 hari
khamis smpai jumaaat

mmg plan nak ke sana
cuti 3 hari ni
dah amik tiket train bagai
tok nab nak bwk bdk2 tu
naik train...
dah lama xnek train

suddenly me kena pg awal...
me gerak pg khamis tu ngan flght
diaorg plk gerak khamis mlm tu ngan train
nasib baek aqeem ok
if not....jenuh tok nab bersilat
ngan bdk kecik yg makin lasak tu

kami stay 2 hari jerk...
sabtu malam dah gerak balik
xjalan mana pun
pg rmh mcik jap
then lepak jerk kat rmh adik
blh x camtu????
heheheheh
berlingkaq dpn tv jerk semua

apa pun...
bdk2 tu xcited la
dapat naik train
masa pg amik cabin
balik plak amik tempat tdo
coz kabin penuh

sonok jgk sekali skala
lyn naik ketapi ni
rilex jerk tdo
heheheheheh

so...layan gmbr
bdk tecik dua org ni'tdo dlm train
ngan main kat alamanda












 

Wednesday, 23 January 2013

bersabarlah dgn anak2

semalam...
me bwk aiman pg hsb
utk follow up coz tonsil dia tu
bwk jumpa paeds
next month kena jmpk ent plk
nk tgk smada
tonsil tu perlu dibuang
atau tidak

sampai kul 8
menunggu tuhan jerk yg tau
punyala ramai org kan
mujuqla aiman
dia xkisah sgt
mau aqeem...
jenuh me dok usung sana sini
bg dok diam
kalau aqeem...
mmg surrender la bwk pi sorang2
hahahahahah

lps dpt no kt kaunter bwh
pi la kat kaunter paeds kt atas plk
smbil dok tgu tu
mcm2 ragam manusia
yg boleh kita tgk
mcm2 penyakit rupanya kita di dunia ni

ada yg anaknya dah bsr
tapi maybe terencat akal
so bapaknya dukung la pi mai pi mai
besarnya pengorbanan si ayah tu

ada yg anaknya down syndrome
agak hyperaktif skit
mmg kena monitor sokmo
then ada jgk sorang baby ni
rasanya dlm 2 thn lbh kot
dok dlm stroller
hisap susu
kepala dia abnormal
besar sikit
mata dia sebelah mcm buta
ya Allah...kesiannya me tgk
rasa nak menitis airmata
betapa tabahnya ibu itu
menjaga anak yg kekurangan itu

sdgkan me ada 2 anak yg sihat
tapi a bit lasak
suka bebel2.....
terus jadik insaf......
arasa perlu bersyukur dgn kurniaan Allah ini
ada org yg lg hebat dugaannya

me terfikir jgk
kalau adam blh survive dulu
mampu kah me jdk ibu yg sabar
mcm ayah2 dan ibu2 itu???
coz kalau adam blh survive
doc ckp....maybe dia xnormal sgt
maybe kena minum/makan ikut tiub
masa tu me pikir mcm2
mcm mana nak jaga dia
boleh ka tglkan kat org???
apa pandangan org kat anak aku tu???
mesti org asyk tgk je
kalau bwk keluar

finally....
me fikir bahawa
semua tu anugerah Allah
untuk org2 yg terpilih
mulianya hati ibu dan ayah itu
sentiasa sabar melayan kerenah anak2 itu
me fikir kalau pyh org nak jga
me sgup berhenti keja
coz adam lbh perlukan perhatian me
buat apa nak malu
camna pun itu anak kita
masyarakat zaman skrg
dah berfikiran terbuka
xkanla kerana kekurangan dia
kita nak kurung dia
coz kita malu????
dia berhak utk menikmati hidup

cakap mmg sng kan'
me faham
tapi buat ibu dan ayah bertuah itu
sesungguhnya anda insan istimewa
yg Allah pilih di antara hambanya
besar pahala kalian
besar ganjaran kalian
insyaallah...

untuk kita semua...
bersyukurlah dgn apa yg kita miliki
me nak share satu blog ni
kisah sorang ibu
yg kuat smgt
mmg me salute habis
xtaula me mampu xjadik sekuat dia
apa pun...
moga dia terus kuat....begitu jgk rayyan ariff

Tuesday, 22 January 2013

seram sejuk

salam...
hari ni nak share something
coz me menderita kesejukan
satu hari ni
xtau kenapa pagi tadi
lps bwk aiman check up
me blk opis....

then lps makan
me jadik seram sejuk
dah pakai blazer
pakai stoking
minum air panas
tuam tapak tgn dgn air panas
pun masih sejuk lagi

mrs b**** pun rasa sakit sangat
yg sebelah kiri
mcm sakit kalau kita xpump susu
bila dah penuh
padahal bila pump
susu kuar jerk
tapi dia masih skt lagi
azab gila td
seharian kat opis
mata pun pinau2

jenuh dok baca doa mcm2
takut tumbang kt opis
mcm masa admit wad hari tu
mmg kelam dunia
dahla lps cuci hari tu
slalu darah rendah

smpai ke petang camtu lg
then telan panadol
dgn harapan blh baik
tapi mcm tu jgk
mula fkr mcm2
nak mati ke aku ni?
huhhhuhuhu

cakap ngan my mum
dia kata kot salah makan
me bgtau blk td
beli pasembor kt hsb
tp xmkn la timun n sengkuang tu
coz xberani
tp adala 2, 3 helai
yg terlekat kat cucuq udang tu
xkan boleh jdk smpai camni?
huhuhuhuhuhu

confirm serik giler
pantang ni mmg lain skt
xsama mcm pantang bersalin
masa pantang bersalin
demam tu ada la
tp xla smpai sejuk camna

bila try tanya mr google...
ni jawapannya....
nak share dgn korang...
kdg2 google org kata pantang guguq ni
dlm 2 minggu jerk
ni dah sebulan lbh pun
tulahnya ada lagi...huhuhuhu


juz to  share.....

jangan anda sangka kerana anda keguguran, anda tidak perlu berpantang seperti mereka yang bersalin. kerana apa ayng harus anda tahu, berpantang untuk mereka yang keguguran adalah lebih ketat daripada berpantang ibu bersalin. di bawah ini ada sedikit maklumat yang harus anda tahu.
Keguguran Dan Berpantang
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.
Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.
Tempoh Pantang Keguguran

Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.

Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Pantang Larang Keguguran

Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.

Bagaimanapun, pantang larang yang terutama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.

Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.
Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.


 

Monday, 21 January 2013

insyaallah....

RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.