Wednesday, 31 December 2014

10 orang terkaya di malaysia 2014

ni senarai 10 orang terkaya di malaysia....syoknya rezeki mereka....kita mungkin dapat jadi yang no 1...jika kita berusaha...insyaallah...ada jalannya....

10.Datuk Mokhzani Mahathir
-Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b

9.Puan Seri Lee Kim Hua
-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b

8.Tan Sri Lim Kok Thay
-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b

7.Tan Sri Syed Mokhtar
-memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b

6.Tan Sri Lee Shin Cheng
-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b

5.Tan Sri Quek Leng Chan
-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b

4.Tan Sri Teh Hong Piow
-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b

3.T Ananda Krishnan
-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b

2.Tan Sri Robert Kuok
-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b

1.Org yg solat subuh berjemaah
-memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya
Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat shalat sunnah fajar, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Turmudzi, Nasa'i & Ahmad)

Jgn lupa share.. mana taw esok ada kawan2 kita yg baca tergerak hati solat subuh berjemaah dapat pahala free kat kita.. hehehe.. insyaAllah.

my big hero 7


selamat tahun baru 2015
tahun baru...hari baru
azam baru
semangat baru

kedah xcuti hari ni
tapi hari ni
ada orientasi darjah satu
kat sekolah aiman
so pagi ni bawak dia pi sekolah dulu

bila pi sekolah
orientasi postpone
pi khamis minggu depan
coz sekolah kan tangguh sampai 11hb
so hari ni bayar yuran
dengan beli buku sekolah semua
alhamdulillah semua dah settle

pagi ni bila along bersiap
semua org excited
macam xpercaya dah masuk darjah satu
semua rasa kejap je masa berlalu
dah besar along
huhuhuhuhu

selamat menempuh alam persekolahan sayang
jadi yang terbaik
dunia akhirat...insyaallah







Tuesday, 30 December 2014

alfatihah

baru balik dari menziarah
mak kawan baik mr ar meninggal

arwah masuk wad awal bln 12 hari tu
diaorg bgtau mr ar masa kami otw blk johor
so plan lps balik dari johor nak pg melawatla
sekali me demam plak
sampai mr ar pegi keja balik
so xsempat la pegi melawat
so ingat dia blk kali ni
bolehla pegi menziarah
dah klaur wad kot

seminggu lepas mmg ada tergerak hati
nak wassap tanya camna keadaannya
dah xsempat lagi nak menjenguk
tapi dengan kesibukan kat opis
balik letih...sibuk dgn anak2
xsempat camtu jgk

pagi tadi mr ar tepon
bgtau heli delay
kelam-kabut bangun cari tiket lain untuk dia
tgh dok carik tiket tu
kawan mr ar tepon
heran jgk pepagi camni dia tepon
knpa plk?
skli dia bgtau maknya meninggal semalam
kebumikan selepas zohor hari ni
innalillah....xsangka sangat

pagi ni masuk opis dulu
selesaikan apa yg patut
coz hari ni closing kan
tadi otw nak menziarah pun
masih xpercaya lagi
betul ka????
mimpi ke aku ni???
check balik hp tgk...betul ke amar tepon td????
betul....allahuakbar
sungguh xsangka

moga Allah mencucuri rahmat
ke atas rohnya
arwah dah macam mak sendiri
kenal sejak kawan dengan mr ar
dulu bila mr ar turun as
akan dok kat rumah arwah
anak arwah roomate mr ar masa kat alam
masa kitaorg tunang pun
family mr ar dok kat rumah arwah

mmg dah macam family sendiri
last jumpak masa raya puasa tahun ni la
seorang yg happy go lucky
peramah...so kita xsegan dgn dia
moga Allah merahmati mu
amin

PLZ HELP ME!


ni gambaq si bulu mata lentik
masa dia kecik dulu
banyak akai sgt
cheeky...notti...lovely
next month dah nak masuk 3 tahun dah
cepat jer masa berlalu
mama luv u so much adik!!!!
muuuuaaaaahhhh







respond to the malaysian floods

bagi meringankan beban mangsa banjir
bersamalah kita menghulurkan bantuan
pelbagai pihak telah menubuhkan rescue team
dan juga team bantuan
salah satu cara untuk kita menyumbang
adalah melalui
mercy malaysia flood relief fund
harap info ini
dapat membantu korang
yang ingin menyampaikan sumbangan



 

Monday, 29 December 2014

babysit at office

ni cerita last month
tok nab nak pegi anta acu
daftar masuk uitm
tok nab pegi dgn along'
coz wan dgn alang ada kerja kt perlis
mr ar dah pegi keja
so lepas anta diaorg kata airport
bawakla bdk kecik ni pg opis
dah ex pengasuh dia bru lps operate
so xbolehla nak tolong jaga

bawak kat opis
jenuh melayan mulut potpetpotpet
bagi makan
bagi layan tab
pujuk suruh tido
coz satgi lps lunch
ada meeting sebutharga
sapa nak jaga plak
coz aqeem xfriendly sgt mcm aiman
so pyh nak tgl kat org

alhamdulillah dia tdo sblm kul dia
bentangkan cadar patchwork
yg baru beli
tapi xbwk blk lg...opssss
bagi dia golek2 kat situ
last2 terlena

alhamdulillah
balik dari mesyuarat
tgk dia dok tidoq lagi
kalau terjaga
mau ngs xingat dunia punya

camtula cabaran
ibu yg bekerja ni
huhuhuhuu



dok lyn tab





vitamin untuk cantik......

entri kali ni
bukan nak promote ke apa
i bukan agen ke apa
i hanya tukang beli je

dah tua2 ni
baru kalut nak jaga kulit muka
dulu wat derk je
but lately
dah perasan ada tompok2 hitam
so ngeri tau
huuuuaaaa

so dah rajin jaga muka skt
compare dari dulu
kononnya la kan

dah start google apa yg bagus
untuk kesihatan kulit
so zaman skrg ni kan
semua org sibuk dgn shaklee
so iols pun
tryla membelinya
just beli vitamin e dgn vitamin c
katanya bagus untuk kesihatan kulit
baru makan 2 minggu
xtaula ok ke x
tunggu habis sebotol dulu
baru kita komen k

just nak share khasiat vitamin2 ni dgn uols



VITAMIN E juga bertindak sebagai

  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi
And yg best vitamin e ni dah ditambah dgn GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernya berbanding yg dulu


Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


Sunday, 28 December 2014

hadiah anniversary sang husband

ni pun cerita dah lama
tapi baru nak tempek
sibuk sangat lately
tempek untuk ingatan di masa depan

november lepas kami punya anniversary
yang ke 9
baru 9 tahun
banyak lagi tahun yang mendatang
insyaallah
so this year
ada rezki sikit
untuk beli hadiah kat arjuna beta
selalu wish camtu je
celbrate pun x
sian i kan
huhuhuhuhu
tapi dah faham
so mls nak fefeeling sangat

so me belikan dia jam
coz jam yang pakai skrg
dah lama me belikan
masa dok putrajaya lagi nun
kira dekat 4...5 tahun jugakla


harap dia suka
siap complaint kenapa bukan tissot???
dia ingat bini dia dato' ag ka mak bg tissot???
i pun xpakai tissot bang oiiiii
bersyukur jela....hikhikhikhik





kiri arjuna beta punya...kanan...permaisuri punya..hahahhaahha

Saturday, 27 December 2014

bila anak dah sekolah

alhamdulillah
tahun depan aiman dah darjah satu
cepatnya masa berlalu
rasa macam baru je sedar
keluar dari bilik ot
melahirkan aiman
xpuas lagi manjakan dia
dah besar anak mama
huuuuuaaaaa

so 1st time anak masuk sekolah
mama n abah yg gelabah
nak buat persiapan
excited pun ada
nak sediakan yg terbaik utk anak

aiman dah booked
nak baju sekolah canggih
kemain demand anak mama
agaknya dia dgr org dok sebut kot
so dia pun nak canggih jgk
skali bila pg try masa kt sogo ari tu
cutting dia xbrpa cantik dgn aiman
almaklumla...ank bujang mama tu kan
gebu gebas
poket dia macam jatuh ke bawah skt

pastu tok nab kata
baju kamdar ok
coz kain dia xmudah kuning
so baru ni kami pi kamdar la
alhamdulillah
cutting dia cantik
dgn badan aiman
so borong 3 pasang baju sekolah
coz ingt nak carik brand signature plk
my sil kata brand tu pun bagus jgk
borong jgk boxer...singlet...tali pinggang

then gerak ke pacific plk
nak crk brand signature tu
skali xde la plak
so baru ni
me pg topup lg 2 pasang baju sekolah
jadi 5 pasang semuanya
senang keja i
xla kelam kabut nak basuh bju
untuk recyle nanti
kasut beli 2 pasang
cukupla kot kan
pastu pi popular plk belikan stationery bagai
beg sekolah dia dah beli kat cosway hari tu
design sempoi jerk
xde katun2 bagai
macam org tua
pengaruh tok nab la ni
hahahahah

to along
mama n abah doakan yg terbaik untuk along
moga along belajar rajin2
jgn lupa solat
dapat ilmu dunia & akhirat di sana
mama & abah dah cuba yg terbaik utk along
moga along jadi anak yg soleh
taat pada ibu bapa
taat pada Allah
amin
love u so much sayang!!!
muuuuaaaahhh

 
 

Allah menguji kita...pray 4 pantai timur

di saat ini
negara sedang dilanda musibah
dikejutkan dengan bencana banjir
yang dahsyat melanda pantai timur

macam2 cerita tersebar
especially di media sosial
ada yang betul
ada yang tidak
ada tuduh menuduh
kata mengata

seharusnya di saat getir begini
kita sebagai rakyat malaysia
kena bersatu padu
saling tolong menolong
lupakan perbezaan politik
keluarkan naluri kita sebagai seorang manusia
yang ada belas kasihan
dan simpati

ini bukan masa
untuk saling menuding jari
ini masa untuk kita bersatu
membantu mereka yang terlibat
bayangkan anak2 kecil
orang2 tua
yang kesejukan
yang terperangkap di atas bumbung
terperangkap di atas bukit
xtahu nak lari kemana

me cuba bygkan 
kesedihan mereka
apabila memandang air sungai
yang agak tinggi jugak kat sini
gerun rasa
tu baru tengok
bayangkan kalau kita 
di atas bukit
keliling tu air yg penuh
kuat....arus deras
dalam gelap malam
Allah sahaja yag tahu
dan Allah sahaja tempat bergantung

bersatulah sahabatku
kita bantu takat mana yang boleh
yang penting....ikhlas
mereka perlukan kita
sokongan...dorongan
bantuan
moga Allah melindungi kita semua

di bawah me share gambar banjir
di tg kuala,tumpat
rumah makcik me
dia dah pindah ke rumah anak dia 
di kampung kami
di chenderong batu
moga musibah ini
segera berakhir
amin





 

Tuesday, 23 December 2014

puding roti karamel

 
 
 
hujan2 camni
tengok gambaq makanan 
semua nampak sedap
tengak resipi ni kat fb tadi
so tempek kat sini dulu
untuk refer masa depan
kalu korang sempat buat
korang try dulu k
 
************************************
 
Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - pukul dan di tapis
1 cawan air suam1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang . Masak dengan api kecil ea.

Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang.

Ketepikan.Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

.Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan

anak yang terlebih kreatip

hari ni nak cerita
pasal si debab sorang kat rumah tu
si aiman irfan

baru ni me gosok baju melayu
untuk dia pi ngaji
geram betul tgk
ada karya kreatip dia kat baju tu
kiri kanan tangan diconteng namanya
dengan kat seluar skali
hot rasa hati ni
dah la basuh tak kluaq
bila dibebelnya
dia kata senangla nak cam baju dia
macam la kat rumah ni
ada org muat baju awak tu aiman oiiii

sabar jela kan
tgn tu gatal tah boleh dok diam 
geram makkkkk



Monday, 22 December 2014

menghargai diri sendiri


tajuk entri xtahan ok
yela....kalau kita xmenghargai diri sendiri
siap lagi...betul x????

so alhamdulillah...tahun ni ada rezki
untuk reward diri sendiri setelah penat bekerja
dah lama berkenan benda ni
tapi kena kumpul duit dulu
alhamdulillah dah dapat beli
tq Allah

sekarang tgh gila barang coach
tapi mampu beli yg online je la
kalau kat butik
mampus mahal
kalau masuk butik
just survey dari segi size n compartment bolehla
cuma beli online ni
xla yg latest design

suka dgn design dia
dan yang pasti
mmg material dia tahan lama la
berbaloi2 beli
tapi idakla tiap2 bulan beli 
kopak laki i....hahahha
bukannya nak menunjuk2 brand
tapi me rasa berbaloi dgn harga
dan tahan lama
 




Sunday, 21 December 2014

mood raya sudah datang

mesti korang heran kan
raya apa plak la ni
yang ada raya krismas ja kan weekend ni

ni cerita raya posa tahun depan
melampau x???
posa ganti tah xhbs lg
sibuk nak raya dah
huhuhuhu

alkisahnya
balik johor baru ni
pegi ke jakel
almaklumla
jakel kan tengah sale skrg ni
pegi dah jakel astar hari tu
tapi menahan diri jgkla
coz dah aim nak beli kt johor
suka kat johor
coz besar
banyak choice
and masa pi baru ni
satu lagi kelebihan
adalah lebih murah

pegi dengan adik n akak ipar
coz nak carik baju sedondon
untuk raya
insyaallah raya tahun depan
mr ar cuti lama
so dia dah booking raya kt johor
i ikut ja...xkisah mana2 pun
as long as dia ada disisi
ceeewahhhhh

so finally
kami semua pilih yg purple tu
untuk tema baju raya
me beli siap2 la
untuk baju mr ar n hero 2 org tu
semeter rm15 je tgl
kain pun best

yg xtahan...kain kelabu yg kiri tu
mmg berkenan masa kt astar
tapi tahan dulu
semeter rm39 kot
tp kain syok...berat elok
kalau buat jubah
sekali tgk kat johor...semeter rm29
nasib mak xbeli lg
terus beli kt johor
yg light blue tu cantik
and yg hijau tu tgl sepasang rm50
geram sgt
kat johor...yg sepasang rm50
pun cantik2....exclusive kaler n design dia
tu xpi yg jakel jalan tar lg no
kalau pi rasanya
mau lagi pitam

ini je hasil rembatan hari tu
setelah hampir 2 jam kt dalam tu
smpai mr ar ngamuk2 la
biarla...ada i kesah?????
hahahahahhahahah



my burberry

cerita dah lama
tapi nak simpan kat sini jugak
hadiah besday tahun ni dr mr ar
actually xsangka pun nak dapat hadiah
so me pun xprepare utk beli apa2 hadiah
untuk besday dia 1 week after
skali dia bg hadiah
menggelabah me carik hadiah jgk kt dia
hahahahahah

suka sangat perfume ni
pandai abg pilih
perfume baru dr burberry
tq so much syg for this lovely gift
next year nak hadiah best lg ek
muuuuahhhhhh



Saturday, 20 December 2014

jangan sedih....Allah bersama kita

sejak layan citer adik-adikku
dengar lagu la tahzan ni
rasa sedap plak dengar
sedih...sayu

betul katanya
jangan sedih...allah bersama kita
biar apa pun masalah
semuanya akan selesai
bila kita mengadu pada Allah
yakin pada Allah
insyaallah

 

kerja cum bonding time


jumaat lepas
semua ikut tok wan pi perlis
tok wan dok wat keja kat sana skrg ni
so dah slalu tinggalkan tok nab
jumaat lepas
wan angkut semua skali

dulu masa kecik2
camtula
tok wan akan angkut semua
bial dia kena buat keja time cuti
tunggula sehari suntuk dalam keta
but that's the way
for us to enjoy
secara xlangsung
boleh tgk susah payah dia carik rezki
now turun ke cucu2 dia plak

mula2 sgh kt pdg bsaq
wan nak amik brg sat 
pastu pi mkn n shopping skt2 kt sana
pastu baru ke kuala perlis
kawasan kerja luas
bagi bdk2 ni main
seronokla diaorg
bangun...tdo...bangun
petang jgk baru kami balik

otw balik tu
singgah ke ladang kelulut
dia punya deco cute n menarik
saja sgah kejap amik gambar
sampai rumah dekat maghrib jgk
even letih...tp kmi hepi
 yang penting...kita enjoy!!!!