Monday, 31 March 2014

merempit

aiman & awek megi

besfren

along wat muka angry bird



romantik gilerrrr

bawak adik plak

peluk kuat2 dik...jatuh satgi

ni gambar ahad lepas
lepas keja
bawak diaorg jalan2 kat menara
main playground
main keta...main motor
irene pun ada sama
kemain irene n aqeem bonceng along
pastu aqeem pun sibuk nak bwk sdri
macam reti bawak je
nasib baik bawak pi hari ahad
kot plan nk bwk weekend ni
apa pun x boleh
abah dah tinggalkan pegi keja...

sampai bila nak bertahan????

hari ni mood xberapa baik
coz semalam
opis call
suruh mr ar p opis
rabu sampai jumaat
hari ni dah kena gerak la

mmg aku bengangla kan
dia baru balik cuti brapa hari ja
baru rasa aman
coz cuti kali ni xdak training
dah plan macam2
utk bwk anak2
skali dah cmtu plak

dia ada ajak 
untuk aku ikut
masalahnya kat rmh xde sapa
mama kan xsihat lagi
adik aku plk balik johor
klau dia ada
xpela depa blh blk
tdo rmh mama
temankan mama dgn abah

sedih betul semalam
xsuka bila tersepit
kena pilih mak or husband
mmg kena ikut husband
tapi hati xtergamak
nak tgl mama yg xsht lg tu
last2 aku menangis sorang2
smpai la hari ni
mata tu asyk berkaca ja
kenang kan nasib diri sendiri
xmampu bila di uji camni
serba salah untuk membuat pilihan

keputusannya....xpyh ikut
mr ar pg sorang
dudukla diam2 kat sini
jaga anak2....
keja lg penting
tanggungjawab lg besar
ko menangisla sorang2
xde sapa nak kisah pun
huuuuuuaaaaaa

mls nak fkr
even selama ni aku fhm keja laki aku
lama2 aku pun jd xfaham jgk
kalau memanjang time cuti kena kacau
ntah smpai bila aku mampu bertahan
fedup....dah...mls nak fikir
baik mkn.....blk satgi peluk aqeem
si pipi labuh
dgn aiman debab
weekend ni kita pi jalan
dgn wan n tok nab
lagi bahagiaaaaa
byeeeee


Monday, 24 March 2014

AL-FATIHAH

Salam
me percaya
satu dunia tgh berduka 
since khlgn mh370

kesedihan makin bertambah
sejak press conference
oleh dato najib kira2 jam 10 semalam 
bahawa mh370 terhempas di lautan hindi
allahuakbar
kita yg xde sedara dalam tu pun
terasa sgt sayu...sgt sedih
apa lagi mereka
yg menanti org tersayang sekian lama

allahuakbar
engkau maha besar
sesungguhnya semua itu
adalah kekuasaan Mu
rahmati lah mereka semua
tabahkanlah hati yg setia menanti
selama ini
al-fatihah

 

Wednesday, 19 March 2014

sejuk di dalam....panas di luar

tajuk entri
xboleh blah kan
sabar jela dengan mak ok
apa benda tu????
cuba korang jwb teka teki ni tgk

sejuk di dalam
panas di luar
apakah itu????

adakah cuaca di luar opis den
yg kat luaq panas lit lit
tp kat dalam ni sejuk
sampai sakit kepala????

or suhu badan anak yg demam???

no...no...no
semua tu xdak kena mengena
jawapan sebenar ialah
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'



jawapannya ialah aiskrim goreng
betul kan????
sejuk di dalam
panas di luar
mama kan tengah mood rajin
nak try masak2
tapi masak hat senang2
sempoi2 jerk
so last week
wat aiskrim goreng utk minum petang
along cukup layan
habis dua bijik
senang je kan
 
amik 2 keping roti
letak aiskrim kat tengah
tekap dgn cawan supaya jd bulat
pastu goreng aja
sonang baitu
hikhikhik
 
skrg ni kena rajin crk idea
nak bg along tu mkn
adik xpe
kuat mkn.....tp keding jgk
pipi je jd labuh
 
tapi since mama xpndai msk
try resipi yg sempoi2 je utk anak2
yg pntg....depa makan
alhamdulillah
 

saya ada 3 big boss....aiyooooo

kat rumah dulu
saya ada sorang big boss
habit dia...suka baring
pastu silang satu kaki
atas satu kaki lagi
pastu gedik2

pastu...habit tu telah diwarisi along
so i dah dapat 2nd big boss
and now
adik pulak dah dapat habit
so now...i dah ada 3 big boss
haiyooooooo

kemain adik sekarang
tgk tv...kaki siap silang
xpadan dengan kecik
betul2 anak bah ek korang
jenuh mama nak melayan
3 big boss kat rumah ni
hikhikhik

gaya seorang big boss

2 org big boss mama
 

Tuesday, 18 March 2014

pizza hard????

minggu lepas
pegi pasar dgn aiman
singgah giant jap
beli la roti pita
ingat bila2 bolehla wat pizza

so minggu ni
anak2 breakfast western jela
hikhikhik
so semalam
mood rajin
pepagi buat pizza utk bfast 
wat 3 bijik
sebijik bg adik
bawak bekal pi rmh ateh
senang je pizza mama
xteruk2 nak uli doh bagai
sempoi jerk
nak resipi x????
macam la aku pandai sgt
hikhikhik
perasan jer lebih
ni pizza hard
ala2 mama ok
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
''

amik roti pita sebijik
kat kedai roti ke
giant ke,tesco ke
berlambak
sapu sos prego atas tu
pastu potong la topping apa korang nak
me guna sosej dgn filament stick
pastu campur mix vege skit
pastu satu lg
wat topping tuna
kdg2 aiman request topping
telur hancur
me layan je
dah siap topping
taburkan mozarelle atas tu
masuk oven blh
microwave pun blh
seminit jerk
siap.....
senang je kan???
resipa mama yg malas
hikhikhik

malas pun xpela
yg penting anak2 mama makan
dah cukup hepi
sila cuba ye
bg ibu2 yg nak cpt pepagi
blhla buat pizza hard ni :)


pizza tuna

pizza sosej dgn crab

dah siap masak...yummy



 

isteri seorang pelaut

Terjumpa gambar ni
Ada org share
Touching tetiba
Sesungguhnya.....
Aku isteri seorang pelaut
Moga aku terus tabah
Terus kuat menyintainya
Amin....


Monday, 17 March 2014

adik pulak yang sibuk.....

sabtu lepas
ada perjumpaan waris
kat sekolah along

so me pun pegila dgn along
dah abah diaorg xde kan
skali adik pun sibuk
nak turun skali

masuk dlm kelas
ada 3 parents lgk 
dok tunggu turn nak jmpk cikgu
sementara dok tgu tu
adik sibuk la dok explore
satu kelas
bukan reti diam
mulut pun potpetpotpet

along tgk gerammmmmm jerk
nak marah mcm kat rmh xbolehla kan
malu kat cikgu
pandai ko berlakon ye long
hikhikhikhik

so masa jumpak cikgu
cikgu ckp along xde masalah
belajar ok
perangai pun ok
dgn kwn2 pun jrg ckp
baik sangat
heheheheheh

cikgu xtau
kat rmh...jenuh mama melayan
bercakap xberenti
dgn cikgu kemain behave ye
bila tnya kenapa xckp dgn kawan2???
dia jawab...watpe....buang masa
hahahahahha....boleh camtu???
sabar jela

apa pun
alhamdulillah
moga anak mama terus maju
berjaya dalam pelajaran
berjaya dalam hidup
dunia akhirat
amin





 

Monday, 10 March 2014

sayang kamu ketat2....

ni gambaq petang semalam
tok nab nak mkn nasi lemak 
lauk teloq
pi la beli kat gee nasi lemak
kat teluk wanjah tu
tok nab makan skt je
depa ni yg pulun sakan

makan sama2
comeiiii jer tgk
sejuk hati mama tgk
dua beradik ni
dok baik2 camtu
moga kasih kamu berdua
kekal ke akhir hayat
sayang kamu ketat2
muuuuaaaahhhhhhh



 

Wednesday, 5 March 2014

rampas merampas lagik?

salam
minggu ni agak weng sikit
ditambah dgn hidung yg tersumbat
sejak semalam
lagi jdk bengong skt
huhuhuhuhu

hari ni
i nak jadi mak jemah skt
even bz
jarang tgk tv or baca paper
taula skt2
ttg gossip2 artis ni

so yg plg femes seminggu dua ni
kisah si hanez suraya dgn mr r nya tu
and si zarema n az nya tu
mmg tgk komen2 semua
yg meluat jela
kalau ada post psl diaorg ni

kenapa org benci????
sebab dua2 di cop
perampas suami org
sapa yg suka perampas suami org????

kalau tgk dua2 kes ni
mmg sedih sgt
yg akan jadi mangsa
anak2la
kesian....

isteri yg dulu ssh sng bersama-sama
yg sentiasa menyokong
jatuh bangun bersama
bila dah kaya
dah senang
jumpa yg lagi cantik
lagi lawa
terus nak tinggalkan isteri dan anak2
bagus ka lelaki camtu????

bila dh lama 
baru nak komplen
bini xcantik
bini dah gemuk
bini xpandai berhias
bini xpandai msk...xpndai mengemas
mcm2 alasan la
padahal bini yg macam2 tula
yg ko tergila2kan dulu

bila dah xsuka
mulala
macam2 alasan

kdg2 yg dibuat ganti tu pun
lagi xlawa dr bini tu
tapi sesuaila dgn laki perangai camtu

yang merampas tu pun
ngengada
dahla amik hat org
dok tunjuk bagusla sgt
bangga giler dapat amik hak org
kena ingat
sekarang ni
semua Tuhan byr cash
xpyh tunggu lama2
jgnla suka dok amik hak org sgt
jgnla terlalu kejam

takut sgt dgn situasi camtu
moga Allah jauhkan kita semua
dari benda2 camni
apa pun
fikirkanlah anak2
fikir balik saat2 kita susah senang bersama dulu
insyaallah
 

Tuesday, 4 March 2014

aku sudah letih

hari ini
entri nak meluahkan perasaan
coz gerammmmmm sgt
grrrrrrr

apa korang rasa
kalau korang srh org buat keja
dah byk hari
tapi xsiap2 jgk
dah tu hari2 nak kena remind
lotihhhhh la oiiiiiii

kena remind pun xbuat jgk
huuuuuuaaaaaa
tlgla proaktif sikit
aku bila kena dgn org camni
mula rasa nak buat sendiri
tapi kalau camtu
org camtu xkan belajar
sampai bila2

plzla....improve
msg2 dah besar
aku pun byk benda len nak ngadap
bukannya jam loceng
yg nak kena antaq 
reminder selalu
bukannya hammmer
yg nak mengetuk sokmo
huuuuuuaaaaaa

moral of the story?????
AKU SUDAH LETIH.....HUHUHUHUHU

terima kasih kerana memahami

entri ni untuk mr ar
yang akan bertolak
pegi kusus kat terengganu
sekejap je lagi

bawa keta elok2
hati2 di jalanraya
moga Allah lindungi mu

cuma nak ucapkan terima kasih
kerana cuba utk memahami
keadaan diriku
pada masa ini

cuba buat yg terbaik
untuk bantu aku
menghadapi semua ini
walaupun dari jauh

maaf kerna diri ini
xmampu temankan abg
masa abg masuk wad
coz mama lebih memerlukan di sini

maaf skrg masa utk keluar
agak terhad
coz kita xboleh nak tglkan mama sendirian
terima kasih tlg buat keja rumah
kerna isterimu ini 
xsempat nak menguruskannya

terima kasih kerana memahami
isterimu ini
punya tanggungjawab besar
untuk ibu dan ayahnya
walau sebenarnya
tanggungjawab aku pada suami
juga besar
tapi terima kasih kerana memahami


walau kita sering
bertelingkah
bertikam lidah
tapi kaulah jugak tempat aku
meluahkan perasaan
meluahkan segala-galanya
terima kasih
kerana masih bersabar
melayan kerenah isterimu ini

sangat berat melepaskan mu pergi
di saat aku masih
terumbang-ambing
tapi demi tuntutan tugas
aku akur
moga masa cepat berlalu
cepatla balik ke sisi kami
insyaallah

terima kasih atas segalanya.....

Monday, 3 March 2014

berserah

salam semua
minggu ni
mood agak ke laut
semangat agak turun
unmotivated

kenapa????
coz ahad lepas baru pg buat echo
and jumpak doc
so resultnya adalah xbest
buat hati ni gundah
buat hati ni sedih
buat hati ni takut

allahuakbar
semuanya di tangan Allah
moga Allah bg kesempatan
untuk lebih lama lagi
agar dapat tengok anak2 membesar
anak2 berjaya
dan dapat cucu
insyaallah
hanya padaMu ku berserah

amin