Wednesday, 9 July 2014

equinol dark spot concentrate

entri kali ni
sambungan kisah singgah di sasa tempohari
boleh plk ada sambungan
bulan posa ni xlarat taip2 byk2
satgi cpt lapaq....hikhikhik

so sbnrnya tjebak dgn mask tu kan
pastu gatal mulut
dok tanya pasal produk
untuk bintik2 hitam
kat bawah mata i ni

so salesgirl tu
promotela benda alah ni kat i
skali tanya....harganya...mahal jgkla
bagi me la...i kan jrg spend mhl2
utk kosmetik....huhuhuh
tapi nk melawa n rasa makin tua
nak kena jaga muka
so i terpaksa pejamkan mata...terpaksa ok
hikhikhikhik

so skrg dah mula pakai benda alah ni'
harap lps ni
kulit tu improve la skt
ni sikit pasal benda alah ni me nak share :

 
One of the most telling signs of aging skin is hyperpigmentation, more commonly referred to as dark spots. These dark spots can be caused by sun exposure, free radicals, acne, genetics and hormonal changes. These factors cause skin to feel “attacked” and lead to skin inflammation at the cellular level. As a result, skin goes into protective mode, triggering melanin synthesis that ultimately leads to discoloration.

Target dark spots with Equinol and its multi-pronged approach to both repair and prevent hyperpigmentation.

Equinol uses the latest breakthrough in hyperpigmentation technology to significantly and safely reduce the look of dark spots and improves skin tone for a youthful, even complexion. Applied directly to where problem areas exist, Equinol uses a precision applicator to target dark spots on the spot.
how to use it
Equinol uses the latest breakthrough in hyperpigmentation technology to significantly and safely reduce the look of dark spots and improves skin tone for a youthful, even complexion. Applied directly to where problem areas exist, Equinol uses a precision applicator to target dark spots on the spot. Directions: Apply twice daily, morning and night, to clean, dry skin on areas of discoloration. Avoid eye area. Follow with Exten-10.
ingredients
Equinol™ takes a multi-pronged, targeted, spot treatment approach to uneven skin tone.

Complex of SR12 and Vitamin C:Helps minimize the appearance of dark spots. When skin feels “attacked” it goes into protection mode and produces melanin that ultimately results in dark spots.

Caffeine and Glycyrrhetic Acid:Soothe skin to help reduce redness, skin irritation, a cause of hyperpigmentation.

Salicylic Acid & Glucosamine:Gently slough away dead cells and melanin dust/dark spots revealing fresher, brighter, more even toned skin. 

Vitamin E, Vitamin C, Grapefruit Peel Extract,Sunflower Seek Cake, Barley Extract, Cucumber Fruit Extract:Vitamin E, Vitamin C, Grapefruit Peel Extract help provide skin with anti-oxidant protection, while Sunflower Seek Cake, Barley Extract, Cucumber Fruit Extract help keep potential irritants at bay.





rezeki ramadhan

entri kali ni
nak cerita
pasal iftar ramai2 kat opis

isnin lepas
kami mula run bantuan rm500
yg abang najib announce tu
dah 15hb abg najib srh duit masuk kan

seperti biasa
proses akan amik masa yg lama
coz dkt nak blk bru dpt data
tiap2 tahun pun mmg camtu

so mmg dah jadi rutin di operasi
setiap tahun bila ada bantuan or bonus
wajibul la untuk stayback

so on that day
kami semua ada 10 org
pakat bukak posa kat opis
pi beli nasik mamak n ayaq soya
syok jgk sekali-sekala
bukak posa ramai2 cmni
meriah n hubungan pun lebih mesra

so tahun ni kami settle kul 11 lbh
tu pun xcomplete semua lagi
sambung esok plk
last year kami hbs kul 9 ja
coz thn ni run sblm kami run gaji
so byk step skt

apa pun
semua tu rezki ramdhan
alhamdulillah

rezeki kami untuk isnin lepas...alhamdulillah

Sunday, 6 July 2014

tetiba fefeling nak cantik...

Semalam pg aloq staq mall
nk carik brg skt
tetiba termasuk kt sasa
blh x termasuk???
Hikhikhik

saja2 cuci mata
Terpaut kt iklan
4pcs @ rm10
apakah itu??????

Offer mask rupanya
tetiba rasa nk cntik
so angkutla 4 kepibg
lma dah xpkai mask ni
bz sgt mak sjk ank 2 ni
mcm ank 20
hukhukhuk

pg td try satu
yg soymilk tu
lps sahur td sblm siap pg kja
nyamannnnn je rasa
terus fefeling jd cntik
hikhihhik



Saturday, 21 June 2014

riang ria@ jusco kulaijaya

Salam semua
pagi ni kita bersiaran dari bandar tebggara k
selamat sampai petang jumaat lps
ptg nant dah nk blk
coz besok
kami nak cuti2 msia
ke sabah plk.....yeeeeaaaa

blk jgk even sekejap
coz lma dah rsanya xblk
takut bln puasa pun xsmpt
coz puasa yg ke3
Mr ar dah naik keja
raya ke2 pun dia dah nek kha

so semalam ptg
bwk bdk2 jln kt jyusco kulai
baru bukak jusco ni
saja mlyn bdk2 kt tmpt playground tu
satu bdk harga rm15 utk weekebd
okla....main sampai lebam
bahagia tgk ank2 gembira
Mama hrp ank2 mama
enjoy n happy!









Monday, 16 June 2014

nota buat abah


mamat gambar kat atas ni
adalah hero kebanggaanku
siapa dia dalam hidup ku???
inilah abah ku
yang membesarkan aku dan adik2
bersama-sama mama

sempena hari bapa ni
me amik kesempatan
untuk ucapkan
selamat hari bapa buat abah
moga Allah sentiasa memelihara
dan merahmati abah
amin...

bercerita ttg abah
dia seorang ayah yg tegas
kalau dia diam...kita boleh faham yg dia xsuka
tapi dia jgk seorg yg penyayang
tu yg adik2 aku xheran tu
kalau time baik
dia boleh peluk2 dgn diaorg
tu camna anak2 nak takut
sekarang perangai tu
turun kat aiman plk
dia suka peluk budak2 tu
bg menjerit2 bising satu rumah
suka mengusik

abah dulu masa muda
sgt workaholic
kami jrg dpt jalan2 mcm org lain
susah sama kot masa tu
dia aktif dgn politik
badan kebajikan bagai
jadi setiausaha tu
setiausaha ni
pastu kalau wat keja
mmg sgt cermat n teliti
ingat lagi dulu
kalau time mesyuarat agung
penuh kertas dia atuq dlm rmh
kami adik beradik tlg susun
untuk dia buat minit mesyuarat
siap dgn divider bagai
kalau tgk buku nota dia masa sekolah pun
tulisan cantik n kemas
mai kat anak2 laki dia
serabuttt...hikhikhikhik

sekarang abah jd tmpt bermanja cucu2 plk
esp aiman n aqeem
tumpang kasih syg sorang bapa dr tok wan
dah abah jarang ada kat rumah
tok wan mmg sabaq
rajin layan kerenah cucu tu
masih setia hantaq n amik me dr opis
coz anak dia ni
takut nak bwk keta
skrg aku dah blh bwk pun
xkan dia nk lps jgk pun
huhuhuhuhu
i love u abah...

masa aku stress dlm wad
kerana dok fikirkan adam irfan
yang tgh kritikal di nicu
dia pesan
kena redha...berserah kepada Allah
hospital putrajaya ni dah yg terbaik dah
depa cuba buat yg terbaik dah
apa pun yg jadi....along kena redha
mungkin itu lebih baik utk dia

sememangnya kasih abah n mama
xmampu untuk along bayar
sampai sekarang
mama n abah masih setia di sisi along
huhuhuhuhu

bila mama sakit
abah mmg susah hati
abah ni jenis penakut skt klaujmpk doc
nak pi cabut gigi pun takut
kalah aiman
masa mama kritikal di icu hari tu pun
nmpk dia ssh hati
even dia berlagak tenang
setiap hari dia setia tunggu mama
even kami dah ada tunggu mama
malam dia xtunggu
coz dia pun bukan kuat smgt sangat
xpala...adik2 me ada tunggu utk mlm
even dia tenang
me tau dia ssh hati
me dgr dia ngs masa berdoa dlm solat subuh
kesian abah

alhamdulillah
mama kembali pulih
cuma xsesihat dulula
dan abah masih setia
menemaninya
pagi2 bangun dah tnya mama nak makan apa
masalahnya mama tu xlalu makan
tapi dia beli jugak
mama cakap...kesian kat abah
susah payah jaga mama
dari mula kahwin smpai skrg
so me ckp kat mama
kalau mama kesian kat abah...
mama kena kuat semangat
alhamdulillah....skrg mama nmpk ok skt
lalu mkn jgk n xla asyk tdo
temenung jerrr....

gambar kat bawah ni
salinan emel yg abah simpan
me jmpk masa ngemas2 hari tu
emel yg dia balas kat bos dia
masa dia dpt employee of the year
sesungguhnya kami bangga dengan abah
contoh terbaik untuk kami
kasih sayang mu tiada banding
hanya Allah yang mampu membalasnya
terima kasih....abah