Sunday, 24 April 2011

thank you seem to be the hardest word

penah dengar x ayat kat atas?macam pelik kan?me yakin korang rasa me silap taip....heheheh

selalu kita dengar SORRY SEEM TO BE THE HARDEST WORD kan?

so kali ni me nak citer pasal THANK YOU plak

apa maksud TERIMA KASIH ni?
ia adalah tanda penghargaan kita terhadap sesuatu yang kita terima dari org lain
tapi berapa manusia yg tahu berterima kasih ni?
xramai rasanya,manusia ni kadang2 xreti mcm mana nak hargai org lain
hanya pentingkan diri sendiri
apa yg org buat semua xkena,dis sorang jer 'PERFECT'
org camtu mmg selalu lupa
bahawa xde manusia yg sempurna di dunia ni
hanya Allah je yg SEMPURNA

kalau yg tu pun dia lupa
apa lg nak terima kasih kat kita
dia xfaham betapa besarnya ucapan terima kasih tu
moral of the story....kalau kita xsuka pun,hargailah apa yg org len tolong kita
org berbudi....kita berbahasa
THANK YOU ALL!!!!!!!!



Friday, 22 April 2011

futsal oh futsal

last week, 2 hari berturut2 pg berlatih futsal......biar betul?seumur hidup xpenah main,tetiba nak main?mcm xbetul jer?......hehehheheh.ini betul2la,bukan dugaan,bak kata aiman......terpaksa la turun jgk,dah xcukup org.ni kes rela paksa la ni.actually xberani sbnrnya coz sakit bersalin czer hari tu terasa lagi,dah la masa pantang hari tu lasak,sebab tu jgk kot amik masa nak baik....huhuhuhu.tp xpala,try dulu.


1st day main,seronok jgk......main xingt dunia even xreti pun,hahahhaha.tp balik rumah mlm ni tu,mcm2 la....hbs skt satu badan.badan dah lama x exercise,camtula....huhuhu.2nd day tukaq position plak,jadi gol keeper je,idak le pyh nak berlari sgt......tp lg parah,bola kena sepak betul2 kat perut....betul2 kat tempat operate tu.ngilu gila,rasa nak nangis pun ada....huhuhu.....hopefully semuanya ok.smpai skrg dok rasa sakit lg........hadoiiiii...camna ni.apa2 pun...majulah sukan utk negara.....huhuhu

Monday, 18 April 2011

i'm not in a good mood a.k.a BADMOOD

salam.....lama xberkongsi di sini.....weekend agak bz menghabiskan masa dengan aiman.bawak dia pegi tengok movie ngan angah+auntie.he is soooooo excited,tp bz nak tgk citer hantu kak limah.org nak tengok katun,dia nak tgk hantu kak limah,apa la aiman ni,macam2.kira macam birthday treat for him la jgk kan....coz bapaknya xde nak bwk jalan2....lg 2 minggu baru nak jumpa.....uhuhuhuhuhuhaaaa

today,mood agak kureng skit.....asyik nak berangin jer.adakah disebabkan perubahan hormon kerana saya sdg bercuti2 m'sia?.ntahla....tetiba rasa tensen,sedih.......apalagi tempat mengadu xde...jauh di tengah laut tu. rasa macam dah bosan,macam nak berenti keja pun ada.dok rumah jaga anak,jaga husband.....syoknyaaaaaaa.xpyh fkr tanggungjawab lain dah.....huhuhu.ntah bila la nak boleh tercapai cita2 tu?.sampai ada cucu pun dok keja lagi jawabnya.......

Thursday, 14 April 2011

BELAIAN SUAMI UNTUK ISTERI MENGANDUNG

Apa yang diimpikan dalam perkahwinan oleh pasangan suami isteri adalah zuriat yang akan menjadi penyejuk hati dan ia adalah lambang kasih sayang yang merupakan sebahagian daripada fitrah kehidupan untuk kesenimbungan hidup berkeluarga.

Perasaan seorang suami terutamanya yang baru berkahwin akan berbaur antara gembira dan cemas apabila isteri memberitahu hasil daripada perkahwinan mereka telah membayangkan mereka akan dikurniakan anak.

Bagi suami yang mengharungi pengalaman pertama isterinya mengandung kena memahami
petanda bahawa isterinya akan melalui perubahan fizikal dan emosional daripada biasa dan yang paling mudah petandanya isteri mula muntah-muntah dan kadang-kadang pada peringkat awal banyak ingin berehat.

Belaian suami adalah penting untuk isteri yang sedang mengandung dan bagi pasangan suami isteri yang pertama kali akan mendapat cahaya mata, persiapan bukan sahaja setakat yang berbentuk luaran yang berbentuk fizikal tetapi ia memerlukan komitmen ruhiyyah.

Semasa isteri mengandung banyak yang akan dilalui oleh pasangan suami isteri, kadang-kadang isteri jadi begitu sensitif maka suami kena bersabar kerana kadang-kadang ada isteri yang menunjukkan karenah yang bukan-bukan.

Secara manifestasi luaran sebagai seorang suami perlulah menunjukkan rasa kasih sayangnya terhadap isteri agar berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, sebagai contohnya dengan mengusap lembut kepalanya .

Seorang suami atau ayah harus menunjukkan rasa bahagia terhadap janin di dalam kandungan isterinya dengan membelainya sebagai tanda sokongan mental yang menyenangkan hati
bakal zuriat yang bakal dilahirkan.
Pada saat-saat kehamilan itulah isteri perlukan belaian kasih sayang dan keprihatianan suami dan janganlah biarkan isteri bersendirian maka dampingilah isteri sekerap mungkin umpamanya ketika isteri menjalani pemeriksaan doktor.

Jika keadaan membenarkan eloklah suami sendiri bersama isteri berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan kesihatan isteri dan mungkin ada perbincangan yang perlu dilakukan oleh doktor dengan kehadiran suami.

Bagi pasangan suami isteri yang tinggal sebumbung dengan ibu mertua terutamanya ibu kepada suami, para suami perlulah memahami perasaan isteri yang mungkin mudah terasa kerada kehadirannya maka suami kena bersikap sabar dan mengambil sikap keterbukaan.

Sewajarnya seorang ibu mertua kena memahami keadaan anak dan menantu yang sedang
mengalami saat-saat yang mencabar untuk mendapat zuriat maka bahtera rumah tangga anak itu sepatutnya dikemudikan oleh seorang anak yang bergelar suami.

Hiburkan hati isteri untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin dengan mengalih perhatian seperti mengajaknya berbelanja keperluan bayi dan pujilah bahawa isteri itu tetap cantik di mata suami.

Apabila disorot daripada sudut agama bayak perkara yang perlu dilakukan oleh seorang suami untuk mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi ketika isteri sedang mengandung iaitu dengan banyak berdoa dan bertaubat kepada Allah s.w.t. untuk mengharapkan zuriat yang solih.

Suami hendaklah selalu membaca Al-Quran bersebelahan dengan isteri dan mengharapkan
agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

Suami hendaklah banyak berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan mengerjakan solat berjemaah dengan isteri jika sihat ataupun di masjid sebagai tanda ububdiyaah terhadap Allah s.w.t.

Jika isteri merasa selesa bawalah isteri ke majlis ilmu atau menziarahi orang solih dan hendaklah bersikap sabar dalam menjalani hubungan suami isteri dan menjauhi daripada marah dan
bersikap benci terhadap isteri.

Suami perlu banyak berdoa untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak yang di dalam kandungan dan banyakkan bersedekah dan menyantuni jiran-jiran dan teman-teman.

Cinta yang telah terjalin apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri perlulah terus dipupuk sebagai teman hidup yang paling dekat dan hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur dan jangan sesekali dengan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

Sebagai suami yang soleh dia akan bersifat empatik untuk turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung dan suami harus banyak terlibat dalam proses
jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

Suami hendaklah memberi nasihat dan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat agar isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Saat isteri akan melahirkan anak sewajarnya suami ada di sisi dan perkara ini adalah amalan biasa di Barat, OK suami berada katil isteri tetapi di Malaysia hanya ada beberapa klinik persendirian yang membolehkan suami untuk bersama di samping isteri ketika melahirkan anak.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita dan dari segi fizikal, dia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat serta jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa dan buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam dan suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat.

Mungkin ada isteri mengambil kesempatan "over" manja dan suami yang teramat sayang pada isteri akan membuat semua kerja rumah, isteri diberi cuti, semua kerja dibuat suami termasuklah memasak, membasuh baju dan mencuci pinggan mangkuk. Isteri menjadi terlalu
manja kerana sayangkan suami justeru dia tidak ada tempat lain untuk mengadu kasih.

-Majalah Aniqah. Oktober 2009 -

Wednesday, 13 April 2011

hepi besday aiman anak mama&abah

syukur...alhamdulillah...barakallah...hari ni permata hati kami cukup 3tahun. sesungguhnya aiman anugerah Allah yang terlalu bernilai buat kami semua. permata hati, penglibur lara mama,abah,tok nab, wan, nenek nah,atok seli & semua yang mengenalinya. setalah hampir setahun setengah menanti.....me mengandungkan Aiman. excitednya,xpayah cerita la kan....bagai bulan jatuh ke riba.even hubby berjauhan masa tu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan sokongan org2 di sekeliling.