Monday, 25 July 2011

fadhilat sembahyang terawih

salam kengkawan.....
sempena Ramadan yang mulia minggu hadapan...me nak kongsi fadhilat
sembahyang Terawih ni.....
sesungguhnya besar fadhilat sembahyang terawih yg kita jumpa setahun sekali jer ni.....


Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T


Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).


Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.


Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.


Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Maâ'mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.


Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firâ'aun dan Hamman.


Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.


Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.


Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.


Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.


Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.


Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².


Malam 18 : Seru Malaikat ;Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).


Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.


Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.


Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).


Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.


Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)


Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.


Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.


Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.


Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;


Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama ˜Al-Kauthar.

2 comments:

  1. perkataan 'semayang' tiada makna. perkataan solat adalah lebih mulia.. peaceeeeee... :)

    ReplyDelete
  2. thanks for the comment....:)

    ReplyDelete