Sedang berblogwalking tadi.....me terjumpa coretan ni...sgt touching ok.terus teringat kat mr AR i yg kat tgh laut tu........huhuhu.....1437! moga pengorbanan kita selama ni sentiasa dirahmatinya...insyaallah......
CINTA Seorang Pelaut....
Apabila seorang pelaut jatuh cinta,
Maknanya pasangan pelaut itu mesti seorang yang luar biasa.
Apabila seorang pelaut itu memilih pasangan,
Maknanya pasangan pelaut itu seorang yang tabah dan setia,
Apabila seorang pelaut itu ingin berkahwin,
Maknanya pasangan pelaut itu tahu apa yang bakal dihadapinya.
Ini kerana,
Apabila pelaut itu sudah belayar,
Pasangannya akan di tinggalkan di daratan.
Menjalani kehidupan tanpa suami atau isteri.
Membesarkan anak seorang diri.
Memikul tanggungjawab seorang diri.
Oleh itu,
jika pasangan anda seorang pelaut,
Dirinya mngambil keputusan untuk berpisah dengan anda,
Itu tandanya,
Dia menyayangi diri anda lebih dari pengetahuan anda.
Dia tidak mahu anda bersedih menunggu kepulangannya.
Dia tidak mahu anda menjalani kehidupan tanpanya.
Dia tidak mahu anda membesarkan anak seorang diri.
Dia tidak mahu anda menyelesaikan masalah tanpa dirinya.
Jika anda sanggup menjadi pasangan pelaut,
Maknanya,cinta anda begitu tinggi nilainya.
No comments:
Post a Comment