Jinan
Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai
pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah
proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh
kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya
bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap
kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi
kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki
yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu
kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami
di usia tua nanti.”
“Kami
pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan.
“Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang
tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung,
sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar
China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan
pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar
di negara tersebut.
Jinan,
yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan
tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang
juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa
ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan
para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran
bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
Sifat keperimanusiaan
di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah
banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan,
kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar,
namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!
No comments:
Post a Comment