salam semua
di pagi yang indah ni
me nak share psl satu artikel
mengenai rezki yg berkat
moga kita semua mendapat rezki yg berkat
insyaallah....
Dalam hidup ini semua orang perlu mencari rezeki apabila sudah sampai usia dan waktunya. Rezeki yang dicari ini pula boleh dengan pelbagai cara, cara yang baik boleh dan cara yang buruk juga boleh. Tepuk dada tanyalah iman kita. Tuntutan hidup dan kos saraan yang semakin tinggi memerlukan setiap dari kita melakukan lebih dari satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian, bil-bil, ansuran rumah dan kenderaan, yuran dan keperluan sekolah anak-anak dan sebagainya. Ada yang berniaga pasar malam, menjual nasi lemak dan pisang goreng, menceburkan diri dalam perniagaan MLM, dan sebagainya. Bagi mereka yang malas melakukan lebih dari satu kerja mula memikirkan cara yang lebih cepat untuk menambah pendapatan seperti pecah amanah, menipu dan rasuah. Walau pun cara itu salah, demi keseronokan dan janji dunia, mereka sanggup dan berani melakukannya.
Yang penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita dapat tetapi sebaliknya ada atau tidak keberkatan dalam rezeki itu. Pernah satu ketika seorang bapa datang kepada saya dan mengadu hal anak-anaknya. Katanya dia mempunyai lima orang anak, anak yang pertama hingga ketiga semuanya bagus dan cemerlang tetapi anak keempat dan yang bongsu sangat bermasalah. Mereka suka keluar malam, tidak solat, menipu, melepak, malas belajar dan degil.
Setelah mendengar keluhan bapa itu lalu saya cuba menduga, mungkin cara didikannya tidak sama dengan tiga anak yang pertama, atau masanya dengan mereka kurang, atau beliau tidak lagi menjadi pendengar yang baik bagi anak-anaknya. Namun semuanya itu dinafikan oleh sibapa. Lalu saya minta bapa itu semak sumber makanan kalau-kalau ada dari sumber yang haram. Ketika itu wajahnya berubah. Dia akui bahawa sewaktu membesarkan tiga anak yang pertama dia begitu dedikasi dan jujur. Dia benci sebarang sogokan dan rasuah. Tetapi apabila sudah bertahun-tahun bekerja dan melihat ramai orang disekelilingnya makan rasuah macam makan nasi maka dia merasakan bahawa semuanya itu adalah amalan biasa lalu turut terlibat sama. Dua anak terakhirnya menjadi mangsa dari rezeki haram itu. Bila sudah begini jadinya pada siapa mahu disalahkan, pada anak atau pada diri sendiri. Bapa itu sedar akan kesilapannya lalu menangis tetapi semuanya sudah berlaku. Saya minta beliau buat solat taubat dan minta ampun pada Allah.
Apabila rezeki tidak berkat ujian datang bertimpa-timpa. Telefon bimbit rosak, kereta rosak, emak sakit, rumah dimasuki pencuri, kena samun dan macam-macam lagi. Semuanya tujuannya hanya satu iaitu supaya duit yang kita dapat itu keluar dari poket kita secara terpaksa. Kalau selalu sangan Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak? Kalau tidak berkat apa puncanya? Sebab ada ketikanya Allah uji sesorang itu bagi menaikkan darjat dan martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran dan bala baginya.
Antara kesan daripada rezeki yang berkat:
1) Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi sentiasa cukup malah berlebihan. Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau menuai padi. Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup. Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita.
2) Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat. Banyak masalah sosial anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat. Apabila rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang.
3) Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji. Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang. Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat. Rezeki yang berkat akan memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah. Ramai orang yang mendapat rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan Allah secara tunai di dunia ini. Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat, membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.
4) Orang di sekeliling suka kita. Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita. Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan. Orang suka dekatikita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita.
5) Orang suka datang rumah dan menziarahi kita. Rumah kita bagikan magnet. Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita. Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pukangnya mereka akan menghapuskan dosa kita. Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi tanpa disangka-sangka.
6) Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih. Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat dalam kepala. Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang. Malah anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah. Dia dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayang guru dan rakan.
7) Doa yang makbul. Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh. Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.
Begitulah antara kesan positif yang diperoleh daripada rezeki yang berkat. Kita perlu faham rezeki yang berkat bukan sahaja bermakna bebas dari rasuah atau wang diperolehi daripada aktiviti yang haram. Ada ketikanya, sikap curi tulang, tidak amanah dalam kerja, tidak mencapai kualiti kerja, malas dan sebagainya sewaktu menjalankan pekerjaan boleh menyumbang kepada tiada keberkatan rezeki. Sebab itulah, dalam apa juga yang kita lakukan dalam mencari rezeki maka lakukanlah dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan amanah. Insya Allah, apabila rezeki berkat kita dinaikkan pangkat dan satu hari mendapat anugerah pekerja cemerlang.

No comments:
Post a Comment