hari ni nak share menu puding karamel plk k
gambaq pun amik mat gebu punya karamel
me mmg suka sgt makan karamel ni
kalau sejuk2 lagi sedap
senang je nak buat...tp dah lama xbuat
sebab apa????malassss....
oh mood rajin...tlgla dapat cepat
insyaallah
selamat berkaramel ye korang
PUDING CARAMEL
Bahannya:
·1 Cawan Gula
· 1/2 Cawan Air - utk karamel
· 1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus yek*
· 5 Biji Telur
· 1 Tin Susu Cair
· Esen Vanilla
PROSEDUR MEMASAK
1) Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
2) Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
3) Padamkan api
4) Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg uolss sediakan mcm Chef guna tue
5) Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas
6) Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & we'olss ke step seterusnya pula
7) Pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
8) Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
9) Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
10) Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api
11) Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati
12) Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing
13) Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi
14) Ikut sukatan uolss lar berapa banyak uolss nak letak.. Ada Chef kisah! Ahakz!
15) Kukus dalam tempoh 20-30 minit
No comments:
Post a Comment