Tuesday, 23 June 2015

rude habits


hari ni nak share
tentang top 10 rude malaysian habitskalau kita perhatikan
memang betul sangat kan
meh kita kupas satu persatu :

1. yang ni mmg la,termasuk la my mr ar...hahahah
masing2 nak tunjuk terror.
nak tunjuk hebat di jalan raya
so jadi la camtu

2. yang ni mmg betul sangat kan.
kalau ada signboard dilarang buang sampah,
kat situ la berlonggok sampah, perasan x?
rasanya kena letak signboard terbalik,
buang samaph disini....baru depa xbuang kot
hahahahhaha

3. yang ni mmg kurang ajar kan.
dah nampak org dok tunggu nak masuk parking,
ko senang2 je masuk turn,mmg hangin satu badan

4. ini budaya zaman sekarang.
dah xde sifat prihatin dalam diri
selamba je tgk org ngandung or org tua berdiri.
ko tu yg sihat walafiat
boleh selamba je duduk
very rude

5. yang no 5 ni
selalu me hadapi
bila nak naik train
bila train smpai
pakat kerumun depan pintu
camna la org kt dalam tu nak kluar
nong betul la

6. yg ni plak
macam ko sorang je ada tepon
annoying betul

7. yang ni plg hangin
mmg slalu kena
ko dok depan pintu
org nak lalu
ko xnak bg jalan
tapi ko xnak tlg tekan btg open
hbs org tu tersepit
geram tul
sian esp yg bwk baby
yg bwk stroller

8. org berbudi,kita berbahasa
tapi skrg dah krg budaya tu
kdg kita bg jalan kt org
kot nak senyum ke
angkat tangan ke tanda tq
jgn harapla
muka tenging lg ada

9. yg ni pun habit biasa
kat parking lot
bersepah2 troli
siap letak blkg bontot keta org lg
selfish tul
lagi satu yg xfaham
bila ada kesan tapak kasut
kat toilet bowl
xtakut toilet bowl tu pecah ke?

10. yg ni mmg perangai org malaysia
xboleh punctual
xfaham aku
suka buang masa org lain utk tunggu

sikap2 ni
kalau kita xbuang
camna la kita nak jd negara maju
macam negara jepun yg maju segala-galanya
tapi masih kaya dengan budi bahasa
tinggi disiplinnya
berubahlah bangsaku

papparich @yer8


ini kisah sebelum raya hari tu
sebelum balik johor hari tu
kitaorang singgah tido di putrajaya dulu
so pagi sebelum gerak ke johor
singgah ke papparich @ @yer8
untuk breakfast
lama dah xbreakfast kat papparich
dulu slalu pegi kat cyber

so bebudak ni layan roti stim ngan kari ayam yg maveles
half boiled egg
me plak layan koewteow goreng dia
sekali sekala layankan budak2
bukan selalu
dapat spend time bersama
masa itu emas
bila bersama family








Monday, 22 June 2015

kerepek ketam famos amos

lately kat fb
ramai orang share
resipi kerepek ketam
nampak macam menarik
dan resipinya pun senang
so khamis lepas
me ngan mr ar
cuba la membuatnya
giguh laki bini dok koyak crabstick
bagi halus2

dok terpikir jgk
garing ke bila goreng nanti
dah xguna tepung apa pun
rupanya dia rangup mcm kerepek
bila kita dah goreng nanti

korang pun boleh cuba
wat kudap2
lepas semayang terawih
selamat mencuba!


BAHAN-BAHAN :
  • 2 paket stick ketam
  • 1 sk serbuk cukup rasa
  • 1/2 sk serbuk lada putih/hitam 
  • 1/2 sk serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk mengoreng

PENYEDIAANNYA :

1. Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik.

2. Tos stick ketam dan koyak2 hingga halus.

3. Dah siap koyak stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur
   daun kari.

4. Boleh jemur kejap kalau hari panas. 

5. Kita panaskn minyak dan goreng hingga kuning dan ranggup.

6. Keringkan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara





6 ramadan + persiapan raya kami

salam ramadhan
hari keenam
kejap je masa berlalu
dah 6 hari kita berpuasa

pejam celik pejam celik
dah nak raya
camna persiapan raya korang
untuk kitaorang
alhamdulillah 85% hampir siap
masa datang ke putrajaya untuk mula keja 1 hb tu
sempat singgah di sogo dulu
belikan tshirt dan kemeja budak2 ni
seluar jeans byk lg yg baru beli
pakai je yg lama
baju melayu dah lama hantar
minggu lepas me balik dah ambik
tinggal songkok dgn sampin je
minggu ni balik insyaallah nak pg carik
lepas tu settle

kena settle awal
coz next week abah dah pg keja 2 minggu
mama plak balik weekend je
abah akan balik 2 hari sebelum raya
malam rabu tu
khamis tu dia akan gerak dengan budak2
dari alor setar
singgah amik mama kt putrajaya
pastu gerak balik johor
macam keluarga 69 pun ada rasa
huhuhuhu

inilah pengorbanan
yang kami sekeluarga harus lakukan
buat masa ini
insyaallah....ada hikmahnya apa yg berlaku
insyaallah

tahun ni tahun kedua along berpuasa
harap dapat puasa penuh tahun ni
insyaallah
tahun lepas dia cuma tgl sehari je
tu pun dek xtahan dugaan
tgk adik minum vitagen kt rumah pengasuh
tahun ni insyallah
boleh posa penuh kot

ni baru seminggu
bangun sahur makan nasi dgn kicap pun
siap tambah 2 pinggan along tu
mai hujung2 satgi
mula la makan biskut je
bila buka posa pun
dia xmakan banyak
baru posa seminggu pun badan nmpk dah kurus skit
sayang anak2 mama

minggu ni mr ar menguruskan anak2
tok nab dari semalam
bz uruskan sedara tok wan dari kelantan
mai buat operate mata kt kmc
tok nab dan wan tlg uruskan
coz anak dia kt perlis xboleh cuti
so mr ar take over la hal anak2
so semalam berbuka pun tok nab xsempat masak
so beli di pasar ramadan je 
budak2 ni jenis xbanyak songeh
alhamdulillah

amik along kat sekolah

menu berbuka mr ar

adik suka sangat lala sambal ni

berbuka bersama...luv u sayang!

tekun kupas lala

layan dadih sedut plk

lepas makan sambung main

tunggu berbuka la ni

malam layan bunga api plk





Sunday, 21 June 2015

dunia baru

salam semua
rindu akak x???
poyos sgt statement
apa pun
akak rindu sgt nak menulis
kat blog kesayangan ni
apatah lagi
sekarang ni hidup sendirian
di rantau org
lagi la banyak
yg nak dikongsikan

hampir 4 minggu di tempat baru
sedang mencari rentak
menyesuaikan diri
tapi hati masih merintih
rindukan anak2
setakat hari ini
sudah 3 kali weekend
berulang ke alor star
untuk bersama anak2 tersayang
kadang kala hati bersuara jgk
sampai bila aku nak hidup camni
tapi hati cepat memujuk
bersabarlah
akan ada manisnya nanti
ramai lagi yg lagi susah dari kita
jangan dipertikai aturan Allah
pasti akan ada yg terbaik menunggu nanti
insyaallah

even cuba untuk redha
drama airmata tiap kali
balik semula ke putrajaya
mmg xdapat ditinggalkan
rasa hati luluh
tgk muka anak2 yg ditinggalkan
rasa bersalah
rasa rindu
semuanya ada
hanya berserah pada Allah

bersabarlah sayang
doakan mama dapat rumah cepat
nanti mama uruskan along dan adik
untuk ke sini
bersama-sama mama
kita harungi susah senang bersama
insyaallah

ya Allah
permudahkan segalanya
permudahkan dunia baru ku ini
amin yarabbalalamin