Friday, 11 May 2012
plz appreciate me.....
Mengapa kita harus menghargai mereka?
1) Anda terpilih menjadi ibu bapa – Bukan semua orang mempunyai peluang untuk melahirkan dan menimang zuriat sendiri. Peluang ini juga tidak datang dengan mudah. Kadangkala anda perlu sabar menunggu bertahun-tahun untuk mempunyai zuriat sendiri. Tambahan pula, dengan kelahiran zuriat ini pastinya mengukuhkan lagi hubungan anda suami isteri dan pembawa rezeki kepada anda sekeluarga.
2) Mereka satu dalam berjuta
– Daripada berjuta-juta sperma yang berjuang untuk hidup, 200 yang
berjaya melekat di rahim anda dan hanya satu sahaja berjaya
disenyawakan. Dalam erti kata lain, anak anda merupakan seorang pemenang
dan berjuang untuk hidup bersama-sama anda.
3) Mewarisi genetik –
Perhatikan bentuk mata, muka ataupun rambut mereka, pastinya ada yang
seiras dengan anda. Hargailah mereka sepertimana anda ingin dihargai.
Mereka sebenarnya mewakili anda untuk generasi akan datang.
| anugerah cinta |
4 Cara untuk menghargai mereka.
1) Pamer kasih sayang – Peluk dan cium kepala atau pipi mereka apabila keadaan sesuai. Ucapkan sekali “Mama sayang Aiman”. Anak-anak seawal usia 2 tahun sudah mula mengerti dan merasai ‘aura’ kasih sayang yang anda keluarkan. Ia mewujudkan trust-bonding antara anak dan anda. Apabila trust-bonding ini wujud, ia memudahkan anda membimbing mereka.
2) Berikan mereka pujian – Puji dan ucapkan terima kasih apabila mereka berjaya menghasilkan sesuatu perkara walaupun ianya sekadar mengemas barang permainan setelah habis bermain. “Pandai anak mama ni”.
Sesungguhnya ucapan itu merupakan suntikan semangat keyakinan dalam
diri anak anda tanpa anda sedari. Mereka akan rasa ingin buat lagi dan
lagi perkara yang baik untuk mendapatkan perhatian dari anda. InsyaAllah
dengan cara ini self-esteem atau keyakinan diri mereka mudah dibina.
3) Jika salah katakan salah
– Perkara ni agak memeningkan kepala ibubapa hari ini. Anak -anak
sangat terdedah dengan pelbagai pengaruh luar. Jika salah perbuatan
mereka, tegurlah. Bagi anak yang berumur 5 tahun ke atas, anda sudah
boleh beritahu mereka kenapa perkara yang mereka buat itu salah. Inilah
pentingnya trust-bonding diwujudkan dari awal usia mereka.
Hargai mereka tidak bermaksud memanjakan tanpa rasional. Bimbingan betul
juga adalah salah satu cara anda menghargai mereka.
4) Berikan mereka ruang dan masa
– Pelbagai cara yang mudah dan santai boleh dilakukan untuk kita
menghargai mereka. Melayan persoalan mereka, bermain bersama-sama di
rumah akan membuatkan anak anda merasa diri mereka dihargai. Masa kecil
mereka ini tidak akan kembali, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin.
| cintahatiku |
salah ke???????
hari ni me nak share skit ttg salah kita sbgai parents dlm mendidik anak2...kdg2 kita xsedar apa yg kita buat tu salah...yela,parents always right la kan bila dlm bab mendidik anak2 ni....so sama2la kita renungkan kesilapan ni supaya kita x melakukannya...insyaallah
40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

moga kita semua berjaya menjadi ibu dan ayah yg terbaik utk anugerah Allah yg xternilai itu...amin
Wednesday, 9 May 2012
Saturday, 5 May 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)