Friday, 11 May 2012

plz appreciate me.....

Mengapa kita harus menghargai mereka?

1) Anda terpilih menjadi ibu bapa – Bukan semua orang mempunyai peluang untuk melahirkan dan menimang zuriat sendiri. Peluang ini juga tidak datang dengan mudah. Kadangkala anda perlu sabar menunggu bertahun-tahun untuk mempunyai zuriat sendiri. Tambahan pula, dengan kelahiran zuriat ini pastinya mengukuhkan lagi hubungan anda suami isteri dan pembawa rezeki kepada anda sekeluarga.

2) Mereka satu dalam berjuta – Daripada berjuta-juta sperma yang berjuang untuk hidup, 200 yang berjaya melekat di rahim anda dan hanya satu sahaja berjaya disenyawakan. Dalam erti kata lain, anak anda merupakan seorang pemenang dan berjuang untuk hidup bersama-sama anda.

3) Mewarisi genetik – Perhatikan bentuk mata, muka ataupun rambut mereka, pastinya ada yang seiras dengan anda. Hargailah mereka sepertimana anda ingin dihargai. Mereka sebenarnya mewakili anda untuk generasi akan datang.
anugerah cinta

 
4 Cara untuk menghargai mereka.

1) Pamer kasih sayang – Peluk dan cium kepala atau pipi mereka apabila keadaan sesuai. Ucapkan sekali “Mama sayang Aiman”. Anak-anak seawal usia 2 tahun sudah mula mengerti dan merasai ‘aura’ kasih sayang yang anda keluarkan. Ia mewujudkan trust-bonding antara anak dan anda. Apabila trust-bonding ini wujud, ia memudahkan anda membimbing mereka.

2) Berikan mereka pujian – Puji dan ucapkan terima kasih apabila mereka berjaya menghasilkan sesuatu perkara walaupun ianya sekadar mengemas barang permainan setelah habis bermain. “Pandai anak mama ni”. Sesungguhnya ucapan itu merupakan suntikan semangat keyakinan dalam diri anak anda tanpa anda sedari. Mereka akan rasa ingin buat lagi dan lagi perkara yang baik untuk mendapatkan perhatian dari anda. InsyaAllah dengan cara ini self-esteem atau keyakinan diri mereka mudah dibina.


3) Jika salah katakan salah – Perkara ni agak memeningkan kepala ibubapa hari ini. Anak -anak sangat terdedah dengan pelbagai pengaruh luar. Jika salah perbuatan mereka, tegurlah. Bagi anak yang berumur 5 tahun ke atas, anda sudah boleh beritahu mereka kenapa perkara yang mereka buat itu salah. Inilah pentingnya trust-bonding diwujudkan dari awal usia mereka. Hargai mereka tidak bermaksud memanjakan tanpa rasional. Bimbingan betul juga adalah salah satu cara anda menghargai mereka.

4) Berikan mereka ruang dan masa – Pelbagai cara yang mudah dan santai boleh dilakukan untuk kita menghargai mereka. Melayan persoalan mereka, bermain bersama-sama di rumah akan membuatkan anak anda merasa diri mereka dihargai. Masa kecil mereka ini tidak akan kembali, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin.

cintahatiku

No comments:

Post a Comment