aishiteru
cinta suami-isteri.......
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih
dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi
dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana
sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya
sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon
dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas
pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang
pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi
berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada
berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah
tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana
ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta
tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri
atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad
untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa
sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah
tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa
sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah
payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara
keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang
baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan
anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas
tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia
sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
No comments:
Post a Comment