- Ibu-ibu sentiasa menyusukan anak secara terus (direct feeding) atau mengepam ketika tidak bersama anak terutamanya sewaktu bekerja. Sekurang-kurangnya 3jam sekali bagi memastikan hormon prolaktin terus dirembeskan..konsep supply by demand wajib ibu-ibu faham.
- Ibu-ibu sila pastikan badan ibu sentiasa sihat,dan mendapat cukup khasiat dari pemakanan seharian. Ibu-ibu tidak digalakkan untuk berdiet atau skip meal..makan ikut jadual ye..
- Ibu-ibu pastikan air dalam badan cukup..bagi yang mengamalkan vitamin saya syorkan air masak sekurang-kurangnya 3liter sehari.
- Ibu-ibu tidak digalakkan untuk mengambil minuman berkafein kerana dikuatiri akan mengganggu penghasilan susu ibu...juga kurangkan mengambil minuman berais atau sejuk.
- Ibu-ibu boleh makan makanan kegemaran atau minuman kegemaran sebagai booster..kerana dipercayai bila ibu enjoy dan happy hormon oksitoksin akan meningkat dan susu akan lebih mudah dihasilkan.
- Ibu-ibu hindari tekanan @ stress..tekanan mampu membuat susu merudum..ini yang biasa saya alami sewaktu mengharungi perjuangan penyusuan susu ibu..kalau boleh atasi stress supaya ia tidak mengganggu proses penghasilan susu..be positif ;)
- Ibu-ibu digalakkan mengambil vitamin atau supplement jika tidak dapat memastikan menu harian ibu-ibu seimbang seperti piramid makanan, ia adalah bertujuan untuk kesihatan ibu kekal di tahap yang memuaskan sepanjang perjuangan ini.
- Ibu-ibu berdoalah..dan mintalah dengan Allah S.W.T kerana yang pastinya rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia..amalkanlah zikir dan juga amalan2 murah rezeki seperti bersedekah.
Wednesday, 16 May 2012
perjuangan.....
Ibu-ibu ingin BERJAYA dalam PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU ? Jom ikuti beberapa perkara yang boleh di amalkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment