Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain? Persoalan ini akan
terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri
dalam bentuk soalan “Mengapa pelu menjaga perasaan sendiri?”. Dalam konsep ‘Hablum Min-Annas’
telah jelas di situ akan maksudnya bahawa kita perlu menjaga hubungan
sesama manusia selain menjaga hubungan dengan Maha Pencipta( Hablum
Min-Allah). Perlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga
perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu
suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.
Sebagaimana firman Allah:
“Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu
wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka
sahabat-sahabat dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi
keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu”. ( Surah Aali- Imran
ayat 159 )
Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju
dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta sama ada apa yang
dikatakan itu benar atau salah. Manakala menghargai pula melibatkan
emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah
berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa,
kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur aduk ini.
Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian
kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan
orang yang sedang berkata-kata itu. Selain itu cara yang paling mudah
adalah dengan diam, mengangguk, dan melihat ke wajahnya
semasa dia sedang berkata-kata. Selain itu kita boleh menggunakan
komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti “ ya, betul.” , “ Ok,” , “Oh!”, “Menarik, menarik…”, “Iya ker?, “Teruskan”, “Isyyy…kasihannya awak.” , “Oh, begitu,”
dan sebagainya. Komen neutral ini membantu mendorong orang yang sedang
bercakap supaya terus bercakap dan meluahkan masalahnya sehingga
kesusahannya hilang selepas dia berasa dihargai kerana ada insan yang
sudi mendengar keluhan keresahannya.
No comments:
Post a Comment