me jumpa artikel ni
masa blogwalking tadi
juz nak share dgn uols
tapi mmg betul pun
post-natal depression ni
mmg ada
me pun mengalaminya
masa mula2 bsalin
me xboleh tgk pisau
rasa ngilu kat tempat czer
jadi bdebar2
takut...stress
sememangnya ibu2 perlukan sokongan
org sekeliling utk hadapinya
mmg me kdg2 stress
coz tpaksa uruskan anak2 sorang diri
aiman dgn kerenahnya
aqeem yg kadang2 meragam
even abah ada pun
anak2 mesti carik mama jgk
bayangkan tgh makan
sambil dukung aqeem
bangun plak....bwk aiman pg toilet
dgn parut czer yg dok skt2 lg
tpaksala...kalau dia xmau org len
atau pun org lain sbuk
mmg kdg2 rasa xde ruang utk diri sendiri
letihhhhh sgt
kdg2 rasa nak nangis
jerit sekuat hati pun ada
tapi alhamdulillah
Allah sentiasa bersama me
even apa pun dugaannya
DIA bg me kekuatan utk hadapinya
x jadik gila dgn semua ni
my style.....mls nak lyn apa yg bmain di fikiran
cuba berfikiran positif
even geram, sakit hati......think positif
kalau dilayan....mau meroyan
apa pun.....anak2 tu segalanya
walaupun penat, letih
itulah segalanya untuk mama
dunia akhirat
*
*
*
*
KEMURUNGAN di kalangan ibu yang baru melahirkan bayi atau dikenali
sebagai baby blues bukan masalah asing dan sering berlaku terutama
kepada mereka yang baru pertama kali mendapat zuriat.
Masalah
berkenaan berlaku apabila ibu berasa sedikit rapuh daripada segi emosi
sebaik melahirkan anak dan ia sesuatu yang normal.
Mengikut kajian, 80 peratus daripada ibu yang baru melahirkan bayi akan
mengalami kemurungan ini iaitu reaksi emosi yang bermula beberapa hari
selepas kelahiran dan selalunya tidak berpanjangan lebih dua minggu.
Antara
simptom kemurungan di kalangan wanita adalah bersedih, hilang minat
atau kesukaan pada perkara yang selalunya digemari, berasa bersalah,
hilang harapan dan rasa tidak berharga, manakala ada sebahagian yang
lebih ekstrem memikirkan mengenai kematian.
Simptom lain yang menunjukkan seseorang itu kemungkinan mengalami kemurungan lepas bersalin adalah gangguan tidur iaitu sama ada lebih banyak tidur atau kurang tidur, perubahan selera dan berat badan, sukar memberi tumpuan dan tidak bertenaga.
Ada ibu yang mudah tersentuh, menangis, susah hati dan cepat tersinggung walaupun pada perkara yang kecil dan tidak memberi makna.
Sokongan pasangan dan
keluarga dengan membantu menguruskan bayi dan memberi ruang kepada ibu
untuk mendapatkan lebih banyak rehat, boleh membantu ibu melalui fasa
berkenaan dengan baik.
Namun sekiranya rasa sedih dan kemurungan
itu berlanjutan lebih daripada dua minggu, wanita berkenaan perlu
bertemu dengan doktor supaya simptom berkenaan boleh dikenal pasti
seterusnya merujuk wanita yang mengalami masalah kemurungan kepada
kaunselor sekiranya perlu.
Kemurungan boleh dipecahkan kepada
beberapa bahagian dan kira-kira 10 hingga 15 peratus ibu baru mengalami
kemurungan klinikal, kerisauan melampau atau gangguan obsesif-kompulsif
(OCD).
Kemurungan boleh bermula dalam tempoh dua bulan pertama
selepas melahirkan bayi dan segelintir wanita yang mengalami masalah itu
tidak mampu menjaga bayi dengan baik malah ada kemungkinan boleh
membahayakan bayi mereka.
Jika wanita mengalami rasa bimbang atau panik yang berulang-ulang, dia mungkin mengalami gangguan kerisauan selepas melahirkan.
Simptom
kerisauan itu selalunya muncul dalam tempoh dua hingga tiga minggu
selepas melahirkan tetapi ia hanya tiba ke kemuncak beberapa minggu
selepas itu.
Antara simptomnya adalah kerisauan ekstrem, tidak
tenteram, nafas menjadi pendek, sakit dada, ketidakselesaan, rasa
tercekik, pening, rasa cucukan di kaki dan tangan, menggigil, berpeluh,
pitam, rasa panas dan sejuk serta kebimbangan akan mati, hilang akal
atau hilang kawalan.
Sesetengah wanita yang mengalami kerisauan
selepas bersalin, mempunyai kebimbangan yang berulang mengenai bahaya
yang akan menimpa anak-anak mereka, orang yang disayangi atau diri
sendiri.
Wanita yang mengalami OCD selepas bersalin pula sentiasa
mengalami pemikiran atau imej mengenai perkara yang mengganggu atau
kejam.
Pemikiran itu datang secara spontan dan selalunya ibu
memikirkan perkara yang tidak masuk akal seperti mencederakan bayi
mereka sendiri.
Mereka yang mengalami OCD juga sentiasa melihat
bahaya di mana-mana saja sehingga mencuci tangan mereka berkali-kali
serta berulang kali memeriksa pintu sama ada ia sudah dikunci.
Ada
juga yang mencipta ritual sendiri yang dijalankan berulang kali dalam
usaha membuang pemikiran buruk yang sentiasa bermain dalam fikiran
mereka.
Mereka mungkin dengan sengaja mengelak memasuki dapur,
memegang pisau, enggan menjaga atau memandikan bayi kerana khuatir akan
mencederakan bayi mereka.
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi
Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, antara faktor yang
menyumbang kepada kemurungan di kalangan ibu yang baru melahirkan bayi
adalah kadar hormon estrogen yang menurun sebaik proses kelahiran
berlaku.
Katanya, ia juga boleh berlaku di kalangan ibu yang
menyusukan bayi mereka kerana faktor hormon estrogen yang berkurangan
berbanding ketika mengandung.
"Semua ibu yang baru melahirkan
boleh mendapat baby blues tapi sama ada ia boleh membawa kepada masalah
kemurungan, ia bergantung kepada kekuatan dalaman diri serta bagaimana
seseorang wanita itu menanganinya.
"Ibu perlu bertenang, tidur
yang cukup dan pastikan susu badan sentiasa ada supaya bekalan tidak
berkurangan hingga boleh mengakibatkan susah hati.
"Sekiranya ibu rasa tidak mampu menghadapi perubahan selepas melahirkan, dia boleh mendapat kemurungan," katanya.
Tiada
faktor khas yang menyumbang kepada masalah murung selepas bersalin
tetapi gabungan hormon, biokimia, persekitaran psikologi dan genetik
memainkan faktor dalam masalah berkenaan.
Wanita yang mula
mengalami rasa susah hati melampau ketika mengandung terutama pada
trimester ketiga, mempunyai sejarah kemurungan, sejarah ada ahli
keluarga yang mengalaminya, masalah rumah tangga, masalah kewangan,
kehilangan kerja, tekanan untuk menjaga bayi, keyakinan diri yang rendah
dan kurang sokongan sosial mempunyai risiko untuk mengalami kemurungan
selepas bersalin.
Selain itu, kemurungan selepas bersalin juga
kemungkinan boleh berlaku pada wanita yang melahirkan bayi yang tidak
dirancang, tidak berkahwin dan tergolong dalam status ekonomi yang
rendah.
Selain mendapatkan nasihat pakar, wanita yang mengalami
kemurungan boleh membantu diri sendiri dengan meminta sokongan daripada
pasangan, rakan dan keluarga untuk membantu menguruskan bayi dan
melakukan kerja lain.
Mereka juga boleh mendapatkan rehat
secukupnya dan makan dengan teratur selain berhenti berfikir serta
melabel diri sendiri sebagai ibu yang tidak cukup bagus kepada bayi.
Antara
cara lain untuk mengatasi rasa murung selepas bersalin adalah tidak
meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada diri sendiri selain perlu
berkongsi perasaan dengan seseorang yang dipercayai.
Hubungi rakan
yang bersedia mendengar masalah atau menyertai kumpulan sokongan ibu
sama ada secara fizikal atau melalui Internet untuk mendapatkan sokongan
emosi sebanyak yang mungkin.
Selain itu, ibu baru bersalin juga
boleh mengurangkan kemurungan dengan mengambil pendekatan menjaga diri
sendiri, tidur secukupnya, berehat dan mandi air suam, keluar
membeli-belah, berpakaian cantik serta bersolek sekiranya perkara itu
biasanya menggembirakan hati.
Ibu juga boleh mengurangkan
kemurungan dengan keluar berjalan membawa bayi mereka dan bertemu rakan
serta menghabiskan masa lapang dengan aktiviti santai.
Wanita yang
mengalami simptom murung juga boleh mengatasinya dengan mengambil
pendekatan tidak terlalu tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu perkara
contohnya mencuci baju ketika bayi tidur, sebaliknya mereka boleh
mengambil masa itu untuk berehat.
Tugas lain boleh diselesaikan
dengan meminta bantuan pasangan atau keluarga untuk melakukannya supaya
wanita itu tidak perlu sentiasa terkejar-kejar untuk menyiapkan semuanya
sehingga menimbulkan rasa susah hati.
Simptom kemurungan selepas melahirkan anak:
No comments:
Post a Comment