Friday 6 May 2011

PJJ

Apa itu PJJ?pengajian jarak jauh ke?in my konteks.......nope.....ia adalah....PERKAHWINAN JARAK JAUH....
hampir 6 tahun kami berkahwin.....rasanya kalau dikira bilangan hari,xsampai 3 tahun pun duduk bersama kot....heheheheh.kalau orang yg xbiasa,maybe pelik camna kami boleh survived camni.tapi sebenarnya,zaman sekarang ni,dah byk dah pasangan yang PJJ macam kami ni.xpayah tunggu hubby keja laut baru PJJ,keja darat pun dah ramai yg PJJ.nak buat camna kan,masing2 mencari rezki......yg penting saling percaya-mempercayai.....INSYAALLAH.kat sini me nak share tips yang me terbaca dlm satu blog tadi.useful utk couple2 yg ber PJJ macam kami.....selamat beramal......HIDUP ITU INDAH BILA SUKA DUKA DIKONGSI BERSAMA

Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-
  • TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah memadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.
  • TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.
  • TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.
  • TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.
  • TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.
  • TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.
  • TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.

No comments:

Post a Comment