Sunday 23 October 2011

peranan suami .......

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

Kelas antenatal
Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.


Berikan sokonganAnda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.


Kelahiran
Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :

•Memberikan sokongan padu pada isteri.
•Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.
•Membantu isteri ke tandas.
•Menyediakan minuman untuknya.
•Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
•Memegang tangannya sambil menenangkannya.



mr AR, plz take note ek....heheheheh....1437!

No comments:

Post a Comment