Thursday 29 October 2015

pernah makan etok x?

korang pernah dengar etok x
atau pun etak
orang kelantan mesti tau kan
me pun kalu balik kelantan
mesti carik etok ni
jual di tepi2 jalan

ni apa wikipedia cakap
pasal etok

Menurut Kamus Dewan, perkataan etok diambil dari dialek Kelantan yang diaganti dengan perkataan "etak" yang merujuk kepada kerang sungai.
Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk etok sebagai sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.[2]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Etok umumnya boleh dijumpai di kawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.
Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-neger pantai timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu, etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut.
Di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.
Kulit kerang etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna, iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir.
Etok boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kerawat besi.


so etok ni
sejenis siput
kecik je
kat kelantan
dia disalai dengan bahan2
dan dijual macam snek
anak2 me pun suka
dia ada rasa serai2 cmtu
sedap sgt
so...apa lagi
korang pegi kelantan
must try benda alah ni k




No comments:

Post a Comment