Sunday 7 April 2013

tolonglah mengerti

sebagai seorang ibu...me nak share petikan di bawah, mengenai dilema ibu-ibu yang fully bf.demi kasih pada seorang anak, ibu2 ini perlukan sokongan anda semua.renung2kanlah.....

                                ****************************************

Anak kecil tidak mengerti di mana mereka berada. Mereka tahu di mana-mana sahaja ibu akan menenangkan mereka.

Apa salahnya kami seorang ibu ingin menyusui anak kecil kami hatta di tempat awam sekalipun? Penyusuan susu ibu adalah hak anak dan ibu yang perlu dihormati semua pihak.

Renungan tajam dan senyuman sinis anda hanya menyukarkan lagi keadaan.

SOKONGLAH KAMI :

1. Jika anda seorang WANITA baik sudah berkahwin ataupun belum :

Berikan senyuman manis dan angguk sebagai tanda sokongan. Bantu lindungi kami dengan badan anda atau berikan ruang yang lebih privasi.

2. Jika anda seorang LELAKI dan SUAMI :

Pastinya anda lebih mengerti kehendak si kecil. Sokonglah ISTERI anda, cari bilik menyusu atau pilih ruang makan di restoran yang agak tersorok dan boleh juga anda sendiri melindungi isteri anda agar dia dan bayi selesa.

Jika wanita tersebut BUKAN ISTERI anda : Apabila anda melihat seorang IBU dengan riak wajah serba-salah mendukung dan menenangkan si kecil yang sedang merengek.
TUAN yang BUDIMAN -mohon segeralah berlalu.
Berikan ruang.
Kasihanilah kami.

Tuan yang budiman- Tidakkah anda semasa kecil dahulu, IBU anda juga melalui kesukaran ini??dan Tuan juga dibesarkan dengan titis kasih susu ibu??

3. Jika anda seorang LELAKI yang BELUM BERKAHWIN :

Adik-adik , Tuan-tuan : Anda generasi terbilang. Bakal bapa mithali.

Jika anda melihat situasi seorang ibu sedang menyusukan bayinya, alihkan pandangan anda.
Berikan ruang.
Hentikan komen atau perkataan yang berbaur lucah secara lisan atau melalui komen di facebook.

Sangat besar bezanya antara seorang ibu yang menyelak sedikit pakaian untuk menyusukan bayi dengan si gadis yang sengaja menampakkan bentuk tubuhnya.

Sebenarnya tidak ada Ibu yang selesa menyusukan anak dengan panahan tajam mata-mata yang memandang.
Tapi demi si anak kecil yang merengek dan merenung dengan mata sayu, panahan tajam itu lentur lembut dengan kasih sayang seorang ibu.

No comments:

Post a Comment