Sunday 19 October 2014

isterimu

 just nak share
something yg me dapat dari fb
untuk para suami
untuk memahami tentang isterimu

******************************

Betapa hati ini ketika ini jatuh cinta lagi..

Berulang kali jatuh cinta lagi kepada isteri yang berkorban dan mati 3 kali demi melahirkan anak-anak. Seorang wanita yang lemah dan penakut tapi berkorban melahirkan anak-anak kerana Allah...

Tak pernah mengeluh dalam hidupnya demi seorang yang bernama suami..

Memahami kesibukan seorang suami. Tengah tidur di waktu malam menyiapkan pakaian jubah dan baju untuk di bawa bekerja atau keluar di jalan Allah untuk beberapa hari...sentiasa menggalakkan suami berjuang di jalan Allah.

Segala barang, pakaian, dan semua dokumen dalam kepalanya..suami seharian mencari belum jumpa. Isteri dari jauh boleh teka di mana. Dan akhirnya isteri juga yang menjumpainya..

Seorang diri menjaga 3 anak masih kecil. Ambil dan hantar anak sekolah dengan membawa ketiga-tiganya. Saat suami tiada di rumah..

Jika ditanya pada lelaki apa aktiviTi harian. Bekerja, makan dengan kawan, meeting, outstation, bersukan, jogging, tidur panjang, termenung panjang, dakwah, solat di masjid dan kuliah ilmu dan lain-lain..

Jika ditanya pada isteri apa jawabnya..hidupku hanya untuk redha Allah, suami dan anak-anak..

Ditanya lagi ada perkara lain tak? ALLAH..suami dan anak-anak...itulah saja hidupnyaMu wahai isteriku..

Isteri yang ingat semua tarikh penting. Tarikh bercinta, tarikh nikah, tarikh.kenduri, tarikh lahir suami, tarikh lahir anak-anak, tarikh lahir ibuayah mertua, tarikh ceramah suami, tarikh suami keluar jalan Allah, waktu suami nak tidur, waktu suami ingin dibangunkan.

Seorang isteri yang tidak reti duduk diam. Jika tidak solat, baca al-quran, jemur baju, ajar anak-anak mengaji dan membaca, mandikan anak , mop lantai, kemas dan lipat baju sepanjang malam..

Ya Allah. Apalah kekuatan yang kau berikan kepada seorang isteri...

Saat diberi wang..sibuk belikan baju suami dan anak-anak dan mertua..

Suami tiada di rumah, tetap membuat bacaan hadis Nabi saw bersama anak-anak. Kadang-kadang balik lewat terubat melihat isteri membaca hadis bersama anak-anak..mengalirkan airmata melihatnya. Menutupi segala kekurangan diri seorang suami..

Maafkanlah semua salah silap suami mu..

..wahai lelaki berlemah lembutlah dalam berbicara dengan wanita. Berilah sedikit masa mendengar keluhan hati mereka. Bukan rungutan cuma meluahkan perasaan. Bukan inginkan balasan. Sekadar sedikit perhatian dan kasih sayang...

Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik kepada isterinya..siapa diri kita yang sebenar? Sebelum kita diberi keputusan di akhirat tanyalah pada isteri. Itulah diri kita yang sebenarnya..

Aisyah ra kata jika hensemnya dan cantiknya Yusuf as sehingga wanita terhiris tangan mereka dengan pisau. Tapi jika orang melihat Nabi saw orang akan terhiris hati dan jantung mereka. 

Hakikatnya tiada lelaki sebaiknya dalam dunia dan akhirat ini. Semua orang yang benar merapati dan mengenalinya sanggup beri nyawa untuknya. Kerana beliau Rasul mengorbankan segalanya buat manusia. Mata yang tak pernah kering dari menangis, tidak cukup tidurnya, perut yang selalu kelaparan. Pandangan mata cinta dan kasih sayang..sentuhan dengan penuh erti dan kelembutan kasih sayang..

No comments:

Post a Comment