Thursday 30 October 2014

resipi cream puff sodap


Salam pagi jumaat
pepagi dah share resipi
sabar jela ek
nmpk sgt lapor
korang suka mkn cream puff x?
Ni one of my faveretla klu kt bakery
so hari ni..me dah bg resipi
jom kta buat ramai2 k
.........   .....


Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)
Bahan-bahan untuk filling (dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning

Cara-cara utk filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu.
Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan
kacau.

3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau

4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..

Cara-cara untuk puff

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan
tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak
adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.
Kemudian padamkan api.Sejukkan

2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan
Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian
masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk
bintang

4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga
permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah
dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah.
kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff
sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik
dengan sempurna.

5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia
kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah
berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak,
puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum
tamat tempoh ye..kalau tak mmg puff turun melepek...

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling

No comments:

Post a Comment